"Saya ingin bertanya tentang satu kenyataan yang mengatakan islam menggalakkan perkahwinan yang sama taraf(sekufu) kerana kebahagiaan rumahtangga bergntung kpd persefahaman dan kerjasama yg dpt mengelakkan kemungkinan timbul masalah pasangan suami isteri. bolehkah beri saya perbincangan atau rumuasan yang mendalam mengenai masalah ini?"
Demikian soalan salah seorang user di ruangan forum iluvislam.com, di ambil dari SINI.
Sebaik sahaja membaca soalan tersebut, terus ingatan saya mengimbas kembali kisah yang pernah saya baca daripada buku yang dihadiahkan oleh Atul, "Bilik-Bilik Cinta Muhammad."
Kisahnya mengenai Zainab Bint Jahsym sepupu Nabi Saw, puteri kepada ibu saudara baginda yakni Umaymah binti Abdul Muthalib. Beliau merupakan seorang wanita yang agung, berkedudukan tinggi, garis nasabnya terhormat. Beliau juga merupakan antara wanita terawal yang memeluk Islam, dikahwinkan Nabi dengan Zaib ibn Haritsah, budak kesayangan Nabi Saw, bahkan baginda mengangkatnya sebagai anak. Sejak itu, Zaid dipanggil Zaid Ibn Muhammad.
Namun begitu, kehidupan berumahtangga Zaib dan Zainab tidak bertahan lama. Ini kerana Zainab menganggap dirinya terlalu agung untuk Zaid yang asalnya hanyalah seorang budah suruhan. Dia berasa tidak setaraf, begitu juga dengan Zaib. Zainab memperlakukan Zaib tidak seperti yang sepatutnya dilakukan oleh seorang isteri. Walaupun diperlakukan dengan begitu teruk oleh isterinya, Zaib tetap menerimanya dengan rasa rendah hati, hinggalah sampai suatu hari, Zaib sudah tidak sanggup lagi menahan sikap dan perilaku Zainab. Hatinya sedih tidak terbendung lagi.
Seandainya masalah ini terus dibiarkan, ia akan lebih membebankan, lalu akhirnya Zaib membuat keputusan untuk mengadu kepada Baginda Nabi Muhammad Saw. Dan akhirnya, pernikahan antara Zaib dan Zainab berakhir dengan penceraian. Wallahua'alam.
Demikian kisah yang telah terjadi beribu tahun yang lampau. Peristiwa yang terjadi pada waktu itu sedang wahyu masih diturunkan secara lansung melalui malaikat Jibril. Bagaimana Zainab bersetuju bernikah dengan Zaib kerana perintah Rasul-Nya namun akhirnya tidak bertahan lama kerana terdapat perbezaan darjat.
Apakah ketika itu sudah wujud erti sekufu? Dan sehingga kini, apakah sekufu itu masih signifikan?
Hanya Allah yang Maha Mengetahui, namun, dewasa ini kebanyakan dari kita masing-masing berlumba-lumba mengejar dunia, hingga lupa firman Allah dalam Surah Al-Isra';
"Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya neraka Jahannam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah. " [Ayat 18]
"Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang ia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya. "[Ayat 19]
"Tiap-tiap golongan dari keduanya, golongan dunia dan golongan akhirat Kami hulurkan kepada mereka dari pemberian Tuhanmu (wahai Muhammad); dan tiadalah pemberian Tuhanmu itu tersekat (dari sesiapapun)." [Ayat 20]
"Lihatlah bagaimana Kami lebihkan sebahagian dari mereka atas sebahagian yang lain (dalam rezeki pemberian Kami itu) dan sesungguhnya pemberian di akhirat lebih besar tingkatan-tingkatan perbezaannya dan lebih besar tambahan-tambahan kelebihannya." [Ayat 21]
Bernikahlah kerana ia sebahagian daripada tuntutan agama, dan juga sunnah Nabi Saw. Menyempurnakan fitrah seseorang manusia yang bernafsu, bernaluri dan berperasaan. Ingin dibelai dan membelai, ingin dicintai dan mencintai, ingin dijaga dan menjaga, inginkan perhatian dan kasih sayang, ingin memanjangkan susur galur keturunan dan punyai legasi sendiri. Ingin tempat mengadu dan berlindung. Bernikahlah kerana Allah juga berfirman, dalam Surah Ar-Ruum;
" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mgandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berfikir. "[Surah Ar-Ruum: 21]
Namun Allah Maha Pengasih dan Dia Maha Mengetahui. Dia tidak ciptakan kita tanpa panduan dan tidak pernah membiarkan kita terkontang-kanting tanpa pedoman. Dia menghantar Rasul-rasulnya sebagai penunjuk jalan dan menyampaikan kepada hamba-hamba-Nya yang serba tidak tahu. Al-Quran penunjuk jalan yang terang lagi nyata, dan Muhammad itulah pesuruh Allah yang banyak berjasa kepada kita semua dalam menyebarkan syiar Islam.
Selagi kita berpegang kukuh kepada al-Quran dan sunnahnya, insyaAllah, kita tidak akan sesat selamanya.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” Hadith ini telah diriwayatkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab sahih mereka serta imam hadis yang lain.
Oleh itu, bernikahlah, sekufu atau tidak mungkin bukanlah soal yang penting, asalkan selagi mana kita dan pasangan berpegang teguh kepada ajaran Islam, kuat pegangan agama, dan tidak goyah walau seinci dengan ujian dunia.
Jangan terus menolak, istiqarahlah minta petunjuk dari Allah dan bersyukurlah seandainya dia cantik rupawan, kaya hartawan, berkedudukan tinggi dan juga beragama. Mudah-mudahan. Bahagialah sampai syurga. ^_^
P/S: Iqah comot, akak guna gambar iqah tau... tenkiu =)

-------------------------------------------

----------------------------------------

Mungkin dia cantik rupawan. Mungkin dia kaya hartawan. Mungkin dia berpangkat dan berkedudukan.
Jangan terus menolak, istiqarahlah minta petunjuk dari Allah dan bersyukurlah seandainya dia cantik rupawan, kaya hartawan, berkedudukan tinggi dan juga beragama. Mudah-mudahan. Bahagialah sampai syurga. ^_^
P/S: Iqah comot, akak guna gambar iqah tau... tenkiu =)
6 comments:
salam'alayk
izin copy artikel
thanx
w'salam wbt..
silakan, jgn lupa letak link ke blog ini ya.. =)
terima kasih kembali ^_^
salam alaik..
Msalah sekufu ni boleh diatasi kalau pasangan saling melengkapi antara mereka..
Bila yg ni xboleh sesuaikan diri, yg tu hulurkanlah ptolongan..
Kalau dua-dua xnak mgalah.. mmg runtuhlah rumah tangga..
p/s: komen dari org bujang huhu
Islam hanya menggalakkan, hatta takde 2 orang pun yang serba-serbi sekufu. Sama-sama kaya harta mungkin tak kaya rupa, sama-sama kaya rupa mungkin tak kaya ilmu, sama-sama kaya ilmu mungkin tak kaya akhlak. Sebab takde 2 orang pun di dunia ni yang sama serba serbi, DNA pun dah tak sama, apa lagi jantina :p mungkin ayat di bawah ni boleh menerangkan ketidakpentingan sekufu? Wallahua'lam:
"Hai manusia, Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal." ~Al-Hujurat: 13~
very informative..thanxss
salam, akak.
nk izin copy jgk.
thanks akak! =)
Post a Comment