Bismillahirrahmanirrahim..
Masa yang suntuk, saya cuba coretkan sepatah dua kata. Kali ini, saya ingin berkongsi satu cerita pendek, yang diceritakan oleh seorang sahabat, katanya dibaca dari Majalah Solusi. =)
Ceritanya begini.
Pada suatu masa, ada sekumpulan arnab dan sekumpulan tikus yang sedang mencari kebun untuk mereka diami dan dapatkan sumber makanan. Mereka mencari dan terus mencari, akhirnya kedua-dua kumpulan itu tiba di sebuah kebun keledek serentak.
Memandangkan kedua-dua kumpulan itu nekad ingin menguasai kebun keledek itu. Maka, pertelingkahan telah berlaku. Persaingan yang sengit antara mereka itu akhirnya mencetuskan sebuah peperangan antara kumpulan arnab dan kumpulan tikus.
Mereka saling bunuh membunuh hingga akhirnya ramai yang mati dan tinggal seekor arnab dan seekor tikus.
Arnab dan tikus itu mesti berlawan antara satu sama lain bagi memastikan hanya seekor saja yang menang dan dapat menguasai kebun itu. Mereka terus berlawan, hingga ke titisan darah yang terakhir.
Melihat arnab cedera parah, tikus optimis bahawa dia akan menang dan akan menguasai kebun keledek itu. Dia berhenti berlawan seketika kemudian bertanya kepada arnab,
"Kenapa kau ingin mendapatkan kebun keledek ini?" Tanya tikus.
"Kerana aku ingin lari dari pemangsa yang akan membunuh arnab" Jawab arnab yang cedera itu pula.
Tikus mendengar jawapan itu, kemudian terfikir sesuatu lalu bertanya lagi.
"Masalahnya, aku tak pernah pula dengar arnab makan ubi keledek." luah si tikus kemudiannya.
"Siapa kata aku nak makan ubi keledek? Aku makan daun saja," sahut arnab pula.
"Iya?? Aku makan ubi saja dan kau makan daunnya sahaja. Sepatutnya kita boleh kongsi kebun ni.. tak perlu kita saling membunuh.." tikus kesal atas keterlanjurannya.
Setelah banyak arnab dan tikus terkorban, akhirnya barulah mereka sedar, pertelingkahan dan pergaduhan mereka sebelum ini, rupa-rupanya sia-sia belaka. Seandainya mereka berbincang secara baik, sama-sama mencari kata putus dengan cara yang betul, pergaduhan itu tentunya dapat dielakkan dan mungkin tiada nyawa yang terkorban.
Kini nasi telah menjadi bubur dan telah terlambat.
Moral of the story:
1- Jangan melulu dalam melakukan tindakan dan keputusan. Perlu berfikir sebelum bertindak. Menyesal kemudian hari tiada gunanya.
2- Perlu bermesyuarat dalam membuat keputusan seperti yang dianjurkan dalam Islam.
3- Jika tiba di suatu persimpangan, yang memerlukan kita memilih dua perkara samada baik atau buruk, jangan teragak-agak untuk memilih kebaikan. Bimbang bila kita ragu, syaitan dan nafsu jahat akan menyeru kita untuk memilih keburukan.
4- Rezeki milik Allah, Dia beri kepada sesiapa yang Dia mahu dan Dia juga berhak mengambilnya semula. Usah berebut-rebut, tabur pasir dalam periuk nasi orang. Rezeki masing-masing telah Allah tuliskan, jangan sampai menganiaya orang lain.
5- Hidup bermasyarakat kena ada tolak ansur. Sharing is caring. Caring is loving :)
6- Amalkan membaca ayat seribu dinar, moga Allah mencukupkan rezeki buat kita.
7 - Dan lain-lain lagi..
2 comments:
Anak arnab aku pulak asyik kena mkn dgn tikus je cemane plak? Heheh
Http://langatict.blogspot.com
Anak arnab ku baru kena makan tikus sandi kepalanya hilang di makan seekor lagi parah bahunya di gigit ntah oleh hidup ka tu sbbp bengkak dah ..aku tak da masa ke klinik hewan sebab tak cukup duit bikin bayar..
Post a Comment