+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Thursday, February 3, 2011

Ahlan Wasahlan. =)

Bismillahirrahmanirrahim..

Ahlan wasahlan. Selamat datang ke teratak buruk hamba. Jangan terkejut ya.. Alhamdulillah, hari ini saya diberi kesempatan untuk mengubah suai layout blog. Amacam, Ok tak? Hmm.. Sudah lama kita menggunakan tema yang serupa, sudah tiba masanya untuk kita mengubah citarasa. InsyaAllah. Moga-moga ke arah kebaikan..
Sebagai tuan rumah, saya sentiasa mengalu-alukan kehadiran sahabat sekalian ke teratak buruk saya ini... Moga-moga, kita semua, saya dan kalian, sama-sama peroleh kebaikan darinya, insyaAllah... Saling ingat mengingatkan. Bantu-membantu..


Dan tidak dilupakan, sekalung penghargaan, terima kasih yang tidak terhingga, saya tujukan khas kepada sahabat-sahabat yang masih lagi setia bersama saya, mungkin sejak awal penubuhan blog ini beberapa tahun yang lalu.. Walaupun mungkin hanya sebagai 'pembaca rahsia', ketahuilah bahawasanya saya sangat menghargai kalian.. Moga Allah memakbulkan doa-doa kita semua, doa dari seorang sahabat buat seorang sahabat, yang di luar pengetahuan si sahabat berkenaan, insyaAllah doa yang mustajab..

Juga, saya menyusun jari, memohon keampunan, dari hujung rambut ke hujung kaki. Andai dalam berbicara, menulis, berceloteh, bercerita, saya mungkin ada melukai, menyakiti, menyentuh perasaan, mengguris atau menyinggung. Tersilap fakta atau terkurang ilmu mengenai sesuatu perkongsian. Saya mohon maaf. Kesudian kalian untuk menegur amat saya hargai dan harap-harapkan. Mana yang salah, mohon diperbetulkan ya... InsyaAllah. Marilah kita saling berbuat kebaikan. Moga-moga, amalan dan niat baik kita tercatit sebagai ganjaran pahala oleh malaikat di bahu kanan kita.. Amin... Moga ia dapat menambah timbangan amal kita di akhirat kelak...

Sebelum berundur, sekali lagi terima kasih saya ucapkan, kepada semua yang sudi singgah ke teratak saya ini.. Sokongan kalian amat saya hargai. Moga Allah merahmati, kita semua.. Amin ya Rabb.


No comments: