+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Friday, January 30, 2009

Tewas~!!

Satu detik, aku sepi,
Menunduk ke bumi,
Membisu tanpa kata,
Hanya titis air mata dan sendu,
Berbicara penuh syahdu.

Di sini, kali ini, aku tewas lagi.
Jatuh tersungkur, terluka dan berdarah.

Di sini aku tunduk,
Di hadapan Mu aku berserah,
Kedua tangan ku tadah,
Air mata jatuh mencurah,
Betapa kini aku pasrah,
Aku hambaMu yang lemah.

Kini berlutut di sejadah,
Memohon padaMu ya Allah.
Dan PadaMu Tuhan yang ku sembah,
Aku memohon limpah hidayah.
Padamu Ya Allah,
Kini Aku berserah.

PadaMu ya Allah,
Aku memohon dan bergantung harap,
Kerana aku yakin dan pasti,
Engkau lah Tuhan Yang Maha Berhak.

PadaMu ya Allah,
Aku memohon dan berharap,
Kerana aku yakin dan pasti,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui.


Nukilan: Aku Sendiri

Stand Tall

Assalamualaikum,

I fall in love with this song at the first time i heard, beatifull..here i am, sharing with you all..wake up now, stand tall!






i can't see how we
leave behind someone in need
won't we heed their final plea
can't we see their hearts still bleed
my back won't turn
justice is the final word
this won't be a dream deffered
emerge from the darkness
ummah rise

see you and i are one in the same
we feel a need to change
don't wanna blame ourselves
for a reckless lifestyle that we're living today
no peace no treaty no conversations
no pride no pity no muslim nation
don't we got a name to protect
realize this we got islam on our back
representing truth
how can we survive it ain't instilled in the youth
steady losing grip of the faith
remove the mask of ignorance and put on a new face
embrace a new change for the better
maybe we can see the day when we all survive together
stand tall, rise up, stand firm, stand up
be proud, unite, look in my eyes and i'll shout it out

i don't wanna see no pain no more in the eyes of innocent people
i don't wanna witness this injustice, hear no, speak no evil
cuz i feel my heart is in my throat
i don't wanna see another fall
i don't wanna take another glance
my people just stand tall
stand tall
stand tall
woah my people just stand tall

i can see the faith and hope in you
the fire in the eyes for the one who cries truth
i can see the pain
i can take the blame
i can see the troubles that we all overcame
now can you see the faith and hope in me
can you feel the fire that is soon to freeze
can you hear the screams
can you feel me breathe
can you see me prayin cuz i'm on my knees
now prayin for the day that we all can live
prayin for the day that i teach my kids
all the right and wrong
i gotta stay strong
say it one more time
my people stand tall
my people just stand tall
woah my people just stand tall

Tuesday, January 27, 2009

Manisnya Gula

Hari ini seindah biasa, pagi-pagi lagi burung-burung berterbangan berkicauan merentasi jendela kamarnya. Ada yang singgah sekejap di daun jendela kemudian berlalu pergi bila sekawan teman datang menjemput. Pergi tanpa meninggalkan jejak. Terbang tinggi dan jauh. Semakin jauh.

Atilia selesai merapikan diri. Untuk kesekian kalinya, dia menatap pantulan wajahnya di cemin. Sejenak dia tersenyum, lalu bibirnya bergerak-gerak membacakan sesuatu..

"Segala Puji bagi Allah yang memperbaiki diriku, perbaikilah budi pekertiku.."

Setelah yakin dengan penampilannya pagi itu, Atilia melangkah keluar dari biliknya, menuju ke ruang tamu rumah. Matanya meliar mencari kelibat Uminya..Atilia mengatur langkah menuju ke ruang dapur, di situ Uminya sibuk menyiapkan sarapan pagi. Dengan perlahan Atilia menghampiri Uminya..

"Assalamualaikum Umi, selamat pagi.."
Tegur Atilia perlahan, lalu Uminya Puan Atirah menoleh ke arahnya seraya membalas senyuman puteri kesayangannya.

"Waalaikumsalam..Sejahtera juga untuk Atilia.."

Jawab Puan Atirah semerdu biasa. Mangkuk di tangan di letakkan perlahan ke meja. Seperti kelaziman, Atilia merapati Umiya lalu memeluk Puan Atirah erat, tidak berbeza,masih sama sejak dia kanak-kanak hingga kini bergelar wanita dewasa. Puan Atirah juga membalasnya erat.

"Atilia sayangggg sangat dekat Umi.." bisik Atilia ketika pelukan bertaut. Itulah kata-kata yang tidak pernah sehari pun terlepas dari bibirnya. Betapa bukti dia sayangkan Uminya..

"Umi lagi sayang kat Atilia.." balas Uminya pula. Tidak pernah jemu.

"Maaf yer Umi, hari ni tak dapat tolong Umi masak breakfast"
Atilia memulakan bicara sambil tangannya sibuk menyusun pinggan dan sudu di meja makan.

"Alah, it's Ok la dear, hari ini kan hari bersejarah untuk Atilia, your first day right? Do your best tau sayang." balas Puan Atirah sambil mencedok nasi goreng ke pinggan.
Atilia menanggukkan kepalanya. Perlahan.

"Abah mana? dah turun ke belum yer?" soal Umi lagi setelah tidak melihat sebarang kelibat suaminya.

"Umi, awal lagi nie, biasanya waktu camni kan Abah baca paper dulu kat depan sana.." jelas Atilia sambil jarinya menunjukkan jam di tangannya. Puan Atirah angguk lalu tersenyum.

