Mari kita renungkan, betapa tubuh manusia yang bersemadi di dalam tanah, tanpa teman, walaupun semasa hayatnya dia dikelilingi isteri dan anak-anak serta jiran tetangga dan sahabat handai. Biar setinggi mana penghargaan dan kasih sayang mereka, namun paling akrab mereka mendampingi sekadar menghantar ke tanah perkuburan. Sebaik sahaja mayat diturunkan ke dalam liang, tanah mulai menimbus jasad yang sudah tidak bernyawa itu, akhirnya semua yang meratapi kepergiannya akan melangkah pulang dan tinggallah dia seorang diri di dalam kubur itu.
Rumah besar yang ditinggakannya, di sana para waris berhimpun sedang berbincang untuk membahagikan harta pusaka yang ditinggalkan, kekayaan miliknya yang dihimpun sekian lama, kini telah berpindah tangan.
Dia yang sedang terbujur di dalam kubur, adakah mendapat manfaat dari harta yang ditinggalkannya?
Jika dia pernah membelanjakan hartanya untuk kebajikan, membantu usaha memperjuangkan agama Islam, bersedekah jariah umpamanya berwakaf untuk pembinaan masjid dan pusat-pusat pengajian, membantu jiran tetangga yang memerlukan serta fakir miskin dan seumpamanya, mudah-mudahan semua itu merupakan simpanan tetap di dalam bank akhirat, yang InsyaAllah keuntungan simpanan tetap itu (jika ikhlas) akan mula diterima sejak saat pertama dia menjadi penghuni alam barzakh itu.
Atau bagaimana pula nasibnya jika harta itu diperolehi dengan cara yang batil, seperti menipu, rasuah, riba dan seumpamanya. Ataupun dia hanyalah seorang penghimpun harta, yang semakin asyik dengan jumlah harta yang kian bertambah. Dalam keseronokan menghimpun harta, tanpa menggunakan kekayaan yang diaugerahi Allah Taala untuk tujuan akhirat, sehingga ajal pun datang dengan tiba-tiba. Maka kubur tempat dia berada itu sama ada menjadi tempat istirehat atau tempat menerima azab, hanya Allah taala yang maha mengetahui.
Persoalan harta telah disentuh di atas, selain itu jika dia memiliki ilmu yang memberi manfaat, terutama ilmu yang mendekatkan manusia dengan Allah taala, dan telah mengajarnya kepada orang lain, ganjarannya akan terus diterima selama ilmu itu diamalkan. Dan akhirnya ialah jika dia mempunyai anak yang soleh, antara sifat anak yang soleh itu sentiasa mendoakan orang tuanya, mmaka, doa dari anak yang soleh itu menjadi saham yang akan mendatangkan faedah untuk dirinya ketika berada di dalam kubur.
Persoalan yang timbul ialah apabila anak-anak tidak soleh, sebaliknya berakhlak buruk dan sentiasa dilanda krisis moral, tercebur dalam kegiatan mungkar serta abai terhadap suruhan agama. Pulang dari menghantar jenazah ibu atau bapanya ke kubur, sudah gaduh sesame sendiri soal harta pusaka. Setelah menerima harta pusaka yang banyak, masing-masing berfoya-foya dengan wang yang diperolehi secara mudah.
Dengan suasana begitu, apakah yang akan diperolehi oleh ibu bapa yang sudah bersemadi di dalam kubur. Sungguh malang bagi ibu bapa yang memiliki anak-anak yang tidak bermoral itu, bukan sahaja putus segala amalan dan usaha ikhtiar seorang anak Adam, tetapi telah terputus segala harapan apabila tidak memiliki tiga perkara itu.
Renunglah diri, sesungguhnya apabila kelak menjadi penghuni kubur, kita hanya bergantung kepada ganjaran pahala dari amalan yang ikhlas, tetapi juga berharap berharap rahmat dari Allah Taala, kerana segala usaha ikhtiar sudah berakhir, yang ada hanyalah tiga perkara. Jika mereka memiliki tiga perkara itu, atau sebahagian darinya, maka dapatlah dia menaruh harapan. Pertama ialah sedekah jariah, kedua ilmu yang memberi manfaat dan ketiga anak yang soleh yang sentiasa mendoakan ibu bapanya.
Apabila sudah di dalam kubur, bunga-bunga yang ditabur dan air mawar yang di siram semuanya tidak dapat menolong. Harum bunga tidak akan dihidu oleh si mati dan air yang disiram di atas pusara tidak akan menghilangkan dahaga atau mendinginkan penghuni kubur.
Yang dapat menolong ialah makhluk yang dihantar oleh Allah iaitu para malaikat. Jika Allah mengkehendaki agar dicucuri rahmat-Nya maka malaikat itu menghantarkan rahmat-Nya. Sebaliknya jika malaikat diperintahkan agar menimpakan azab kepada si mati, maka sudah pasti azablah yang diterima.
Allah swt akan membalas setimpal dengan amalan yang telah kita lakukan, “jaza-an bima kanu ya’ malun”. Jika amalan yang dilakukan berupa kebajikan, maka balasannya adalah kebaika, rahmat dan pengampunan, sebaliknya jika maksiat dan perbuatan keji yang menjadi amalan, maka balasannya setimpal dengan kejahatan yang dilakukan iaitu azab yang amat pedih.
Rasulullah saw memberitahu, sesungguhnya kubur adalah permulaan kepada taman syurga atau kawah azab neraka. Bagi orang yang mendapat rahmat dan pengampunan Allah, iaitu mereka yang sentiasa ingat akan Allah semasa hidupnya, dengan melakukan ketaatan, maka kubur baginya adalah lorong sebuah taman yang dipenuhi kenikmatan dan kerehatan.
Tetapi bagi mereka yang melupakan Allah Taala semasa hidupnya, hingga dipenuhi kelalaian dan kemaksiatan, maka kubur baginya adalah permulaan lokap azab sebelum azab sebenar di dalam neraka.
Sumber rujukan : Insan, Ingatlah! - Karya : Nik Abdul Aziz Nik Mat

2 comments:
nice entry...
semoga kita sentiasa ditetapkan hati pada jalanNYa...
Post a Comment