Assalamualaikum..
Maaf kepada mereka yang tak berkenan dengan entri kalu ini, sebelum terlambat, anda boleh memilih untuk tidak meneruskan pembacaan. Terima kasih ^_^
Apa definisi lelaki dayus?
Ada yang mentafsirkannya sebagai lelaki yang 'tidak jantan', tiada pendirian tetap, etc etc etc tertakluk kepada individu masing-masing. Ada juga yang kata, lelaki dayus adalah suami yang membenarkan isteri dan anaknya melakukan maksiat dan kemungkaran. Lelaki yang memukul wanita juga dikatakan dayus. Wallahua'alam.
Cerita saya kali ini berkisar kepada lelaki yang memukul wanita.
Lelaki yang dikurniakan kelebihan oleh Allah, mempunyai 9 akal dan mempunyai fizikal yang lebih kuat daripada kaum wanita, antara sebab lain adalah untuk melindungi dan memimpin kaum hawa. Jadi, adakah wajar, lelaki yang sepatutnya memimpin dan melindungi wanita menggunakan kekerasan?
Fitrah wanita, lemah lembut dan kaya dengan airmata walau segelintir darinya ada juga yang 'keras', namun naluri kewanitaan perlukan perhatian dan kasih sayang. Jika pun si wanita melakukan kesalahan, janganlah terus di pukul, dalam Islam juga ada caranya untuk menegur, mendidik isteri yang melakukan kesalahan. dan ternyata, tindakan fizikal yakni memukul adalah jalan yang terakhir. Itupun ada caranya juga, bukan selamba tumbuk tendang, sepak lempang.
Sungguh dayus lelaki yang memukul wanita. Contoh kes lelaki pukul wanita adalah kes antara Rihanna dan bekas kekasihnya Chris Brown.
Ini juga kisah benar. Semalam, ketika kami sekeluarga berkumpul, abang ipar saya membuka cerita, katanya, kawan dia Joe bukan nama sebenar, di tahan reman di lokap kerana mengasari tunangnya Aminah juga bukan nama sebenar. Kami sekeluarga agak terkejut kerana pasangan ini sering menziarahi kami, elok-elok saja, tak lama lagi bakal bernikah, kad jemputan kahwin pun sudah di tempah, tup3.. si gadis menyaman tunangnya.
Puncanya kerana perselisihan faham ketika sedang berbuka puasa. Entah mana silapnya, syaitan dah di rantai, tapi baran dalam diri susahnya nak buang, mungkin. Si gadis mendapat khidmat pesanan ringkas dari seorang lelaki (mungkin kekasih gelap or mungkin silap number), lalu si tunang terus naik minyak dan membelasah si gadis. Gedebak gedebuk!
Dengan bukti kecederaan yang ada pada tubuh si gadis, akhirnya berjaya membawa si lelaki 'dayus' itu ke lokap dan di tahan reman.
Saya bukanlah ingin menghukum siapa bersalah di antara mereka berdua, saya pun tiada di tempat kejadian, tidak tahu kisah sebenar yang sebenar-benarnya, cuma pesan saya, janganlah jadi lelaki dayus dan janganlah mengasari kaum hawa. Kami untuk dilindungi.
Kepada kaum hawa pula.. jika kalian di tempat si Aminah bukan nama sebenar, adakah korang akan meneruskan pernikahan? Persiapan dah siap, kad jemputan pun dah siap.. What will you do?
Wassalam.

9 comments:
Assalamu'alaikum kak..
Walaweay~!
dahsyat betul lelaki tu sampai belasah tunang sendiri.. Haiyyayai!
belum kahwin dah macam tu, dah kahwin nanti taktau la..
Kalau saya di tempat perempuan tu, taknak teruskan pernikahan tu disebabkan masih fobia dan memang taknak dah teruskan walaupun persiapan semua untuk perkahwinan tu dah siap.
huu~
ini memang amat menakutkan.