"Kalau camtu takpelah, kita tunggu saja Abah yer.." Balas Puan Atirah lalu melabuhkan punggungnya ke kerusi.

"So my princess, how you feel today?" Soal Puan Atirah setelah Atilia duduk di kerusi bertentangan dengannya.

" I am not sure la Umi, rasa tak sabar but sometimes nervous.." Atilia menjawab jujur. Puan Atirah sekadar tersennyum melihat puterinya itu. Diam seketika. Atilia tunduk memandang meja. Mungkin ada sesuatu sedang bermain di fikirannya.

"Come on dear, dont worry k, it's normal if you feel nervous, i understand..most of us always like this, sentiasa takut untuk berhadapan dengan sesuatu yang baru, but you must remember, no matter what it is, setiap benda baru yang datang dalam hidup kita, we must face it, be positive and be confident. i believe, you can do it!trust me!" pujuk Puan Athirah, cuba menyuntik kata-kata semangat ke jiwa puteri kesayangannya itu.

Hari ini hari pertama Athirah bergelar seorang tenaga pengajar di Universiti Teknologi Malaysia, di situlah dia menuntut ilmu untuk mendapatkan segulung ijazah dan sarjana dalam bidang kejuruteraan kimia. Setelah cemerlang dengan keputusan di peringkat Sarjana, pihak universiti telah bersetuju untuk menghantar Atilia menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah di UK selama tiga tahun. Bukan jangka waktu yang singkat. Tanpa Umi dan Abah di sisi, sendirian di tempat asing banyak menguji kecekalan hati Atilia. Ah..semuanya sejarah. Bisik Atilia di dalam hatinya, cuba menepis kenangan silam pergi jauh dari mindanya.

"Umi, thanx, for everything..i do really love you and please apologize for entire my mistakes..". Tiba-tiba ucapan itu terluncur laju dari bibir Atilia. Matanya berkaca-kaca. Sarat dengan penyesalan.

"Sayang, please dont 0k, today is your day, be happy and tak mau sedih-sedih, i already forgave you, sentiasa..cause i love you dear, dont worry.." balas Puan Athirah sambil cuba mengukir senyum. Betapa lembut hati seorang ibu, betapa sarat dengan perasan kasih dan sayang, biar sebesar mana pun kesalahan si anak, masih lagi berlapang dada untuk memaafkan.

"Umi..maafkan Atilia, Atilia sayangkan Umi.." berulang-ulang kali kata-kata itu ingin di lafazkan tapi cuma mampu bergema di dalam hatinya sahaja. Dia juga tidak mahu mengungkit kenangan perit yang sekaligus melukakan hati Uminya.

******************************************************************************

Atilia melipat rapi pakaian yang ingin di bawa ke UK. Hatinya melonjak-lonjak keriangan kerana mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian ke luar negara, itulah impiannya sejak kecil, ingin mengenal tempat orang. Namun jauh di hatinya, ada rasa sayu dan cemas, selama hidupnya dia tidak pernah berjauhan dengan Umi dan Abahnya. Di Johor dia dilahirkan, di bumi Johor dia di besarkan dan di situ juga dia menimba ilmu. Tidak pernah berjauhan, inikan pula ke negara orang memperjudikan nasib. Atilia resah, gelisah.

Puan Atirah benar-benar memahami gejolak perasaan yang sedang bermain di benak anak gadisnya itu. Puan Athirah merapati puterinya lalu menggenggam erat jari jemari anaknya.

"Sayang, jangan risau, insyaAllah everything just gonna be okay, doa Umi sentiasa untuk Atilia dan Allah juga sentiasa dekat dengan sayang, dont think too much yer sayang, nih, make sure tiada barang yang tertinggal tau?" lembut Puan Atirah memujuk anaknya.

"But i am afraid Umi..nanti apa-apa jadi kat Atilia kat sana, Umi takde, Abah tak de, kak Mira tak de, sape nak tolong Lia?" suara Atilia lirih..

"Apa takut, you are strong my dear, you can face all, believe in yourself, be confident.." Pujuk Puan Athirah lagi, genggamannya di eratkan lagi.

"Sayang, listen..you have nothing to worry. As long as you always remember Allah, tak lupa apa tujuan Atilia ke sana, study betul-betul insyaAllah semuanya baik-baik sahaja. and remember, jaga diri baik-baik. You are pretty my dear, and you are precious..wanita ibarat gula"

Puan Athirah mematikan kata-katanya di situ. Atilia terkebil-kebil memandangnya. Dahinya di kerutkan sedikit, menunjukkan ada sesuatu yang perlu di perjelaskan lagi oleh Uminya.

Puan Atirah tergelak kecil melihat gelagat puteri kesayangannya itu.

"Umi kenapa ketawa? kenapa pulak Umi samakan wanita dengan gula? samakan dengan bunga ke, rama-rama ke, cantik lah jugak.." Atilia muncungkan mulutnya buat-buat merajuk. Puan Athirah menahan gelak. Kemudian menguntumkan senyum.

"Betullah, bunga dan rama-rama pun boleh jugak..tapi Umi lagi setuju kalau wanita itu umpama gula" sambung Puan Athirah lagi. Atilia menancapkan pandangannya tepat ke wajah keibuan Umi yang kini berada tepat di hadapannya.

"Okay, i know you have your own reason, then, what is your reason my dearie mommy?".. Atilia mengharapkan penjelasan dari Uminya. Puan Atilia masih lagi mengukir senyum.

"Sayang, gula tu cepat cair, same goes to women, mudah benar cair, pantang di puji, di puja terus lupa diri, hanyut terbuai perasaan.."

