+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Monday, March 9, 2009

Ayah Saya Curang~!!

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah saya menulis dan semoga dilindungi dari syaitan yang direjam. InsyaAllah..

Perbincangan kali ini membawa permasalahan merujuk kepada dilema seorang gadis remaja. Baru-baru ini saya mendapat PM dari seorang user iluvislam..Walaupun kesuntukan masa, saya tetap membacanya dengan teliti, terkedu saya seketika, cuba membayangkan, bagaimana agaknya jika saya berada di tempat beliau? Adakah saya mampu menghadapi dugaan seberat itu? Naazubillah..Sesungguhnya Tuhan hanya memberi dugaan kepada hambaNya yang benar-benar mampu memikulnya..

Permasalahan.

Dalam PM tersebut, sahabat itu mengadu bahawa ayahnya telah curang dan dia mendapat tahu setelah secara tidak sengaja membuka henfon ayahnya. Ayahnya bukan sahaja berSMS,malah call, MMS dan emel teman wanitanya. Gambar yang dihantar oleh teman wanita ayahnya itu juga terlalu mengaibkan. Bill telefon ayahnya penuh tersenarai number wanita itu dan ayahnya juga berhabisan membelikan kad topup untuk teman wanitanya.

Bertambah parah kerana sahabat itu tidak mampu berkongsi kesedihan itu dengan sesiapa pun. Segalanya dipendam sendirian. Hendak berkongsi dengan kawan tidak mahu membuka aib keluarga, hendak berkongsi dengan adik beradik takut masalah menjadi makin besar dan hendak mengadu dengan emak takut pula melukakan hati emak. Akhirnya sahabat itu menangis tidak henti, sedih, risau dan tertekan sendirian.

Bagaimana Penyelesaian.

Kerana kesuntukan masa, mulanya saya cuma sempat membalas:

Adik, subhanallah, beratnya dugaan adik, akak tahu ia bertambah berat kerana adik terpaksa menanggungnya seorang diri..Terkedu akak membaca masalah adik, terfikir bagaimana agaknya yang akan terjadi pada akak jika akak berada di tempat adik..

Tabahkan hati adik, banyakkan bersabar, perbanyakkan doa dan mohonlah petunjuk dari Nya.

Adik, Allah memilih adik berada di situasi ini kerana Allah tahu adik mampu memikul dugaan ini. InsyaAllah, pasti ada jalan penyelesaiannya, tapi bagaimana?

Akak mohon maaf kerana akak tak dapat memberi penyelesaian/pandangan untuk menyelesaikan masalah ini buat masa ini..memandangkan akak sekarang kat ofis, insyaAllah bila ada kelapangan, akak akan segera PM adik untuk terus bincangkan masalah ini yer..akak tahu dugaan ini berat tapi sabar yer adik..tabahkan hati.

Untuk sementara waktu, adik jgn nangis lagi yek...ambil wudhuk, solat, banyakkan berdoa..semoga Allah memberi petunjuk dan semoga Allah membuka pintu hati ayah adik..


Dan Alhamdulillah, selepas bertanya pendapat seorangg sahabat dan saya pula mempunyai kesempatan untuk membalas, saya sekali lagi menghantar PM kepada beliau..

