+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Wednesday, January 12, 2011

Janji Allah Benar


Kami berlindung dengan nama Allah dari syaitan yang direjam.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


Dan Kami tidak menjadikan seseorang manusia sebelummu dapat hidup kekal (di dunia ini). Maka kalau engkau meninggal dunia (wahai Muhammad), adakah mereka akan hidup selama-lamanya? (Al-Anbiyaa' 21:34)



Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. (Al-Anbiyaa' 21:35)


Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. (A-li'Imraan 3:102)


Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah). Dan (dengan yang demikian) sesiapa yang menghendaki balasan dunia, kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, kami berikan behagiannya dari balasan akhirat itu; dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur. (A-li'Imraan 3:145) |

Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia, dan janganlah Syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka). (Faatir 35:5)

Maka benarlah firman Allah.

Dengan nama ALlah yang maha pengasih lagi maha penyayang.

Kami berserah diri dan bermohon pada-Mu Ya Allah.

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami. Ampunkalah dosa kedua ibu bapa kami, saudara kami dan seluruh muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat.

Ya Ilahi. Sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri, sekiranya Engkau tidak mengurniakan ampunan-Mu Ya Allah, maka kami adalah golongan yang rugi Ya Rabb.

Ampunkanlah dosa kami Ya Rahman. Ampunkanlah dosa kami Ya Rahim.

Ya Allah, bukan sedikit dosa hamba-Mu ini. Dosa kami menggunung tinggi Ya Allah. Sungguh kami benar-benar menyesal dan bertaubat, memohon keampunan dari-Mu yang Allah. Terimalah taubat kami Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat, maka ampunkanlah dosa-dosa kami.

Ya Allah. Tingkatkanlah iman dan ketakwaan kami Ya Allah, teguhkanlah rasa kecintaan kami kepada-Mu Ya Ilahi. Janganlah Kau biarkan kami kufur dan lalai. Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang soleh dan solehah. Yang berpegang teguh pada agama-Mu. Berikanlah kami petunjuk, agar kami tidak sesat dan kekal di jalan-Mu yang lurus ya Ilahi. Jadikanlah kami hamba-Mu yang beriman, yang bersatu di bawah naungan kasih-Mu.

Ya Rahman. Ya Rahim. Hidup dan matikanlah kami dalam iman, masukkanlah kami ke syurga bersama mereka yang beriman dan beramal soleh.


Selawat dan salam buat nabi junjungan Muhammad saw.

Amin ya rabbal al-amin.

4 comments:

al-bagani said...

Amin Ya Rabbal 'Alamin....


Visit My Blog Berjalan Menuju Kebenaran

syakira said...

amin =)

Anonymous said...

amin...:)

AsNiza said...

amin ya rabb..