+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Thursday, July 1, 2010

Lumba Lari Menuju Penamat

Lumba lari. Ada garisan permulaan, dan ada garisan penamat.

Begitu juga hidup ini. Garis permulaan kita adalah ketika kali pertama kita bernafas di muka bumi ini dan garisan penamatnya pula adalah ketika kita menghembuskan nafas kita yang terakhir iaitu mati.


Garisan permulaan dan garisan penamat kekal tidak berubah.


Mati semuanya di tangan Allah, hanya Dia yang Lebih Mengetahui. Ajal dan maut sudah ditentukan, cuma kita sahaja yang tidak tahu bila saatnya. Ajal dan maut sudah ditetapkan oleh-Nya, setiap hari yang kita lalui, maka itu bermakna kita kian menghampiri kematian, hari berganti hari, mati kian dekat.


Berlari sekuat hati ke depan.

Masa tidak boleh diundur, hidup perlu diteruskan. Kian kita melangkah, kian kita menjauhi masa silam kita dan semakin pula kita mendekati mati. Hari ke hari, minggu ke minggu, tahun berganti tahun, mati sedang menanti di hadapan.


Bezanya lumba lari dengan kehidupan.

Mati itu pasti, tiada siapa yang mampu mengubahnya. Suka atau tidak, mati pasti menjemput kita. Bila-bila masa sahaja tanpa pengetahuan kita, semuanya dalam aturan Dia.

Selamat menyambut ulang tahun buat Hasniza Binti Ibrahim. Alhamdulillah, perlumbaan masih diteruskan. Syukur bahawasanya saya masih belum tiba di garisan penamat, belum menghembuskan nafas yang terakhir.

Saya terus berlari, menuju garisan penamat yang saya sendiri tidak tahu di mana. Tidak boleh menoleh ke belakang. Kini, berkurang setahun jarak kematian saya. Saya kian menghampiri. Garisan penamat. Mati.

Kepada semuanya, mohon ampun dan maaf atas segalanya. Saya bukan manusia sempurna, banyak melakukan dosa. Terima kasih juga untuk segalanya, terima kasih kerana menemani perlarian saya ini. Saya hargai dan semoga Allah merahmati kita semua.

Menuju mati yang pasti, kurang setahun nyawa yang dipinjamkan. Insaflah wahai diri..

No comments: