Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Syukur alhamdulillah kerana saya masih diberi kesempatan oleh-Nya untuk menulis dan kalian juga diberi keizinan oleh-Nya untuk membaca bait-bait kata yang bakal saya nukilkan hari ini. InsyaAllah. Harapan saya, bacalah hingga ke akhirnya. Dan besar juga harapan saya, agar setiap dari kita, saya dan kalian, peroleh manfaat dari setiap apa yang kita lakukan, dengan izin Allah.
Setiap dari kita mungkin punyai 'destinasi' impian yang tersendiri. Dan mungkin juga kita terpaksa singgah beberapa kali di persinggahan-persinggahan lain, rehat dan rawat, selagi tidak tiba ke destinasi impian kita. Barangkali juga, sementara tiba di destinasi impian yang abadi, kita terpaksa bermastautin di destinasi-destinasi tertentu, berhenti buat seketika waktu. Ada yang bahagia di destinasi akhir tapi sengsara sepanjang perjalanan, dan ada juga yang sebaliknya.
Saya bagaimana? Kita bagaimana? Ayuh. Marilah sama-sama kita renung-renungkan. Periksa diri kita, muhasabah sebaiknya. Moga ketemu jawapan. InsyaAllah.
Hidup ini ibarat sebuah pengembaraan panjang. Suatu proses perjalanan yang sering memaksa kita membuat keputusan, setiap masa dan ketika. Kanan atau kiri. Baik atau buruk. Syurga atau neraka. Dan banyak lagi.
Saya juga tidak terkecuali. Dari tempat kerja menuju pulang ke rumah. Saya ada beberapa pilihan jalan yang boleh saya lalui. Samada melalui lebuhraya yang lancar perjalanannya tapi dikenakan tol yang mahal ataupun melalui jalan raya persekutuan yang bersimpang siur, banyak lampu isyarat dan bulatan tapi tanpa tol.
Sungguh, saya hanya mampu merancang, tapi penentu segalanya adalah Tuhan. Jangkaan saya meleset. Kononnya 'highway' bebas dari kesesakan, tapi kali ini, jalan yang saya lalui penuh sesak dengan kenderaan. Merangkak-rangkak dan saya terpaksa menekan pedal brek mungkin beratus kali. Perjalanan yang biasanya mengambil masa kira-kira 5 minit kini menuntut saya korbankan lebih kurang 30 minit dengan jarak perjalanan yang sama.
Benarlah, saya manusia yang lemah, tidak tahu apa yang bakal terjadi . Saya juga tidak tahu apa yang sedang menanti di hadapan.
Seketika, terbit rasa kesal dalam diri ini. Menyalahkan diri sendiri, tersilap memilih laluan, sudahlah terpaksa membayar tol yang mahal, kini terperangkap dalam kesesakan lalulintas. Oh. Malangnya saya.
Dua detik kemudiannya. Saya memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi. Syukur kerana saya bukalah setiap hari terpaksa meredah kesesakan yang 'menderitakan' seperti ini. Banyak orang lain yang ternyata jauh lebih 'derita' daripada saya, setiap hari, pergi dan balik dari kerja terpaksa berhimpit-himpit di atas jalan raya. Alhamdulillah. Syukur atas nikmat tidak terperangkap dalam kesesakan setiap hari.
Setelah beberapa minit bersesak-sesak, akhirnya saya nampak kelibat ambulan dan beberapa orang berdiri di tepi lebuhraya. Kemalangan rupanya. Innalillahiwainnailaihirajiun. Moga semuanya baik-baik belaka. Sempat saya menjeling ke arah tempat kejadian, ternampak seorang lelaki sedang terbaring di atas jalan. Hati menjadi kecut, cepat-cepat saya mengalihkan pandangan dan menumpukan perhatian terhadap pemanduan. Dalam hati banyak-banyak berdoa. Terbayang juga, bagaimana agaknya andai jasad yang terbaring itu adalah saya, atau orang-orang yang saya sayangi?
Anak-anak, suami atau isteri, ibu dan bapa mungkin menanti kepulangan di rumah. Namun malang yang datang tidak berbau. Orang yang dinanti tidak kunjung tiba. Terbaring di atas jalan. Marilah sama-sama kita doakan agar mangsa, serta keluarga dan orang-orang tersayang diberikan ketabahan dan kekuatan oleh-Nya. Amin ya rabb.
