Dari hujung mataku, aku nampak kelibat bayangnya mendekati aku. Aku pura-pura tekun membaca buku, bersungguh-sungguh menatap lembaran putih yang dihiasi tulisan berperenggan-perenggan. Tiada satu apa pun yang masuk ke dalam mindaku, yang terpampang di hadapanku cuma kertas yang sedikit pun tidak mampu mencuri perhatianku. Makin ditenung, tulisan itu makin kabur, abjab-abjad di helaiannya bagaikan menari-nari. Ya, aku sekadar berpura-pura membaca. Cuma mengelak dari dia.
"Assalamualaikum." Dia memberi salam.
Aku diam, sekadar menjawab di dalam hati.
"Assalamualaikum, tak jawab dosa." Ujarnya lagi. Aku menolehkan kepala ke arahnya. Membulatkan mata cuba menikam tepat ke matanya. Dia cuma ketawa.
"Dah jawab la dalam hati, isk!" Aku mendengus. Dia masih lagi ketawa. Suka benar dia melihat aku marah. Memang sengaja dia memancing kemarahanku. Dia memang selalu begitu.
"Haih, marah-marah ni kenapa? Tak bagi salam salah, dah bagi salam pun salah juga ke? Atau bulan sedang mengambang? Haha!" Tawanya berderai lagi. Bagai sengaja menyiram minyak ke dalam hatiku yang sedang panas membara. Aku bangkit dari kerusi, cuba mencubitnya. Dia mengelak dan kami berkejaran. Aku kejar dia sampai aku penat. Akhirnya kami sama-sama bersandar kepenatan. Mengalah.
"Aku tahu kau tahu." Dia mula menyusun kata setelah lelah hilang. Aku tekun memasang telinga. Kemudian angguk.
"Ya aku tahu, tapi aku lagi senang kalau kau sendiri yang katakannya." Aku pula membalas. Ikhlas dari lubuk hatiku.
Dia diam seketika, merenung ke lantai. Barangkali sedang mencari ayat yang paling sesuai untuk sampaikan maksud hati. Aku juga sepi, memberi ruang untuknya.
"Hari ini aku sesat lagi." Akhirnya dia kembali bersuara.
"Iya? Bukankah semalam pun kau sesat?" Aku bertanya meminta kepastian. Dia diam menganggukkan kepalanya.
"Kau betul, kelmarin dan kelmarin sebelumnya juga aku sesat." Lirih suaranya menuturkan baris kata.
"Oh.." Aku sekadar mampu bersimpati.
"But hey, relaks laa.. Small matter je la sesat. Itu normal, sesat pun salah satu proses pembelajaran, kan? " Aku cuba memujuknya. Tapi tidak berjaya, wajahnya sugul sekali. Dia memandang ke arahku, melontarkan senyuman tawar.
"Kau benar, tapi sesat berulang kali di jalan yang sama bukan sesuatu yang normal. Seolah-olah aku tidak belajar dari kesilapan. Aku takut." Itu katanya. Aku diam seketika.
"Apa yang kau takutkan? Setidaknya kau sampai jua ke destinasimu!" Aku membalas.
"Kita belajar dari pengalaman, dari kesilapan. Tapi apa maknanya seandainya kesilapan sama diulang lagi dan lagi? Ibarat jatuh ke lubang yang sama berulang kali. Terjatuh kemudian jatuh lagi. Apakah aku terlalu lemah? Atau dungu? Atau apa?" Dia terus berbicara. Meluahkan rasa hatinya.
"Okey, listen to me. Kau tahu bagaimana kisah pengasas KFC? atau pencipta mentol? Kau tahu berapa kali mereka mencuba dan berapa kali mereka gagal? Cuba kau fikir, sekiranya mereka terus menyerah kalah setelah gagal beberapa kali, agaknya dunia kita sekarang punyai lampu atau tidak?"
"Kau bukan gagal, kau cuma ketemu beberapa arah yang kurang tepat. Kau bukan sesat, kau cuma melalui beberapa jalan pilihan yang bukan terbaik. Aku percaya esok, kau tidak akan sesat lagi, kau juga harus percaya! Kau sudah tahu arah yang salah, kau sudah tahu jalan yang tidak cukup tepat. Kau juga tahu akibatnya sekiranya jalan itu yang kau pilih. Oleh itu, jangan pilih yang itu. " Panjang aku berceloteh. Cuba menenangkan dia. Dia memandang tepat ke arahku dengan wajah yang kosong tanpa lukisan perasaan.
"Kau akan mengerti apa yang aku katakan sebentar tadi, bila esok tiba dan kau tidak sesat lagi." Aku mengakhirkan kata. Bingkas bangun dari tempatku bersandar. Menyusun langkah dan berlalu meninggalkan dia sendirian. Biarlah dia dengan ruangnya sendiri. Moga dia mengerti kataku dan menjadi yang lebih baik. Itu doaku. Untuk dia yang aku cintai. Makbulkanlah doaku Ya Allah..