+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Wednesday, February 25, 2009

Dia Tak Sempurna.

Kali pertama kami bertemu adalah pada Julai 2006. Saya sendirian mendaki tangga dengan perasaan yang bercampur baur. Takut-takut dan berdebar-debar. Hari itu saya memakai sepasang baju kurung berwarna hijau muda. Sampai di tingkat tiga, saya menekan loceng pintu, saya di sambut oleh seorang lelaki Cina. Muda, berkacamata. Dia tersenyum kepada saya lalu saya membalas senyumannya.

Bilik ini kecil sahaja. Penghuninya tidak ramai. Saya kemudian di persilakan duduk dan seorang wanita menghampiri saya lalu menyerahkan beberapa helai kertas untuk di isi. Saya sambut sambil tersenyum. Tidak lama kemudian saya di persilakan ke satu bilik khas. Saya di tinggalkan sendirian. Perasaan ini bercampur baur. Jantung saya berdegup kencang. Ini pengalaman pertama saya. Masakan saya tidak gentar? Peluh hampir menitik, dingin aircond sudah tidak terasa. Saya cemas.

Kemudian dia datang. Ini pertama kali kami bertatap wajah. saling berpandangan. Dia tersenyum lalu saya membalasnya. Dalam cemas begini, entah bagaimana agaknya senyuman saya ketika itu. Saya tidak tahu. Mungkin sumbang. Pasti. Dia duduk bertentangan dengan saya. Dia perkenalkn dirinya. Dia MD syarikat yng ingin menemuduga saya hari ini. Namanya Dr Ragunath Bharath.

Dia duduk di depan saya, seorang MD tapi dia tidak sesempurna kita. Ya, dia OKU. rasa kagum serta merta menyerang minda saya. benar2 kagum dengan beliau yang tidak sempurna, namun kini bergelar Dr (PHD) dan memiliki syarikat consultant oil n gas sendiri..saya benar2 rasa di tampar. bagaimana dia yang begitu berjaya habiskan pengajian di Jepun hingga ke peringkat pHD dan juga pernah bekerja di Jepun bersama sebuah company (Chiyoda) bertahun lamanya. saya benar2 rasa rendah diri. Saya yang sempurna semua, namun untuk mendapatkan segulung ijazah, di tanah air sendiri bagai separuh nyawa. Betapa saya tidak memanfaatkan anugerah Tuhan sepenuhnya..Saya kesal.

Saya sempurna. Mata saya dua. Tangan saya dua. Kaki saya dua. Alhamdulillah Tuhan ciptakan saya sempurna. Lihat saja dia. Dia tidak! tapi dia jauh lebih berjaya dari saya. Mana silapnya? Apa yang telah dia lakukan tapi tidak saya lakukan? sedangkan saya lebih sempurna darinya? Saya tidak mampu berhenti berfikir..Sesi temudaga hari itu terus berjalan, memandangkan ini temuduga pertama saya, saya tidak berharapan tinggi. Sekadar mengutip pengalaman.

Selesai temuduga, saya melangkah pulang, namun kenangan bertemu dengan dia tidak dpt saya lupakan. Dia yg tidak sempurna tp berjaya dlm apa yg dia inginkan. Jauh di hati saya, saya juga ingin jadi sepertinya, malah lebih baik darinya kerana saya lebih sempurna..Itu azam saya..tapi bagaimana?

Bismilllahirrahmanirrahim..

(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya. Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran. Dia lah yang telah menciptakan manusia; -

Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan. Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;

Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya. Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan, Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;

Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang. Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain: Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang;

Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum;

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?

[Surah Ar-Rahman: Ayat 1-13]

Hampir setahun kemudian, saya di panggil sekali lagi, tangga yang sama sekali lagi di daki, wajah-wajah yang pernah saya temui satu ketika dulu kini harus saya temui sekali lagi, dan mungkin berkali kali tanpa terhitung..dan dia juga ada di situ, kali ini kami dipertemukan lagi. Saya akhirnya mendapat tawaran bekerja bersamanya. Alhamdulillah, Tuhan yang memberi rahmat.

5 comments:

nellyberry said...

ye la babe, kite slalu lupa dgn ape yg kite miliki. dan selalunya kite akan cakap, hidup ini tak pernah adil pada kite bile ditimpa dugaan dan ujian.

kite lupa bahawa ade org yg lebih tidak bernasib baik seperti kite, tapi end up mereka juga masih hidup, di bumi yang sama.

mungkin sbb kite rasa kite sempurna, sebab itu kite lupa untuk menghargai kesempurnaan yang kite ade.

one of my prof pun OKU. mula2 gua tgk die, gua ingatkan technician nak betulkan projector. sekali dia PM yang ajar gua...insaf kejap gua!

segelasair said...

alhamdulillah..

segelasair said...

alhamdulillah..

dinlove said...

nice article

if have time visit my blog.

http://addinlove.blogspot.com/

dinlove said...

alhamdulilah

jumpa rakan seperjuangan.

sama2 cinta tarbiah.

bagus ukh,teruskan usaha anda.

bagi juga teguran untuk ana.

http://addinlove.blogspot.com/