Kek Keju Ukhwah
(Gambar sebenar)
Salam wbt, beberapa minggu lepas saya ada belajar buat kek keju. Buat secara berjemaah, masing-masing nak mencuba, seronok juga walaupun terpaksa bersesak di dapur. Oleh kerana kami masak beramai-ramai, jadi saya namakannya kek keju ukhwah.
Mohon maaf sebab saya tak salin resipinya, sambil tengok sambil memukul, mengacau, dan waktu itu juga sambil belajar. Sebelum saya lupa secara total, suka saya kongsikan di sini, kalau-kalau ada yang sudi mencuba kerana pada saya, caranya mudah dan tidak merumitkan. Bahan-bahannya juga insyaAllah mudah didapatkan di kedai-kedai.
Baiklah. Antara bahan yg digunakan, sedikit marjerin, kira-kira satu senduk, panaskan dan cairkan. Biskut cremo 250g dihancurkan. Campur kedua ni untuk jadikan base, dipadatkan ke dalam loyang. Biarkan seketika.
Kemudian ambil seketul keju, pukul hingga kembang, kemudian masukkan 3/4 tin susu pekat manis. Selepas itu. Panaskan dan cairkan gelatin halal kira-kira 3 sudu dan kacau bersama keju dan susu sehingga sebati.
Seterusnya, masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam loyang yang telah mengandungi base biskut cremo. Kek dah siap, boleh masukkan ke dalam peti sejuk, tempat beku. Masa untuk membuat 'topping'.
Cairkan agar-agar/gel perisa buah (maaf, saya tak ingat sangat bahan nak buat toping, tapi seharusnya warna dia cantik mcm berkilat, boleh rujuk gambar kat atas). Bila dah cairkan, keluarkan kek dari peti kemudian tuang ke atas kek tersebut. Seterusnya, masukkan dalam peti sekali lagi.
Apabila dah betul-betul keras, keluarkan dari peti ais, dan boleh hias dengan buah contohnya buah strawberi.
Selamat mencuba. ^_______________________________^
7 comments:
Sedapnya tgk lapisan ats kek keju tuu~ sesedap nama kek ni Kek Keju Ukhuwah (^_^)
Harap dapat kiranya dikongsi bersama resepi kek keju ukhuwah utk tatapan pengunjung setia...
Hehe
subhanallah.
kecur dibuatnya.
jatuh hati pada kek yg molek rupanya dan insyaAllah mengancam rasanya :)
salam wbt..
@sepohon kayu, daunnnya rimbun =)
nmpk sedap kan? hehe. rasanya pun insyaAllah sedap.. saya dah kongsi cara membuatnya.. pada post berkenaan, bawah gambar kek tu, kena klick read more.. moga membantu. jom mencuba ^^
@ liyana mujahid..
insyaAllah rasanya mengancam =)
cubalah buat, lagipun tk susah sbb tk perlukan kukusan atau oven, masukkan dalam peti sejuk saja..
tk sampai sejam dh bleh makan.. hehe
kalau ada resipi kek lain, boleh la kongsi2 ya.. tenkiu =)
Sgt sedap kek yg kak as mesin tu walau ade tmasuk sdikit bahan yg x di undang ;).But still halal..heheheh...credit tu kak ama yg mengajar kite..hehehe
semangat 'memukul' (ada orang tu suh pukul pakai kayu besbol =p) sampai tk perasan ada pewarna tambahan :D
hidup lagi nih, alhamdilillah, hehe
Assalammualaikum.
nama brand keju tu apa eh?
nak try buat la...
nampak sedap la...
subhanallah.
Post a Comment