+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Wednesday, September 16, 2009

Salam Aidilfitri.

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar semua sahabat? Tangisi pemergian ramadhan, raikan kemenangan di hari lebaran, semoga kita benar2 peroleh kemenangan, amin.

Saya Hasniza binti Ibrahim aka AsNiza, menyusun sepuluh jari mohon kemaafan dari sahabat semua, dari hujung kaki ke hujung rambut saya, mohon maaf yer..

Selama kita bersua di alam maya dan mungkin alam nyata, saya mungkin telah melakukan kesilapan, melukai, menyakiti, mengasari, menyinggung dan apa jua salah silap saya samada sengaja atau tidak, mohon dimaafkan..mana termakan terminum terguna terpakai, minta di halalkan..

Kepada yg memberi ucapan dan salam hari raya, terima kasih saya ucapkan. Semoga ucapan mulia dan murni kalian 'dikembalikan' atau di balas lebih murni dari Allah swt..

Saya cuma manusia biasa yg punyai byk kelemahan, tidak lepas dari melakukan kesalahan. Ayuh sama2 kita contohi sifat mulia Baginda Nabi Muhammad saw.. Jom sama2 kita saling bermaafan.

Andai saya dan kalian dipanjangkan umur, bumi ini belum kiamat, insyaAllah kita akan bersua lagi.


Wassalam.

5 comments:

~ aman shah ~ said...

selamat hari raya juga...
maaf zahir batin...
halalkan segala-galanya...
maafkan apa yg patut...
atas keterlanjuran kata2 ini~~

squesha said...

salam aidilfitri.maaf zahir dan batin.

mudah-mudahan kita semua akan terus beroleh kejayaan,dunia dan akhirat.

Haniff Ismail said...

Selamat Menyambut Hari Lebaran Hari raya Aidilfitri..

semoga ramadhan dan raya kali nie penuh bermakna utk kita sume..

selamat maju jaya...
ampun maaf dipinta jua..

from shbat iluvislam

AsNiza said...

Assalamualaikum wbt..

Kepada semuanya.. aman, sh. nursyahidah, haniff..

Saya juga susun sepuluh jari mohon ampun maaf yer..

Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin..

^_^

Faarihin said...

selamat hari raya.. err.. masih raya ke skang? hehehe.. terlambat pula saya ucapkannya.. salam kemaafan dari saya.. (^__^)