+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Friday, March 5, 2010

Tolong Beri Saya Ilham

Bismillahirrahmanirrahim...

Dimulai dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.. Selamat hari Jumaat, moga peroleh keberkatan. ^_^

InsyaAllah, dalam perancangan saya, saya bercadang untuk hasilkan sebuah buku, mungkin juga kompilasi entri terbaik dari blog semut2comel, dengan penambahbaikkan serta dicambahkan lagi idea-idea di dalamnya agar lebih detail, lebih teratur, lebih menyentuh hati dan lebih bermanfaat, insyaAllah.

Buku tersebut pastinya istimewa, ideanya saja dari entri blog ini, tapi isi dalamnya insyaALLAH jauh lebih mantap. InsyaAllah, saya akan cuba usahakannya.

Namun begitu, saya mohon pandangan sahabat sekalian untuk memberi sedikit sebanyak idea, contohnya dengan menyatakan kepada saya, entri yang benar-benar berkesan, bermakna dan memberikan motivasi kepada kalian.

Contohnya, saya suka entri "Seteguh dahan kelapa" dan "Pelangi terindah". Anda bagaimana?

Rangka buku tersebut sudah ada dalam minda saya, bagaimana buku tersebut? Tunggu.... Dan jangan lupa doakan untuk saya ya.. Saya mohon..

Saya susun sepuluh jari mohon maaf andai ada salah dan silap, terlebih terkurang, terlajak tersasul sepanjang saya menulis di semut2comel. Jutaan terima kasih, penghargaan yang tidak terhingga kepada anda semua yang setia menyokong saya. JZKK.

Nantikan kelahiran 'baby' pertama saya (buku), insyaAllah tajuknya "Mencari Sebuah Destinasi"

Salam takzim.

3 comments:

Nurul Huda Abdullah said...

salam kak..
bestnye dh nak hasilkn buku.. :)
xcited huda bca entri akak nie..
nnt jgn lupa promote kat huda yea buku hasil nukilan akak tu...

AsNiza said...

salam huda..

insyaAllah, dalam perancangan, dan doakan moga Allah mudahkan segalanya.. amin...

terima kasih huda atas sokongan tak berbelah bagi, appreciate so much.. terharu rasa sbb lately akak pun jarang berblogging.. masih ada yg ingat.. alhamdulillah..thnx a lot =)

razeef said...

assalamualaikum...

tahniah...entri apepun menarik perhatian cthnya Terila Kasih Allah,Biarlah Kerana Allah n byk lagi...xkisah la apapn,insyaAllah sy akn beli buku awk.sbb byk hasil penulisan awk, kdg2 lebih kurang dlm kisah hidup yg sy sedang,juga pnh melalui...alhamdulillah..ermm,sy order 1 yer..good luck n semoga Allah permudahkan k?

salam