+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Tuesday, January 4, 2011

Aku Mahu..

"Apa azam tahun baru?" Dia bertanya kepada aku.

Aku diam membisu. Berfikir sejenak kemudian menjawab, "Entah!"

Sambil mengangkat kedua belah bahuku. Tak pasti.

"Lansung tiada?" Dia bertanya lagi, tidak berpuas hati.

"Hm. Dulu ada, tapi jarang dipenuhi, jadi, untuk apa aku berazam lagi? Untuk gagal?" Aku menjawab, sebenarnya bertanya semula kepada dia.

"Hey, kau ni biar betul??" Dia kehairanan barangkali. Bulat matanya memandang ke arahku.

Aku menjarakkan tubuhku, jauh sedikit darinya. Bimbang tindakan refleksi darinya. Silap-silap lebam-lebam lenganku dicubit olehnya.

"Haha. Aku gurau sajalah." Aku kemudiannya menjawab, mencebik bibir padanya. Wajahnya yang tegang sebentar tadi kelihatan kendur sedikit.

"Apa azam kamu?" Dia bertanya untuk kali yang ke berapa, aku lupa menghitungnya.

"Aku mahu jadi muslimah yang lebih baik, lebih baik dari tahun-tahun sudah."

"Aku mahu tingkatkan ilmu aku, amalan aku. Aku mahu berbakti kepada ummah, lebih banyak dari sebelumnya,"

"Aku mahu cepat-cepat kaya. Dapat banyak wang. Aku mahu jadi seperti Uthman, seperti Abdurahman Auf, seperti Khadijah, seperti mereka yang lain, yang banyak menginfakkan harta mereka ke jalan Allah,"

"Aku mahu khatam quran dan tafsirnya. Dan bila selesai, aku mahu ulang sekali lagi, dan lagi, kalau boleh, aku mahu menghafalnya. Mungkin hafal Quran aku tidak mampu, semampu aku, hafal tafsir mungkin sudah memadai.."

"Aku mahu gembirakan ibuku. Bahagiakan dia. Juga adik beradikku yang lain. Bahagia mereka bererti bahagia untuk aku."

"Aku mahu..." Belum sempat aku menghabiskan kata, dia memandang aku tepat ke wajah. Dia tersenyum indah.

"Okey. Cukup-cukup. Banyak sangat.." Akhirnya dia bersuara. Letih barangkali mendengar impianku.

Aku ketawa mengekek.

"Ha.. Tu lah.. Degil nak juga tahu.. Kan dah penat.. Hehehe.. Aku mohon doamu. Doakan aku ya, agar cita-cita aku tercapai.. " Aku bersuara, menarik perhatian dia sekali lagi.

"InsyaAllah, kau sentiasa dalam doaku. Moga impianmu tercapai. Moga syurga menjadi milikmu. Amin ya rabb.." Dia mengaminkan doaku. Di dalam hati aku bersuara..

"Makbulkanlah doa-doa kami Tuhan..."


2 comments:

LadyBird said...

Ya Allah, moga doamu dimakbulkan olehNya. Ameeennn..

Anonymous said...

ye mge allah mdger doa2 mu shbt...
nt follow lah blog sye k...:-)