  • Firstly, adik sebagai anak kena tetap terus hormat dan kasihkan kedua ibu dan ayah adik. Cuba untuk sentiasa bersangka baik kepada kedua ibu dan ayah terutamanya..Jauhkan dan elakkan perasaan benci dan syak wasangka.
  • Adik benar-benar terhimpit, bertambah berat kerana adik tiada tempat untuk mengadu. Jadi disini, akak sekali lagi ingtkan adik, adik tidak keseorangan... Allah sentiasa ada bersama adik. Meminta, merayu dan berdoalah hanya kepada Dia.
  • Adik jgn lupa, doa itu senjata utama org muslim. dan Tuhan Maha Mendengar lagi Maha Mengasihi..Jika adik sayangkn ayah dan ibu adik, jika adik ingin kebahagiaan terus berkekalan, rumahtangga ibu ayah selamat, adik kenalah usaha lebih sedikit. bekorban demi kebahagiaan keduanya. Korbankan sedikit masa tidur adik, bangun setiap malam utk membuat qiamullai, solat hajat atau solat taubat..ikut kemampuan adik..berdoalah dan bermohonlah banyak-banyak.. insyaAllah Tuhan dengar rayuan adik..mudah-mudahan..Tapi dalam masa yang sama, ibadat wajib janganlah diabaikan..=)
  • Lagi cadangan akak adalah adik kena usaha lebih sedikit utk kembalikan kebahgiaan dan kemeriahan dlm keluarga. Adik mungkin bleh ajak mak ke salun kecantikan, ajar mak berhias untuk ayah atau jaga ketrampilan diri..biar nampak lebih lawa dan kemas dari biasa..mungkin kenangan lama mak dan ayah kembali segar..Siapa tahu, kan?^__^
  • Atau adik juga boleh buat surprise kat mak ayah . Masak istimewa untuk mereka berdua, keluar makan bersama atau bercuti..hmm..adik bleh juga belikan hadiah untuk ayah tapi katakan mak yang kasi..wink..boleh juga kan? Hidupkn kembali suasana mesra dan harmonis dalam keluarga adik..insyaAllah jika di hiasi dgn senyum dan gelak tawa, mungkin sedikit sebanyak bleh menimbulkn rasa keinsafan di hati ayah adik..Mungkin terbit rasa bersalah dan mungkin juga dia berfikir byk kali utk terus curang kerana takut kehilangan kebahagiaan yg sedang dia miliki bersama keluarganya sekarang..
  • Perkahwinan adalah jambatan utk lelaki dan wanita . Anak- anak adalah jambatan untuk suami dan isteri...Jadi, sikit sebanyak sebenarnya adik sebagai anak ada 'power' untuk kembali mengikat mereka supaya menjadi lebih rapat..yang penting kena guna cara yang berhemah. jangan terlalu menonjol atau terburu2..fikir baik dan buruk dahulu sebelum berbuat apa saja.
  • Adik boleh juga ajak ayah solat bersama-sama, berjemaah. Atau sama-sama ke kedai buku, bincang buku-buku agama atau artikel-artikel keagamaan. Boleh juga manfaatkan SMS,emel utk hantar pesanan ringkas tapi bermakna..hm..tp jgn drastik pula smpai ayah terasa pelik..slow2 yer..=)
  • Tak elok juga bila nanti ayah terfikir anaknya yang 'masih mentah' ingin mengajar dia..di takuti keadaan akan menjadi bertambah buruk..jadi adik kena memainkan peranan dengan bijak..tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berserakan..insyaAllah dgn izin Allah, mungkin semuanya akan kembali baik semula..

Adik, akak cuma mencadangkan, tapi selebihnya terserah kepada adik kerana adik lebih memahami dan merasai masalah ini..

"Air berkata kepada ikan, aku tidak dapat melihat kau menangis tetapi aku dapat merasainya kerana kau berada di dalamku.."

Akak doakan adik tabah hati dan kuat semangat. Semoga adik di kurniakan kekuatan dan kemampuan olehNya untuk membantu kembalikan kebahagiaan dalam keluarga adik sekali gus menolak jauh-jauh anasir yang ingin merosakkan kebahagiaan keluarga adik. Semoga ayah adik kembali ke pangkuan keluarga adik..dan Allah kembalikan kebahagiaan yang adik impikan....ameen..

Dari jauh akak mendoakan kebahagiaan adik dan seluruh keluarga, mudah-mudahan Allah makbulkan..

InsyaAllah.


Berikut adalah antara cadangan saya, jika anda ada sebarang cadangan dan pandangan, harap dapat sama-sama kongsikan yer..Terima kasih..=)

Wassalam.

13 comments:

Anonymous said...

salam..dgn nama Allah mudh2an apa yg d kgsikan utk kbaikan bsama...
sy juga mgalami situasi yg sme sperti ini...akibat pendam sdri tlalu lame, akhrnye ade title 'ibu tiri' dlm hidup ini.tp sy dan adk bradik tidak akan mgakui kwjudan die skalipon.ini juga adlh akibt dr mrahsiakan dr ibu.kini stiap ari sy brase amat bsalah apbila melihat ibu mgalirkan air mata akibt perbuatan ayh.
dugaan yg sgguh berat.tmbhn pula sy amat rapat dgn ayh.sethun lamenye sy pendam.cume sy tidk keseorgn krana sy bkgsi bsame kakak dan mkcik(kakak kpd ayh).
jln crite sahabt kita ini hmpir srupe dgn sy.apa yg ingin d katakan d cni, btindak lah sebelum tlambat dan sebelum lbih byk lg dosa yg dlakukan oleh ayh.maaf skiranye ayt ini mgguris hati.
crila seseorg yg lbih tua yg boleh mnasihati ayh saudari.lbih elok jika yg lbih beragama dan dri klangan ahli kluarga sblh ayh.
bknnya tidak bole utk minta ptolongn dr sebelah ibu, cume dlm kdaan bgini, tntunya kita mahu mnjaga maruah ayh dr pndgn ipar&adk bardik ibu saudari.
brtindak lah sebelum tlambat.
slain itu, utk menenagkan ati dan jiwa, pbykkan lah bce al-quran.
bykkan bce "ya wadud" 1000x smbil membygkan muke wajah kdua ibu bapa.mudh2an ikatn ksih syg antra mreka btmbh kuat.
saudari perlu minta ptolgn dr org lain.kuatkan dri saudari...jika ada org yg ingin menganiayai kluarga saudari, janji Allah doa org teraniaya tiada hijab...
mudh2an saudari btmbh kuat utk hadapi dgaan dan ujian yg dberikan.Allah sntiasa bsama kita.DIA ingin kita mempertingkatkan lg keimanan dgn bykkan meingati-NYA...