"Sayang, gula itu manis, penyedap makanan dan minuman, same goes to women, tanpa wanita, dunia ini tidak ada serinya, setiap lelaki pasti menginginkan wanita sebagai teman pelengkap kehidupan".. Jelas Puan Athirah lagi. Atilia tekun mendenagr, sekali sekala dia menanggukkan kepalanya.

"Sayang, gula boleh menjadi pepejal dan juga ada masanya bertukar menjadi cecair, same goes to women, ada masanya perlu kental dan ada masanya harus berjiwa lembut sesuai mengikut keadaan.."

"Gula itu putih dan suci, cantik dan bersih jika tidak di kotori bahan-bahan lain, same goes to women, wanita itu cantik dan suci selagi dia tidak di sentuh mana-mana lelaki.."

"And you know what my dear, gula idaman segala semut. Ingat tak pepatah nie, di mana ada gula, di situ ada semut. dan lagi satu, semut mati kerana gula.." Tanya Puan Athirah. Atilia sekali lagi menanggukkan kepalanya.

"Gula itu wanita, dan semut itu lelaki. Gula yang paling manis pasti menjadi idaman semua semut. Wanita yang cantik pasti di gilai semua lelaki..but you must remember, gula di dalam balang dan gula yang terbiar di atas lantai banyak bezanya.. "

"Sebagai wanita, kita harus menjadi gula di dalam balang. terjaga dan terlindung. putih dan suci. kekal manis di situ dan di guna oleh yang benar-benar berhak. kita selamat di dalam balang tidak mungkin di cerobohi mana-mana semut. Kita sangat bernilai dan kita harus menjaga nilai itu.."

"Jangan jadi gula yang terbiar di lantai, pasti menjadi habuan mana-mana semut. Jaga adab, jaga kehormatan dan maruah, jangan sesekali biarkan kehormatan diri di cerobohi sewenang-wenangnya..you must take care of yoursself too..Ingat pesan Umi dan Abah sentiasa..tau?" Puan Atirah mematikan kata, Atilia menangguk perlahan lantas memeluk Uminya..

"Umi, Atilia sayang sangat pada Umi, Atilia akan sentiasa ingat pesan Umi..promise.."..

Janji itu yang pernah di lafazkan dan akhirnya dia juga yang memungkiri janji.

**********************************************************

To Be Continue...

I got something to do, hopefully dikurniakan masa dan peluang untuk sambung cerita ini..

Thanx kepada semua yang sudi membaca, jazakallah khair..

Monday, January 26, 2009

Siapa Guru Kita?



"Kakak, kalau lampu merah kite kena berhenti ke jalan"?
saya bertanya kepada anak saudara saya Alya Afreena, beberapa tahun yang lalu. ketika itu dia berumur lima tahun.

"kalau merah berhenti la.." jawab alya.

"kalau hijau?"

"hijau boleh jalan.." jawab alya lagi.

"ok, kalu kuning plak cmne?" tanya aku pula

"Kuning tu hati2.." jawab alya.

Tak lama kemudian, aku bertanya kepada Ammar Ashraf aka adik Alya Afreena. Waktu tu umurnya baru 4 tahun.

"Dik, kalau lampu merah stop ke jalan?" soalan biasa dari aku.

"Stop!" jawab dia.

"Hijau?" tanya aku lagi.

"Hijau boleh jalan laa" jawab ashraf.

"kalau kuning?" tanya aku.

"Kuning bawa laju2.." jawab ashraf sambil tunjuk tangannya buat vroom umpama sebuah kereta yang memecut laju.


Persoalannya.

Kenapa soalan yang sama, ada dua jawapan yang berbeza?

Bagaimana budak kecil tahu atau tidak mengenai sesuatu benda?

Siapa yang ajar mereka? Bagaimana mereka belajar?


Siapa guru kita?

Selalu saja kita dengar, makin lama hidup, makin banyak pengalaman, makin matang dalam melakukan sebarang tindakan. Pepatah melayu pula menggunakan perumpamaan, "Siapa makan garam dulu" . Which is maksudnya, siapa yang lebih lama hidup, dialah yang lebih tahu.

Walaubagaimanapun, pada pendapat saya, pepatah siapa makan garam dulu itu sekarang sudah tidak relevan. Usia bukan faktor penentu sejauh mana ilmu atau pengalaman seseorang. Sekarang ini bergantung kepada usaha sendiri dan sejauh mana sanggup untuk belajar dan menerima segala input di sekeliling untuk di adaptasi dalam kehidupan.

Tidak bermakna yang tua lebih tahu lalu yang muda mesti mengikut semua kata yang tua. Tidak bermakna yang tua semuanya betul dan tak perlu belajar dari yang lebih muda. Yang baru mesti mengikut segala acuan yang lama dan tidak boleh lebih atau kurang. Yang lama adalah guru dan yang baru mesti belajar dari yang lama.

Ini persepsi yang salah dan harus di ubah. Ilmu datang dalam pelbagai cara dan guru kita juga variasi. Buku semata2 tidak mencukupi untuk kita menjadi manusia yang bijak, orang sekeliling dan persekitaran juga ada pengaruh yang tersendiri. Dan orang yang lebih muda juga kadang2 mampu menjadi guru yang jauh lebih baik dari diri kita sendiri.

Kembali kepada cerita anak saudara saya tadi. Kenapa jawapan mereka berbeza? Kerana mereka mungkin belajar dari persekitaran. Jika selalu melihat si ayah memandu laju ketika lampu kuning maka itulah yang akan di terimanya dan di anggap betul. dan mungkin juga si kakak menjawab hati-hati kerana melalui percakapan dengan ibu-bapanya yang sudah berulang kali menyebut perkara yang sama, berhenti, jalan dan hati2. Cara menerima ilmu sememangnya berbeza dan takkan pernah berhenti, sentiasa bergerak dan berkembang.