Terlintas di kotak fikiran saya. Baru-baru ini saya terbaca tajuk sebuah berita di dalam sebuah akhbar. Bunyinya lebih kurang begini;
Allahu. Ajal datang tiada siapa yang tahu. Di mana dan bila? Hanya Engkau yang maha mengetahui. Tapi Ya Allah, aku mohon pada-Mu. Andai saat itu tiba, janganlah Kau biarkan aku menghembuskan nafas terakhirku sendirian. Izinkanlah aku ya Allah, menghembuskan nafasku yang terakhir di samping mereka yang menyayangiku, yang bakal membisikkan ke telingaku kalimah suci LAILAHAILLAH.... Dan mengirimkan aku doa biarpun tanah menjadi sempadan.
Ya Allah. Hidup dan matikanlah kami dalam iman. Amin ya rabb.

Mencari sebuah destinasi.

Hari ini, saya pilih untuk melalui jalan 'highway'. Biarlah berkorban wang untuk membayar tol, asalkan saya cepat tiba ke rumah, terselamat dari kesesakan dan lampu isyarat merah. Itulah harapan saya.
Sungguh, saya hanya mampu merancang, tapi penentu segalanya adalah Tuhan. Jangkaan saya meleset. Kononnya 'highway' bebas dari kesesakan, tapi kali ini, jalan yang saya lalui penuh sesak dengan kenderaan. Merangkak-rangkak dan saya terpaksa menekan pedal brek mungkin beratus kali. Perjalanan yang biasanya mengambil masa kira-kira 5 minit kini menuntut saya korbankan lebih kurang 30 minit dengan jarak perjalanan yang sama.
Benarlah, saya manusia yang lemah, tidak tahu apa yang bakal terjadi . Saya juga tidak tahu apa yang sedang menanti di hadapan.
Seketika, terbit rasa kesal dalam diri ini. Menyalahkan diri sendiri, tersilap memilih laluan, sudahlah terpaksa membayar tol yang mahal, kini terperangkap dalam kesesakan lalulintas. Oh. Malangnya saya.
Dua detik kemudiannya. Saya memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi. Syukur kerana saya bukalah setiap hari terpaksa meredah kesesakan yang 'menderitakan' seperti ini. Banyak orang lain yang ternyata jauh lebih 'derita' daripada saya, setiap hari, pergi dan balik dari kerja terpaksa berhimpit-himpit di atas jalan raya. Alhamdulillah. Syukur atas nikmat tidak terperangkap dalam kesesakan setiap hari.
Setelah beberapa minit bersesak-sesak, akhirnya saya nampak kelibat ambulan dan beberapa orang berdiri di tepi lebuhraya. Kemalangan rupanya. Innalillahiwainnailaihirajiun. Moga semuanya baik-baik belaka. Sempat saya menjeling ke arah tempat kejadian, ternampak seorang lelaki sedang terbaring di atas jalan. Hati menjadi kecut, cepat-cepat saya mengalihkan pandangan dan menumpukan perhatian terhadap pemanduan. Dalam hati banyak-banyak berdoa. Terbayang juga, bagaimana agaknya andai jasad yang terbaring itu adalah saya, atau orang-orang yang saya sayangi?
Allahu.. Bersediakah diri ini untuk menghadapinya?
Anak-anak, suami atau isteri, ibu dan bapa mungkin menanti kepulangan di rumah. Namun malang yang datang tidak berbau. Orang yang dinanti tidak kunjung tiba. Terbaring di atas jalan. Marilah sama-sama kita doakan agar mangsa, serta keluarga dan orang-orang tersayang diberikan ketabahan dan kekuatan oleh-Nya. Amin ya rabb.
Terlintas di kotak fikiran saya. Baru-baru ini saya terbaca tajuk sebuah berita di dalam sebuah akhbar. Bunyinya lebih kurang begini;
"Sempat ajar mengucap"
Allahu. Ajal datang tiada siapa yang tahu. Di mana dan bila? Hanya Engkau yang maha mengetahui. Tapi Ya Allah, aku mohon pada-Mu. Andai saat itu tiba, janganlah Kau biarkan aku menghembuskan nafas terakhirku sendirian. Izinkanlah aku ya Allah, menghembuskan nafasku yang terakhir di samping mereka yang menyayangiku, yang bakal membisikkan ke telingaku kalimah suci LAILAHAILLAH.... Dan mengirimkan aku doa biarpun tanah menjadi sempadan.
Ya Allah. Hidup dan matikanlah kami dalam iman. Amin ya rabb.
No comments:
Post a Comment