AsNiza said...

Salam kembali,

Terima kasih atas perkongsian, betullah..siapa yg berada di tempat yg sebenar pastinya lebih mengerti..

InsyaAllah saya akan lanjutkan cadangan ini kepada sahabat kita yang sedang bersedih itu..

Sama2 doakan kesejahteraan utk mereka dan seluruh umat Islam..ameen.

Anonymous said...

salam...sama2...hnya ptolgn kcil yg mmpu sy berikan...
jika ada apa2 yg bole sy bntu, akk bgtaw la ye...insyaAllah sy akan bntu utk mndpt kbhgiaan kita bsame dnia dan akhrt...

Anonymous said...

salam..sy nk mminta nasihat. sbnrnya sy pn mngalami masalah yg sama. br td sy tau yg ayh yg sy sgt hormat, kagum n syg slama ni rupanya bfoya-foya d blkg kami skluarga. sy tau slps mbuka laptop baru ayh..scara x sngaja sy tnmpak gambar2 mesra ayh n ppuan jalang tsebut d recycle bin. ppuan tu msih muda. sy tkejut n terus permanently empty recycle bin tsebut. sy x tgk btul2 gmbr2 tsebut scr lbih dekat. time tu sy berada d bilik parents sy n tym tu mak tgh tidur. hati sy ketika tu mcm hancur bkecai. sy x sangka semua ni tjadi..beratnya dugaan Allah ni..
mak sy sdh bsara n ayh sy mnguruskan syarikat sndr. dia sgt bz n slalu mngadu bz..bz..bz.. sblm ni sy x syak lgsung sbb slalu sj ayh outstation, meeting, kursus..etc. br td mak hntar ayh ke airport sbb ayh ada seminar 5hr d kl. itupn sy xtau la dia sorang atau dgn ppuan jalang tu.
kesiannya mak..byknya pngorbanan mak thadap ayh n kluarga. sgt tlalu byk..kesian mak..sudahla mak slalu bsorangan d rmh ni. sy study overseas n abg2 sy yg lain keja d luar negeri. sy x smpai ati tgk mak ksorangan klu sy dh hbs cuti n tpaksa blk study.
sy buntu..mcm2 d kpala sy skg..sy msih tkejut..tlg sy..sy tpaksa blakon dpn mak. sy xnak mak sedih..
adakah doa sj yg bleh sy buat skg?

Anonymous said...

assalamualaikum..trpandang tajuk perbincangan,mengingatkn sy akn mslh y saya hadapi..alhamdulillah..ayh saya tidak smpai berkahwin dua..begini ceritanya..