Sebagai orang yang lebih dewasa, saya juga belajar dari anak saudara saya. Contoh bila saya mendapat dua jawapan yang berbeza lalu terfikir di minda saya, kenapa begini dan bagaimana mengatasinya? secara tidak langsung saya belajar dari kedua-dua anak saudara saya.

Begitu juga dengan hal-hal lain dalam kehidupan ini. Asalkan kita berlapang dada untuk menerima secara positif, insyaAllah walau apa yang datang, kita dapat mengaplikasikannya secara baik dan mengubah ia menjadi suatu ilmu yang bermanfaat, itu pun jika kita mahu.


Kesimpulan.

Tepuk dada tanya minda, siapa guru kita dan adakah kita sentiasa bersedia untuk belajar dan di ajar? Adakah segala ilmu yang kita miliki hari ini sudah memadai buat kita? Adakah kita sudah bepuas hati dengan apa yang menjadi milik kita sekarang?

Ada pepatah berkata, tuntutlah ilmu biar sampai ke negeri China..dan ada pula yang berkata, belajarlah dari buaian hingga ke liang lahad.

Terserah kepada kita untuk menentukan mana hala tuju kita yang sepatutnya. Jangan sekali-kali sempitkan minda dan letak batasan/limit dalam proses pembelajaran. Buka hati buka minda. Tak kira apa yang datang, bergolek atau melayang, jika kita tahu dan yakin, semua itu tiada yang sia-sia dan pasti ada hikmahnya..


"Segala ciptaan Tuhan tiada yang untuk sia-sia, jika kita mahu berfikir.Wallahua'alam."


Sekian untuk kali ini, Wassalam

I Wish I Could Save You.

Take a breath, I pull myself together.
Just another step until I reach the door.
You'll never know the way it tears me up inside to see you..
I wish that I could tell you something to take it all away.

Sometimes I wish I could save you,
And there's so many things that I want you to know.
I won't give up 'til it's over.
If it takes you forever, I want you to know..

When I hear your voice,
It's drowning in the whispers.
It's just skin and bones,
There's nothing left to take.
And no matter what I do,
I can't make you feel better.
If only I could find the answer to help me understand..

Sometimes I wish I could save you,
And there's so many things that I want you to know.
I won't give up 'til it's over.
If it takes you forever, I want you to know that..

If you fall, stumble down, I'll pick you up off the ground.
If you lose faith in you, I'll give you strength to pull through.
Tell me you won't give up,
'Cause I'll be waiting if you fall.
You know I'll be there for you.

If only I could find the answer to take it all away..

Sometimes I wish I could save you,
And there's so many things that I want you to know.
I won't give up 'til it's over.
If it takes you forever, I want you to know..

I wish I could save you..
I want you to know..
I wish I could save you..

Credit to: Simple Plan

Sunday, January 25, 2009

Belajar vs Bekerja

Bismillah..


Lumrah kejadian manusia jarang yang tahu bersyukur. Saya juga kadangkala tidak terkecuali, dulunya sewaktu zaman study, selalu merungut, bosan dengan uniform, bosan dengan buku, bosan dengan exam, malas nak pergi kelas, jauh kena panjat bukit jalan kaki. rasa tak sabar2 nak tamatkan pengajian..

Zaman sekolah berlalu, zaman universiti juga sudah berlalu, sekarang saya sudah memasuki alam baru iaitu zaman bekerja. Zaman yang konon2 menjadi idaman saya.. ingin bebas dengan peraturan sekolah. Nak ada duit sendiri, beli apa saja yang saya mahu.

Sekarang, saya di alam pekerjaan. Adakah saya gembira? Puas hati? Mungkin ya tapi kadang2 tidak juga. Kadang2 merungut juga. Gembira cuma bila dapat gaji dan bonus. Zaman bekerja tak sama dengan zaman belajar, totally out. First yang perlu kita terima adalah teman-teman gelak ketawa berkongsi suka duka tidak lagi seramai dan serapat dulu. Ukhuwah masih terjalin tetapi masing2 sibuk dengan tugasan dan kerja masing2 jadi terhad untuk bermesra seperti dulu. Ada pula yang dah berkahwin (Alhamdulillah dah tak risau pasal kawan lagi dah) dan ada yang hidup untuk bekerja. Tiada masa untuk teman-teman yang lain. penat minda penat fizikal.


Aktiviti

Hari minggu adalah hari yang di nanti2 oleh pekerja2 seperti saya. Hari minggu adalah hari yang perlu di gunakan semaksimum mungkin. Hari untuk berehat, hari untuk beriadah, hari untuk memanjakan diri, hari untuk membeli belah, hari untuk berjumpa teman-teman, hari untuk segalanya..aduh..terkenang zaman belajar dulu, hari-hari adalah hari untuk diri sendiri buat apa saja yang saya ingin.

Waktu belajar di Universiti dulu, kelas bukan satu hari stret, dan jika pun ada kelas pagi, kadang2 petang free dan sebaliknya juga kadang2 pagi free takde kelas. memang jarang sangat satu hari kelas pack dari pagi ke petang-ada tapi bukan setiap hari..dan sehari-hari hidup meriah dengan gelak tawa dan sembang kongsi cerita dengan kengkawan. tidur lewat malam berkongsi cerita. kadang2 keluar makan kat luar atau mana2 saja.jika berkesempatan ada peluang, jogging keliling kolej, ataupun lepak2 kat Tasik Utm bagi ikan makan, atau pun kalau rasa nak tukar selera, petang2 tapau makanan naik Balai Cerap, duk atas bukit sambil makan2 menikmati pemandangan seluruh UTM..asyik, damai..kalu rasa nk lagi advance, pergi Pantai Desaru, BBQ , camping atau mandi manda..macam2 aktiviti.