Na'uzubillahimindzalik
lelaki dayus = lelaki tiada anu
sebab kalo dia tahu dia ada anu, dia juga tahu t/jwb dia sbg lelaki sejati.
kalo dah sampai sepak terajang karate dan judo anak dara orang sesukahati, maknanya dia tiada anu la tu..
jadi dia ada apa? err..lu pikir la sendiri..hoho
innalillah...
sungguh kesian..
ana pun penah tgk depan mate kejadian pukul memukul ni berlaku.. sgt sadis.......sgt3 kesian pd kaum hawa....
xtaw lah ape masalahnye kaum adam ni.. kdg2 tu...tahu la syg..tp, xkan erti syg tu...di translet dlm pukul memukul agar si jantung hati ttp setia.....astagfirullahal'azim.. sbb utama kaum adam bertindak demikian pun hnye disebabkan terlalu syg pd wanita tu... tp, ish.. mmg xpatut btol lah wat cmtu.. sgt3 menyakiti..
cemburu? syg? pukul? ape yg dia dpt?
:: suhana
w'salam..mmg menakutkan..
tp kn su, klu tk teruskan,
cmne ngn persediaan dan kad kawen,
semua dah siap, kena tanggung malu plak..
cmne tuh..
:: lisam..
dalam botol kot! haha
:: my heart..
selamat datang ke teratak buruk saya=)
betul, byk kes lelaki mengasari perempuan, klu nk beradu kekuatan mcm gusti. sumo. cari la lawan yg sepadan, kan? perempuan nie kan lemah lembut.. konfem laa kalah jer.. :(
Kalau kes ni tak dibawa ke encik polis, mgkin boleh la kot sambung program nak kahwin. Pertimbangan klu nak kahwin jugak:
1. Masalah mulut famili dara-teruna
2. Kemungkinan utk kena pukul lg
3. Ungkit-mengungkit lepas kahwin
4. Pendam perasaan negatip dlm hati
5. Bila gunung berapi meletus, apa perasaan ank2?
Kalau saya di tempat Aminah, saya takkan rasa malu nak cancel kenduri tapi akan rasa super duper malu sebab pilih tunang yang:
1. Critical thinking dia xdevelop langsung.
2. Tak tahan lapaq (jadi time berbuka kan? haha)
3. Tak tau adab sopan (mesti kejadian berlaku depan orang lain, xkn makan b'dua di tmpt sunyi)
4. Tak tau malu (sebab pegang anak dara org..yela.. pukul kena tuoching2 jugak apa)
5. Tak boleh jd cth teladan utk bakal anak2 (anak-anak?~ heh)
lagi-lagi dah jadi kes polis macam nie kak.. kalau nak fikir pasal malu pun, malu juga..
teruskan tak teruskan pun, kalau cakap pasal 'mulut' family, potpetpotpet jugak.
Malu juga... 2x5=10
nak menanggung malu tu, rasanya boleh tahan lagi kot. Pekakkan telinga, sumbat kapas banyak-banyak.. hee~ biarkan kerugian untuk persiapan perkahwinan..
jangan kerugian selepas kahwin nanti, lebih kesian.
sebab selalunya kes macam nie, lepas kahwin nanti lagi teruk.Berdasarkan atas apa yang terjadi di depan mata. Tup! Tup! Kahwin.. cerai..
owh no~!
kahwin cerai dah jadi trend juga ke?
hoho.
so kak, camne kabar dorang tu sekarang?
Assalamualaikum..
kalau ana..
ana tak kawin dgn lelaki mcm tu dah kot...
sebb,kalau tung pun dah mcm ni,kawin nnt blh ke hidup sekali.Mungkin blh jd dendam pula nnt...
Dan lg satu,mungkin ini petunjuk Allah,sifat sebenar lelaki tu sebelum mereka berkahwin.
Biar malu depan manusia sementara,dari kita merana selamanaya..^_^
bagaimana pula kalau si perempuan yang bertindak memukul lelaki terlebih dahulu? dan lelaki tersebut tak pernah memukulnya melainkan perempuan tersebut memulakannya terlebih dahulu yakni dalam pergaduhan?
bagaimana pula kisahnya jika begini?
Post a Comment