+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Thursday, June 30, 2011

Kerana Sepinggan Nasi




Kisah seorang anak lelaki yang bergaduh dengan ibunya - kemudian dia lari meninggalkan rumah.

Dia berjalan di dalam pekat malam, sehelai sepinggan membawa diri tidak tahu ke mana ingin dituju. Kemudian dia tiba di sebuah kedai makan. Dia berdiri di hadapan kedai, perutnya terasa lapar namun dia akhirnya sedar, dia tidak mempunyai sebarang wang.

Dia cuma berdiri di hadapan kedai itu, tiba-tiba tuan kedai ternampak kemudian simpati melihat keadaan si anak tersebut, lalu menjemputnya masuk ke dalam kedai lalu bertanya. "Kamu nak makan ke?" Budak lelaki itu menjawab," Nak.. Tapi saya tak bawa duit pakcik.."

Mendengarkan itu, si tuan kedai yang budiman menyuruh si anak duduk, kemudian dia menghidangkan sepinggan nasik berserta lauk pauk kepada si anak tersebut. Si anak kemudian menjamah makanan tersebut. Ketika sedang menyuap makanan, hatinya tersentuh, terasa hiba lalu dia menangis.

Tuan kedai hairan melihat si anak menangis. Lalu bertanya.. "Anak, kenapa kamu menangis?"

Lalu si anak menjawab, "Pakcik, pakcik tak kenal pun saya, tapi pakcik baik sangat, jemput saya masuk, bagi saya makan. Tapi mak saya, kerana kesalahan yang kecil, tergamak dia halau saya keluar dari rumah. Saya ni kan anak dia.."

Pakcik yang mendengar diam seketika kemudian berkata... "Pakcik baru saja bagi kamu makan nasik sepinggan awak dah menangis terharu, tapi mak kamu tu dah bagikamu makan entah berapa pinggan, sejak kamu kecil sehingga umur kamu sampai sekarang, kenapa kamu tak hargai, tak rasa terharu? Kenapa nak bergaduh dengannya, ambil hati dan berkecil hati dengan kata-katanya? Dia tu kan mak kamu.."

Mendengar kata-kata pakcik itu, bertambah deras airmata si anak, sedar akan kekhilafannya sendiri. Selesai makan dan berterima kasih kepada tuan kedai yang budiman, si anak menguatkan hatinya untuk kembali ke rumahnya. Biarpun dia telah dihalau oleh ibunya, dia beranikan diri untuk pulang ke rumah.

Setibanya di rumah, terkejut dia melihat ibunya yang sedang kerisauan menunggu kepulangannya.. Bila melihat si anak sudah kembali, si ibu menangis kegembiraan memeluk si anak.. Sekali lagi si anak menangis, insaf betapa ibunya sangat menyayangi dirinya.. Kerana sepinggan nasik, akhirnya dia sedar - kasih ibu membawa ke syurga, insyaAllah.  =)

Sekian cerita pendek, moga bermanfaat - Di tulis semula berdasarkan cerita yang saya dengar dari Motivasi pagi radio ikim :D-

2 comments:

cik arija said...

kadang-kadang kita tak reti nak bersyukur dgn ape yang kita ade. bila dah kehilangan barula terasa menyesal =(

Anonymous said...

mohon share kak as..