Cuti semester juga lama, smpai 3 bulan. boleh rehat lama2 kat rumah atau buat apa saja yang kita suka. kalu nak cari duit lebih buat kerja part time, kalau nak beratkan tulang leh lepak rumah tengok tv atau kacau adik2 kat rumah. Haiah..bahagianya hidup..

Zaman kerja pula, kita seperti robot. Bangun pagi setiap hari mengulang perkara yang sama. Pergi kerja, duduk di ofis minimum 8 jam kemudian balik rumah. Kalau tidak terlibat dengan kesesakan lalulintas, Alhamdulillah boleh sampai awal, tapi kalu jamm, atau publik transpot buat hal, tgh2 malam baru smpai rumah. Kalu yang kerja swasta, mmg jarang benar sharp kul 5.30 terus pulang, selalunya ada-ada saja kerja yang harus di siapkan, jam tak pukul 7 jangan harap nak angkat kaki..kadang2 kerja sampai lewat2 malam..kerja..kerja..kerja..sampai rumah, mandi tengok tv sejam dua kemudian badan dah penat, terus tidur, esok ulang lagi benda yg sama, hari-hari..

Alhamdulillah jika persekitaran kerja menyeronokkan. Rakan sekerja sehati sejiwa, Boss yang understanding. Beban kerja yang tidak melampau. sepanjang kerja tu takde la 10 jam stress. tapi tak semua yang sebertuah itu, ada yang mula saja waktu bekerja terus stress hingga tamat waktu bekerja dan balik rumah masih terbawa2. banyak yang begini. semuanya kerana kerja, kerana mencari rezeki, kerana ingin mengaplikasikan aka 'guna' sijil yang pernah kita dapat semasa di pengajian. Ini lah nasib badan..'Peraturan' hidup yang harus di patuhi oleh kebanyakan orang seperti saya..

Belajar untuk bekerja.. Bekerja sebab belajar..huhu..Dengan belajar kita dapat menentukan kerja yang kita suka. Yes! Jika nanti tak mahu kerja sebarangan, tangkap muat saja, so dari sekarang kenala belajar rajin-rajin, bila result gempak, u have the power, power to choose. Hurm..Jika kita suka dengan kerja kita, no matter apa datang menduga, kita tak kisah dan akan terimanya sebagai sesuatu penambah rencah kehidupan, kita akan enjoy dengan kerja2 kita dan akan dapatinya suatu lagi pengalaman indah dalam hidup kita. tiap-tiap hari tak sabar2 nak pergi ke opis..ini yang best! so kerja bukan lagi suatu beban. how to get it? tak lain tak bukan, kenala belajar sungguh-sungguh..:)


Penutup

Kenapa kita bekerja? Masing-masing ada jawapan yang tersendiri, tepuk dada tanya hati soal minda periksa iman. Belajar atau bekerja. Apa-apa pun, semoga kita mendapat keberkatan dalam apa jua kerja yang sedang kita lakukan. Bersyukur dengan apa yang kita ada dan berusaha untuk mendaki tangga yang lebih tinggi jika berkesempatan.

Hidup hari ini tidak mungkin akan kembali lagi. Apa yang kita ada hari ini, nikmati dengan baik dan jangan sia-siakan. Jika sekarang anda seorang pelajar, belajarlah..itu kerja anda untuk masa ini, anda di bayar untuk belajar dan jangan pula bila dah habis belajar, kita menyesal kerana tak belajar bersungguh-sungguh. menyesal kerana main-main. menyesal kerana keputusan peperiksaan tidak cemerlang mana..

Nikmati zaman belajar ini dengan semaksimum mungkin. Buku itu nikmat. exam itu nikmat. Percayalah.. bila dah habis belajar nanti, itu lah yang bakal anda rindu.

Kepada adik2 yang sedang atau bakal menghadapi peperiksaan, do your best!

Thursday, January 22, 2009

Manusia Hebat

Aku berasa hebat,
Setiap kali peperiksaan aku lah juara,
No satu itu milikku..
Semua subjek aku dapat A,
Mathematik atau sains,
Semuanya aku jawab mudah.
Kacang jer!!

Aku berasa hebat,
Mataku ayu hidungku mancung kulitku putih,
Tiap kali melangkah semua mata memandangku,
Rambutku panjang mengurai jadi idaman setiap jejaka,
Wajahku di calit warna di rias indah,
Penampilanku anggun bergaya, cantik menawan,
Aku bangga di puji di puja.

Aku berasa hebat,
Keretaku besar, rumah ku besar,
Isteri-isteriku cantik-cantik belaka..
Terlebih kuota ku tambah mistress..
Poketku tebal berisi wang,
Bank simpanan usah di bilang,
Orang miskin memang aku tak pandang.
Hartaku milikku itulah prinsipku.

Aku berasa hebat,
Bila aku berkata-kata semua orang terpegun,
Segala hujahku tak pernah di sangkal,
Setiap butir kataku semuanya dianggukkan saja,
Berdiri atau duduk, aku tetap di pandang tinggi.
Megahnya terasa diriku ini,
Aku berjalan sentiasa mendongak.

Siapakah manusia hebat?
Apa yang hebat?

Hebatkah kita jika kita berharta?
Hebatkah kita jika kita berpangkat?
Hebatkah kita jika kita cantik?
Hebatkah kita jika kita mempunyai segalanya?

