+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Thursday, April 15, 2010

Pencuri Masa!

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar semuanya? Semoga sihat sejahtera, sentiasa di bawah naungan kasih limpah rahmat Ilahi. Lama saya tidak meluangkan masa bersama sahabat sekalian di ruangan blog yang saya kasihi ini. Rindu pastinya rindu. Hati meronta-ronta ingin mencoret biar cuma sebait kata, namun entah mengapa, sukar saya tafsirkan betapa sukarnya buah bicara ingin saya aturkan di sini.

Ada sesuatu yang membelenggu akal dan fikiran, menyekat ilham. Jari ini enggan menari, akal ini enggan berbicara. Allahu Allah. Mengapa kebuntuan ini mengikat aku?

Misteri, mungkin bukan cuma saya yang merasainya. Bahkan saya percaya, setiap dari kita mungkin turut mengalaminya. "Berlumba dengan masa!". Jika kita lambat, dia akan memotong kita. Jika kita terleka, dia akan terus pergi berlalu meninggalkan kita tanpa belas ihsan. Bersama kita atau tanpa kita, dia tetap tidak akan berhenti. Selagi Allah menetapkannya begitu, selagi kiamat belum tiba.

Ada masanya letih juga diri ini berlumba dengan masa. Sering kali diri ini kalah, ditinggalkan tanpa simpati. Tanpa sedar, detik demi detik berlalu, hari demi hari, bulan berganti bulan. Usia kian bertambah. Mati kian mendekat. Masa lalu kian menjauh. Kita bagaimana?

Semua orang sama, sehari ada 24 jam. Namun entah mengapa, diri ini sering merasakan masa tidak mencukupi. Terlalu banyak perkara yang ingin dilakukan, tapi sering saja semuanya tidak terlakukan. Ke mana hilangnya masa saya? Bagaimana ingin mengejar masa? Kenapa orang lain boleh sedangkan saya tidak? Kenapa orang lain mempunyai masa yang cukup tapi saya tidak?

Bagaimana kita boleh mengutip kembali masa yang hilang? Bagaimana kita boleh memanfaatkan masa yang ada dengan sebaik yang mungkin agar kita tidak kesal di kemudian hari? Bagaimana menguruskan masa tanpa tersia-sia walau sesaat cuma?

Demi masa.. Sesungguhnya manusia dalam kerugian....

3 comments:

eCcentric eL said...

Ketahuilah, masa anda berlalu dengan pantas kerana anda suka daydream :p Walaupun daydream tu satu excercise yang amat bagus untuk otak (kata Dr. Oz), tapi kalau dh 50% masa abih kat situ... Demi Masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian...

Dah tiba detiknya anda realisasikan semua impian2 itu, as I said before, get your butts moving! Banyak bergerak secara physical akan menyebabkan lebih banyak adrenaline terhasil, dan bila berhenti, endorphine pulak terhasil. Google endorphine and anda akan tahu yang ia memberikan rasa gembira, puas & sihat. Mungkin rasa ketidakcukupan masa, kebuntuan & segala yang negatif itu hasil dari kestatikan anda? Maka bergeraklah. Shake out that fat! :D

"Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran"
~ al-Asr:3~

P/s: Masa yang hilang tak boleh dikutip, yang boleh dikutip adalah pengajarannya.

AsNiza said...

El~ bleh buat satu entdi sudah komen ko ini.. huu~

As usual ko mmg optimis, agresif, aktif segala, tak ramau yg ada kualiti mcm ko, aku respek abis sama ko.. aih~

Jangan jadi pencuri masa... Jom..

"Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran"
~ al-Asr:3~

eCcentric eL said...

"As usual ko mmg optimis, agresif, aktif segala, tak ramau yg ada kualiti mcm ko, aku respek abis sama ko.. aih~"

Sekadar mengikut ajaran Islam pada mana yang termampu... Wallahua'lam Nieja....