ayah telah mndapat seorang kerani baru di tempat kerjanya beberapa tahun y lalu..alhamdulillah,bebanan kerja boleh diringankan..tetapi lama kelamaan hubungan bos dan kerani brlanjutan sehingga diluar waktu pejabat..kadang2 mereka berSMS,sehingga waktu lewat malam..kadang2 mak sengaja mmbaca SMS ditelefon ayh,sedih hati seorang isteri pabila trbaca SMS "love u sayang..sayang dh makan?..rindu kt sayang"..ya Allah..adakah ayahku mmbuat maksiat dengan isteri org ditempat kerjanya..subhanallah..kesedihan ibu tak mampu ditanggung..akhirnya kami adik bradik mengetahuinya..sakitnya hati kami,sehingga kadang2 timbul rasa bencikn ayah..kebelakangan ini..ayh slalu marah2 mak..walaupon itu silap die..keegoan die makin trserlah..sakitnye hati kami..bile melihat mak menangis..tp diingatkn itu ayh kami..kalu tdak..ad jugak y kna sumpah seranah..sekarang..sy mnjdi semakin prejudis trhadap lelaki..sy tidak suka pulang kerumah utk mndengar bebelan ayh memarahi emak..sebelom rase sayang brtukar benci..sy tenangkn mak..biar la ap ayh nk wat ngn pompuan lain..dose ats bahu die..mak dh tegur die marah..biar la mak..asl mak trus taati ayh,sudah..
kekadang saya tidak mengerti kenapa mak sy trlalu mengikut kemahuan ayh..smpi sy tgk layanan seorang hamba kepada tuannya..dan ayh,kenapa buta utk melihat pengorbanan mak y brsusah payah itu..
sekarang sy sedar akn kesalahan ayh..mungkin sy sudah pandai menilai..ayh tidak mnjalankn tngunjawabnye kepada kluarga..hanya mncri duit..y lain semua diserahkn kepada emak..sehingga mmbaiki kereta,mmbeli perkakas letrik,membaiki paip bocor,mnjaga keselamatan umh..sumanya diletakn dibahu emak..ayah tidak mengambil tahu perihal anak2..pabila ank y meningkat remaja tidak mndpt prhatian y sewajarnya..diberi kebebasan..akn hanyutla ank itu..dengn harapan ap y brlaku kpd adik sy,diambil iktibar oleh ayh..utk lbih mnjga kami..tetapi,harapan tingal sengsara..mak y dipersalahkn 100%..sakitnya hati kami..
erm..skrang utk mengubat hati sy y sakit ini..hanya doa y xputus2...smoge ayh sedar akn silap die..sakit hati tuk lihat kesedihan mak...

Shabby said...

Salam Kak, mohon share artikel ini. sebab ramai yang mempunyai masalah sebegini.terima kasih. :(

AsNiza said...

Astagfirullahalazim...

Ya Allah, moga Allah ampunkan dosa2 saya.. Selama ni tak sedar ada comment2 di sini, dan sekaligus tak beri apa2 feedback kepada sahabat yang sedang menghadapi masalah.. Maaf sangat2.. Khilaf saya tak check comment2 pada entri lama2.. Mohon maaf sangat2 kepada semua yang minta pandangan tapi tidak di reply.... Saya bersalah..

Apapun, sudah setahun lamanya comment2 tersebut.. Entah bagaimana nasib sahabat2 kita. Saya doakan agar semuanya baik2 belaka. Moga Allah mengasihi dan merahmati..

Terima kasih kpd shabby yg comment - sampai ke kotak emel dan hari ini berkesempatan buka komen di sini..
Silakan berkongsi, moga2 bermanfaat..

Sekali lagi maaf kpd sahabat2 yg beri komen tp tak di balas oleh saya..

Maaf...

Humaira said...

Salam. Saya juga mengalami masaalah yang sama seperti diatas. Saya juga dapat mengetahui perkara ini ketika bermain fon ayah. Setiap malam apabila semua orang tidur , pasti bunyi berdering. Ayah juga akqn ketawa sendirian. Pada mulanya saya fikir mungkin rakannya sahaja. Tetapi suatu hari saya terbaca sms dari perempuan tersebut. Kata-katanya yang manja membuatkan saya meluat. Sekarang umur saya sudah mencapai 12 thn. Baru sahaja perempuan tersebut menyatakan bahawa dia inginkan hubungan yang serius. Setakat ini hanya saya seorang yang mengetahui perkara ini. Perkara ini juga pernah berlaku semasa saya berumur 5thn. Walaupun masih kecil,saya masih ingat kenangan yang pagit itu. Saya juga beeharap ia tidak akan berlaku semula.

Humaira said...

*perit

Nurfatehah Sallehuddin said...

skrg sy alami situasa yg sma.ya Allah kuatkan lah ibuku.yg tlh ketahui sgalanya..

Nurfatehah Sallehuddin said...
This comment has been removed by the author.
Umaiyrah Atan said...
This comment has been removed by the author.
che mex said...

kisah yg same juga berlaku pd sy .. dan akhirnye mereka kawin .. timbul pula kini .. menghantar sihir pemisah antara ibu dan ayah .. dan akhirnye ayah membuat keputusan untk tidak pulang rumah kerana sering sakit .. mungkin kisah sy lebih menyayat hati .. bukan takat hanya habis wang ringgit bersama perempuan lain .. namun segala yg x mampu nk bukak aib yg berjela-jela .. allah ...