Apa yang hebat?
Qarun yang berharta juga mati!
Firaun yang berkuasa juga mati!
Semua orang pasti akan mati!

Apa yang hebat?
Andai semua milik kita cuma pinjaman?
Sampai masa kehendak Tuhan ia akan sirna!
Sampai ajal semuanya di tinggalkan!

Apa yang hebat?
Di alam kubur kita sebatang kara,
Di balut cuma sehelai kain putih,
Liang lahad sempit menghimpit.

Tiada lagi wang ringgit.
Tiada lagi pangkat dan harta.
Tiada lagi rupa paras yang cantik.

Lalu, siapa manusia hebat?

Jom..sama-sama kita fikirkan..^^


Nukilan: Aku Sendiri

Wednesday, January 21, 2009

Magik!

Sini ada magik yang ingin di kongsikan, nak tau ape die dan bagaimana sila cuba sendiri yer..langkah2, method penghasilan magik tersebut adalah sila rujuk kaedah di bawah..

1. Buka Microsoft Word

2. Taipkan huruf besar, Q33 NY (Ini No pesawat yang langgar WTC..yeker?anybody tlg check please..tQ..)

3. Tukar saiz font kpd 48.

4. Pastu highlight dan tukar kepada font WINDINGS..

5. Taraaa! tengok apa hasilnya..Silakan mencuba yer..Gud Luck!!


Yes!! berjaya membuat entri yang paling pendek..Well done hasniza!

Tuesday, January 20, 2009

Coretan 20 Januari.

Bismillah...


"Alhamdulillah, finally blog aku berseri-seri dan untuk kesekian kalinya barulah aku berpuas hati dengan blog aku nie. Jika sebelum ini, aku asyik bertukar-tukar template, ada saja yg tak kena, insyaAllah selepas ini aku akan cuba setia kepada template ini. Harap-harap la yer..^^ Erm, sebelum aku terlupa, jutaan terima kasih kepada sahabat2 yg banyak membantu memberi tunjuk ajar, thank you, syukran, arigatou, danke! Jasamu ku kenang..dan hanya Allah yang mampu membalas jasa baik kalian. InsyaAllah."

Tahukah anda, lebih 90% pengunjung blog ini adalah terdiri dari kalangan mereka yang tidak pernah saya ketemui? tak pernah saya jumpa? Usahkan jumpa, YM pun tidak, tapi Alhamdulillah, melalui iluvislam (mungkin) mereka akhirnya mengenali blog ini, dan mungkin juga kerana jasa baik sahabat2 yang sudi meletakkan link blog saya ini di blog masing-masing. Sekali lagi terima kasih yer..


Kenapa?

Kenapa semut2comel?..huhu..ada yang bertanya dan saya pun tak tahu harus bagaimanakah saya menjawabnya? Jika ada istilah "gila internet" - mungkin saya tergolong dalam golongan ini..Astaghfirullah, sejak kebelakangan ini, banyak masa saya di luangkn di ruang cyber. Inilah dunia kedua saya, seharian tanpa internet sudah mampu membuat saya gelisah..Rindu adik-adik di iluvislam dan entah..saya juga tidak tahu ke mana masa saya diluangkan di ruang saiber ini..

Malas pula berhubung dan bertemu dengan manusia di dunia nyata. Weekdays 5 hari bekerja, balik kerja lepak rumah tak keluar and bila wekeend, terus saja balik rumah family, luangkan masa bersama family.. Tiada kegiatan bersosial bersama teman2, internet dunia saya dan teman saya.

Namun suprisingly, saya bukanlah kaki YM, bertegur sapa sekali sekala bila perlu. Di iluvislam juga saya tidak dedahkan YM id saya, dan jika pun pernah-YM id yang di berikan amatlah jarang saya gunakan aka tidak aktif - maaf kepada sesiapa yang berkenaan -y ang pernah add saya namun jarang pula dapat bersembang, maaf yer..^^

Owh, kembali kepada kenapa semut2comel...hurm, saya pun tiada jawapan yang jitu lagi kukuh, cuma yang mampu saya jawab, saya kagum dengan semangat dan kekreatifan yang ada pada semut, pernah membacanya di web harunyahya jika tak silap saya..Subhanallah, indahnya ciptaan Tuhan..Kagum betul dengan kekuatan dan kebolehan yang ada pada makhluk kecil ini.

Friendster saya juga menggunakan nama semut2comel dan untuk makluman, saya pernah mempunyai dua blog friendster..Kerana keterbatasan dan tidak mencapai kepuasan yang maksima melalui friendster, akhirnya cinta saya beralih arah kepada blogspot pula..(hee..maybe jeles tengok blog kengkawan semuanya best2..). dan tahukah anda, bila di congak di campur tolak, saya sebenarnya ada lima buah blog..Jeng3..dimanakah dan apakah? jawapan saya: biarlah rahsia..

Kenapa saya menulis di blog? Ada banyak sebab, namun sebab yang paling utama adalah kerana saya memang suka menulis, pernah ada cita-cita untuk menjadi penulis dan saya juga seorang yang tidak boleh berhenti 'berfikir'. ada saja yang bermain-main di minda, buktinya, di iluvislam sayalah top post! adei..dlm masa beberapa bulan saja, saya akhirnya menduduki carta tempat pertama..mengalahkan Anak_Pejuang, HafizAdam, Nisa_88, cikgu_eya, locos, kurma (di mana kurma??rindunya lama tak nampak..isk3) ..haih..then akhirnya terfikir,..segan pun ada, kelihatan macam 'overdos' pulak rasanye...sekali lagi haih..

