"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."
(Imam Nawawi)
(Imam Nawawi)
Saya dan Nisa membaca ungkapan tersebut bersama-sama. Sebenarnya saya sudah banyak kali membaca ungkapan tersebut, di mana-mana, blog, forum, web site dan macam-macam. Seperti sahabat yang lain, saya bersetuju dan sekata dengan ungkapan tersebut, kononnya, cintakan seseorang kerana Allah, jika hilang cintanya kepada Allah, maka hilanglah cinta saya kepadanya.. namun berbeza dengan Nisa.
"Saya tak suka lah kak cmnie, mana boleh kita tinggalkan sahabat kita kalau dia jauh dari Allah, kita kena bawa dia kembali ke jalan Allah." Begitulah kata-katanya lebih kurang.
Pertama kali saya dengar orang yang tidak suka dengan ungkapan dari Imam Nawawi itu namun penjelasan yang Nisa berikan, adalah rasional dan boleh diterima akal. Saya terpaksa bersetuju dengannya. Kali ini. =)
Dikisahkan, satu masa dahulu, seorang lelaki yang disegani masyarakatnya sedang berjalan menuju ke pasar. Dari kejauhan lelaki itu melihat orang ramai berkumpul, dan bila dihampiri, mereka sedang memukul dan membelasah seorang lelaki.
"Kenapa kalian memukul dia?" Lelaki bijaksana itu bertanya kepada orang ramai yang sedang dalam keadaan marah. Tanpa belas kasihan mereka membelasah.
"Dia memang patut dipukul kerana telah melakukan banyak dosa." Jawab salah seorang daripada mereka.
"Jika kalian ternampak dia di dalam lubang yang dalam, apakah kalian akan menariknya keluar?" Tanya lelaki bijaksana itu lagi.
"Tentu sekali kami menariknya keluar!" Jawab yang lain pula.
"Jika begitu, janganlah kalian mencela dirinya sekarang," Sambung lelaki bijaksana itu pula.
Lelaki yang bijaksana itu kemudiannya menasihati orang ramai di situ agar mereka sepatutnya tidak mencela walaupun pesalah tersebut telah melakukan banyak dosa. Mereka sepatutnya memberikan bimbingan dan membawa pesalah tersebut ke arah kebaikan, umpama menolong mengeluarkan orang yang terjatuh ke dalam lubang yang dalam.
Orang ramai yang ada di situ mula berasa hairan lalu bertanya, "Apakah saudara tidak membenci dia?"
"Tidak, apa yang saya benci adalah perbuatannya yang salah. Kalau dia tinggalkan perbuatannya itu, maka dia adalah saudara saya." Jelas lelaki yang bijaksana itu lagi.
Kesimpulannya.
Jika Allah itu Maha Pengampun, Maha Penerima Taubat, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, maka kita sebagai hamba-Nya, apakah kita layak untuk membenci makhluk ciptaan Allah apatah lagi menghukumnya?
Saya akui, hidup di dunia ini, kadang-kadang kita terluka, di lukai samada secara sengaja atau tidak, dikhianati dan disakiti. Namun ketahuilah bahawa sesungguhnya, maaf adalah penawar yang terindah.
Ibarat pesan seorang yang bijak sana, lupakan dua perkara, yakni pertama, keburukan orang kepada kita dan yang kedua, kebaikan kita kepada orang.
Islam menuntut kita saling mengasihi sesama makhluk, lebih-lebih lagi sesama saudara seislam. Allah mengurniakan kita dengan emosi dan perasaan, bukan untuk sia-sia. Hargai pemberian Allah sebaik yang mungkin, manfaatkan dengan baik, mudah-mudahan kita dan sahabat-sahabat kita, sama-sama menjejak kaki ke Jannatul Firdaus.
Yang salah sama-sama kita perbetulkan, yang lemah sama-sama kita perteguhkan, yang senget sama-sama kita perluruskan. InsyaAllah, Allah permudahkan urusan mereka yang membantu orang lain yang berjuang ke jalan Allah.
Wallahua'alam.

----------------------------------

----------------------------

3 comments:
Bismillahirrahmanirrahim,
Setuju dgn ayat-ayat lelaki bijaksana tu, benci seseorang bukan kerana dirinya tapi perbuatannya. Aku pernah benci someone masa kat UTM dlu sampai tahap nampak muka dia rasa nk muntah & pitam (ko pon kenal budak neh :p), tapi lepas muhasabah kenapalah ada syaitan yang mencucuk2 untuk membenci sedangkan dia masih saudara semuslim, yang lebih afdhal dikasihi dan dipererat silaturrahim berbanding berkawan dgn orang-orang kafir...
Wallahua'lam.
Makin membenci, makin sakit hati kita.. Orang tu seronok2, enjoy their life, sapa yg rugi? Kita jugak..
Maaf adalah penawar yg terindah =)
p/s: siapakah beliau? :D
Maaf, beliau sudah dimaafkan. Makanya tak perlu bagitau siapa :p
Post a Comment