+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Tuesday, June 14, 2011

Anak Bukan Hak Milik Kekal?



Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt.. 

Sudah lama sebenarnya Mak Ngah terjebak dalam dunia blogging. Kalau tak silap, sejak tahun 2007. Alhamdulillah sekarang pun masih diberi keizinan oleh Allah untuk terus berblogging. Meskipun tulisan Mak Ngah tidak seperti dulu dan tidak sekerap dulu kerana kekangan masa, apapun Mak Ngah bersyukur kerana setidaknya, Mak Ngah masih lagi di sini.

Alhamdulillah.
Sahabat mungkin tak pernah tengok Mak Ngah membebel kat sini, kan?

InsyaAllah, hari ini Mak Ngah akan creat satu lagi subkategori baru dalam blog ini, nama diberi, “Bebelan Mak Ngah,” Apa motif dan tujuannya? Haa… Tak lain tak bukan, selain membina suatu kelainan, Mak Ngah berhasrat untuk berkongsi secara santai dan sempoi, perihal isu semasa dan segala yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita.. Haa.. Gitulah antara niatnya….

Okeh, sebagai permulaan. Kali ini Mak Ngah nak bebel pasal ANAK.

Haih. Jujur ya, Mak Ngah jeles campur cemburu sebenarnya, tengok kawan-kawan, saudara mara, jiran tetangga, lepas sorang, sorang naik pelamin, menghadap Tok Kadi. Redha aje lah ya, dah jodoh mereka sampai dulu, kita tumpang gembira. Kemudian lepas sorang, sorang dapat anak. Wah.. Makin bahagia Mak Ngah tengok depa nie.. Tumpang gembira sekali lagi la ya.. Hehe.. Itu je yang Mak Ngah boleh buat.

Cuma, Mak Ngah sedih la dengan sikap sesetengah ibu dan bapa, yang mengambil mudah, memandang enteng perihal didikan agama terhadap anak-anak mereka. Aduh. Kasihan anak-anak. Kalau tiada bekalan agama dan didikan yang kukuh, entah bagaimana agaknya mereka dapat menempuhi kehidupan pada hari mendatang, yang penuh cabaran?

Ya laa. Mak Ngah cakap senang la ya. Sebab Mak Ngah belum ada anak. Cuba nanti kalau Mak Ngah ada anak, hah, baru lah rasa!!

Huhu.. Betul Mak Ngah mengaku, Mak Ngah memanglah bukan orang yang layak untuk cakap tentang anak nih. Tapi, kalau dah benda salah depan mata, takkan Mak Ngah nak diam saja, Iya dak?

Wahai ibu dan bapa. Anak tu anugerah. Pinjaman dari Allah swt. Jangan sampai anak-anak menjadi penyebab kita dibenci dan dilaknat Allah. Didik anak betul-betul. Biar jadi yang soleh, yang solehah.

Banyak je ibu bapa yang Mak Ngah kenal, bila anak-anak dapat keputusan yang teruk di sekolah, beria-ia dia marah, tengking, rotan. Macamlah dunia si anak akan berakhir kalau tak dapat A dalam ujian. Kan?? Yang hairannya lagi, bila anak tak solat, tak nak puasa, takde pulak marah begitu sekali. Suruh sekali saja, bila anak buat tak dengar, terus saja emak ayah buat dunno.. Ada je yang lagi teruk, emak ayah sendiri yang lansung tak solat. Kalu pun solat, Cuma waktu Solat Maghrib saja. Anak-anak duk perati tengok jer peel mak dan ayah, diam-diam terikut-ikut dengan perangai emak dan ayah. Sape yang salah?

Hah! Elok la tuh. Kata pepatah orang kita, ayah kencing berdiri, anak kencing berlari. Memang kena sangatlah pepatah ini. Kalau ibu dan ayah solat ‘bila nak solat’ saja, apatah lagi anak-anak, makin lama akan jadi makin teruk. Silap-silap lansung tak tahu cara yang betul untuk mendirikan solat. Naauzubillah. Kalau emak pakai baju singkat dan ketat, anak-anak duk perati tengok. Tak mustahil suatu hari nanti, si anak tak ada rasa segan silu untuk berbogel. Naauzubillah..

Ibu oh ibu, ayah oh ayah. Insaf-insaflah.

Kalau betul sayangkan anak, cubalah yang terbaik untuk tunjukkan contoh kepada anak-anak. Jangan bergaduh laki bini depan anak-anak, jangan kurang ajar dengan orang tua depan anak-anak, jangan memaki dan mencarut depan anak-anak. Anak-anak yang sedang membesar, perumpamaannya seperti span yang akan menyerap air, segala apa yang mereka lihat, dengar dan lalui, akan menjadi contoh dan ikutan pada mereka.

Dan lagi satu. Ibu dan ayah, kalau pun sibuk dengan kerja. Luangkan sedikit masa yang benar-benar berkualiti untuk anak-anak. Periksa dengan siapa mereka berkawan, apa ada dalam beg sekolah, dalam hand phone. Jangan bersikap lepas tangan jaa.. Jangan ingat kalau dah hantar sekolah, dah cukup dah ilmu yang cikgu bagi. Tak boleh lagu tu.. Anak-anak tu tanggungjawab hangpa. Bukan kat dunia ni saja dia anak hangpa, kat akhirat pun, anak-anak ini mungkin boleh menarik tangan hangpa ke neraka atau juga memimpin tangan hangpa ke syurga. Hangpa nak yang mana satu? Anak yang soleh atau sebaliknya?

Syukurlah, dan berterima kasihlah pada Allah kerana izinkan hangpa ada anak. Bukan macam Mak Ngah nie, bayang-bayang pun belum nampak lagi. Jadi, sebagai tanda kesyukuran, didiklah anak-anak bebetoi yaa... Biar dia kenal siapa Tuhannya, biar dia tahu Al-Quran tu bukan setakat bahan bacaan, biar dia jadikan Nabi Muhammad saw sebagai ikutan, biar dia percaya setiap apa yang dia lakukan, semuanya dicatit oleh para malaikat, biar dia redha setiap qada dan qadar yang Allah tetapkan padanya, biar dia benar-benar takut pada hari kiamat lalu bersungguh-sungguh melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran.

InsyaAllah ya..


Banyak pulak Mak Ngah membebel, okeylah, sampai sini dulu Mak Ngah berhenti naa... Mana yang baik, ambik lah buat teladan. Kita sama-sama saling ingat-mengingatkan, doakan Mak Ngah pun cepat-cepat dapat anak, baru Mak Ngah dapat merasa perit jerih mendidik anak. Dan moga-moga, anak kita semua, menjadi anak yang dikasihi Allah.

Amin ya rabbal alamin.

Allah berfirman,
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-harta kalian dan anak-anak kalian melalaikan kalian dari mengingat Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi.” (Al-Munaafiquun:9)






1 comment:

Anonymous said...

btolll..jeles bila tgk..dan geram dgn ibu bapa yang mcam tu..

tak pe mak ngah..kita bersabar dan berdoa dlm hati..satu hari, Insya Allah giliran kita akan sampai..:)


~nurzunairah~