Pada awalnya tak terasa apa, kemudian ada pulak sahabat yang sanggup mengira purata saya post komen di forum dalam masa sehari..pada waktu itu, purata sya post komen dalam masa sehari lebih kurang sepuluh post..Haih..Insaf sekejap..Dan bila di fikir2 semula, jika post-post yang pendek2 itu, di satukan, di tulis dan di olah dengan baik, di simpan dengan baik, insyaAllah boleh memberi manfaat kepada sahabat2 yang lain. dan insyaAllah sesuai untuk dijadikan rujukan dan peringatan kepada diri sendiri di masa akan datang- juga sebagai kenangan..^^ Maka akhirnya tercetuslah azam untuk lebih serius membina blog, dan taraaa..inilah hasilnya. Alhamdulillah.


Entri Feveret.

Saya paling suka entri yang saya tulis, iaitu sebuah cerpen yang tajuknya entah berapa kali di tukar dan akhirnya saya memilih tajuk ini.. "Umi, benarkah Allah wujud?"

Kebiasaan menulis satu-satu entri, saya mengambil masa kurang dari satu jam, lebih kurang setengah jam, dan untuk cerpen ini saya mengambil masa lebih kurang satu jam, dan kerana saya suka dengan tulisan saya sendiri, saya juga membacanya berulang-ulang kali, dan kesempatan ini di gunakan untuk mengedit mana-mana yang kelihatan lemah. Cerpen ini mengisahkan hubungan antara ibu dan anak, tentang rukun iman dan kewajipan muslim untuk percaya kepada Allah dan tidak ketinggalan di selitkan kisah kesengsaraan penduduk di Gaza.

Kebiasaan menulis juga, saya tidak suka merujuk kepada mana-mana rujukan, selalunya menulis apa yang ada di kepala-unless yang betul2 copy paste..98% semuanya bukan dari otak saya..haih..dan untuk kesekian kalinya, saya menulis dan merujuk kepada tafsir Quran, mengambil masa lebih satu jam untuk menulis adalah entri yang bertajuk
"Cinta Pertama, Hirisan Pertama".

Entri itu tercetus kerana saya kerap menerima PM dari user yang meminta pendapat mengenai isu couple (even budak darjah 5 pun pernah PM tanya bab2 cinta..haih)..dan kebetulan ada user yang PM pada 'masa yang sesuai' dan kebetulan hari itu saya mengambil cuti untuk berehat di rumah, maka saya luangkan masa untuk menulis entri tersebut. Hasilnya? erm..silakan baca sendiri..


Entri yang paling femes aka banyak komen tak lain tak bukan jatuh kepada entri
"moderator oh moderator". Mungkin kerana semasa menulis saya terdorong perasaan, agak emosional dan terlalu berterus terang tanpa tapis atau cover, akhirnya 'berjaya' mencetus seribu satu perasaan di kalangan moderator iluvislam..Saya khilaf dan semoga permohonan maaf saya di terima. Juga jutaan terima kasih kepada sahabat2 moderator yang berterusan menyokong saya dari belakang. InsyaAllah, pesanan, nasihat dan peringatan kalian akan sentiasa sematkan di hati..Jazakallah..


Harapan.

Semoga saya terus di kurniakan kudrat dan keupayaan untuk menulis dan terus menulis. Bukan berlagak pandai kerana saya masih punyai terlalu banyak kelemahan dan kekurangan, ilmu masih cetek dan lenggok bahasa masih berterabur tidak kuat. Saya sekadar berkongsi sedikit sebanyak coretan sebagai peringatan kepada diri sendiri di masa hadapan.. Supaya saya tidak lupa dan supaya ada orang yang sudi mengingatkn saya jika saya khilaf suatu masa nanti.

Kepada yang sudi menziarah, sekali lagi jazakallah..mana2 salah saya harap di maafkan. Yang silap tolong perbetulkan, yang senget tolong perluruskan san yang lemah minta tolong di kukuhkan..

Sekian untuk kali ini, Wassalam.

Monday, January 19, 2009

Sudah Terujikah Iman Kita?

Bismillah..

Tazkirah untuk diri sendiri, memujuk hati pengubat jiwa, insyaAllah semoga sama-sama dapat mengutip manfaat darinya, entri kali ini istimewa di copy paste (bukan nukilan dan bebelan saya sendiri) dan edit sedikit sebanyak. Antara faktor saya berminat untuk copy paste artikel ini adalah kerana perkongsian yg menarik di dalamnya dan mungkin juga kerana saya ingin mengubat hati, haih..(demam mode) dan juga melunaskan janji saya dalam entri "Cinta Pertama Hirisan Pertama"..semoga mendapat manfaat.


Hubungan Antara Ujian dan Iman

Pada kesempatan kali ini, marilah kita merenungkan salah satu firman Allah dalam surah Al-‘Ankabut ayat 2 dan 3:

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”

Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa salah satu kesinambungan pernyataan iman kita, adalah kita mesti bersiap menghadapi ujian yang diberikan Allah Subhannahu wa Ta’ala kepada kita, untuk membuktikan sejauh mana kebenaran dan kesungguhan kita dalam menyatakan iman, apakah iman kita itu betul-betul bersumber dari keyakinan dan kemantapan hati, atau sekadar ikut-ikutan serta tidak tahu arah dan tujuan, atau pernyataan iman kita didorong oleh kepentingan seketika, ingin mendapatkan kemenangan dan tidak mahu menghadapi kesulitan seperti yang digambarkan Allah Subhannahu wa Ta’ala dalam surat Al-Ankabut ayat 10:

“Dan di antara manusia ada orang yang berkata: “Kami beriman kepada Allah”, maka apabila ia disakiti (kerana ia beriman) kepada Allah, ia menganggap fitnah manusia itu sebagai azab Allah. Dan sungguh jika datang pertolongan dari Tuhanmu, mereka pasti akan berkata: “Sesungguh-nya kami adalah besertamu.” Bukankah Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam dada semua manusia?”

Bila kita sudah menyatakan iman dan kita mengharapkan manisnya buah iman yang kita miliki yaitu Syurga sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah Subhannahu wa Ta’ala :

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal shalih, bagi mereka adalah Surga Firdaus menjadi tempat tinggal.” (Al-Kahfi 107).

Maka marilah kita bersiap-siap untuk menghadapi ujian berat yang akan diberikan Allah kepada kita, dan bersabarlah kala ujian itu datang kepada kita. Allah memberikan sindiran kepada kita, yang ingin masuk Syurga tanpa melewati ujian yang berat.

“Apakah kamu semua mengira akan masuk Syurga sedangkan belum datang kepada kalian cubaan sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu ? Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang- orang yang beriman bersama-nya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguh-nya pertolongan Allah itu amat dekat.” (Al-Baqarah
214).

Rasulullah Shallallaahu alaihi wa salam mengisahkan betapa beratnya perjuangan orang-orang dulu dalam perjuangan mereka mempertahankan iman mereka, sebagaimana dituturkan kepada sahabat Khabbab Ibnul Arats Radhiallaahu anhu

“Sungguh telah terjadi kepada orang-orang sebelum kalian, ada yang di sisir dengan sisir besi (sehingga) tergelupas daging dari tulang-tulangnya, akan tetapi itu tidak memalingkannya dari agamanya, dan ada pula yang diletakkan di atas kepalanya gergaji sampai terbelah dua, namun itu tidak memalingkannya dari agamanya.” (HR. Al-Bukhari, Shahih Al-Bukhari dengan Fathul Bari, cet. Dar Ar-Royyan, Juz 7 hal. 202).


Apakah Bukti Keimanan Kita?

Cubalah kita renungkan, apa yang telah kita lakukan untuk membuktikan keimanan kita?

Cubaan apa yang telah kita alami dalam mempertahankan iman kita?

Apa yang telah kita korbankan untuk memperjuangkan aqidah dan iman kita?

Bila kita memperhatikan perjuangan Rasulullah Shallallaahualaihi wa salam dan orang-orang terdahulu dalam mempertahankan iman mereka, dan betapa pengorbanan mereka dalam memperjuangkan iman mereka, mereka rela mengorbankan harta mereka, tenaga mereka, pikiran mereka, bahkan nyawapun mereka korbankan untuk itu.

Rasanya iman kita ini belum seberapa atau bahkan tidak ada ertinya bila dibandingkan dengan iman mereka.

Apakah kita tidak malu meminta balasan yang besar dari Allah sedangkan pengorbanan kita sedikit pun belum ada?


Jenis-Jenis Ujian

Ujian yang diberikan oleh Allah kepada manusia adalah berbeza-beza. Dan ujian dari Allah bermacam-macam bentuknya, setidak-tidaknya ada empat jenis ujian yang telah dialami oleh para Nabi dan umat yang terdahulu dari kita:

Yang pertama:

Ujian yang berbentuk perintah untuk dilaksanakan, seperti perintah Allah kepada Nabi Ibrahim Alaihissalam untuk menyembelih putranya yang sangat ia cintai. Ini adalah satu perintah yang betul-betul berat dan mungkin tidak masuk akal, bagaimana seorang bapak harus menyembelih anaknya yang sangat dicintai, padahal anaknya itu tidak melakukan kesalahan apapun. Sungguh ini ujian yang sangat berat sehingga Allah sendiri mengatakan:

“Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata.” (Ash-Shaffat 106)

Dan di sini kita melihat bagaimana kualiti iman Nabi Ibrahim Alaihissalam yang benar-benar sudah tahan uji, sehingga dengan segala ketabahan dan kesabarannya perintah yang sangat berat itupun dijalankan. Apa yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim Shallallaahu alaihi wa salam dan
puteranya adalah pelajaran yang sangat berat itupun dijalankannya.

Apa yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan puteranya adalah pelajaran yang sangat berharga bagi kita, dan sangat perlu kita teladani, kerana sebagaimana kita rasakan dalam kehidupan kita, banyak sekali perintah Allah yang dianggap berat bagi kita, dan dengan berbagai alasan kita berikan untuk tidak melaksanakannya.

Sebagai contoh, Allah telah memerintahkan kepada para wanita Muslimah untuk mengenakan jilbab (pakaian yang menutup seluruh aurat) secara tegas untuk membezakan antara wanita Muslimah dan wanita musyrikah sebagaimana firmanNya:

“Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mumin” “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-Ahzab: 59).

Namun kita lihat sekarang masih banyak wanita Muslimah di dunia Islam khususnya tidak mau memakai jilbab dengan berbagai alasan, ada yang menganggap kekampungan, tidak moden, atau beranggapan bahawa jilbab adalah bahagian dari budaya bangsa Arab. Ini pertanda bahawa iman mereka belum lulus ujian.

Padahal Rasulullah Shallallaahu alaihi wa salam memberikan ancaman kepada para wanita yang tidak mau memakai jilbab dalam sabdanya:

“Dua golongan dari ahli Neraka yang belum aku lihat, satu kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi, yang dengan cambuk itu mereka memukul manusia, dan wanita yang memakai baju tetapi telanjang berlenggak-lenggok menarik perhatian, kepala-kepala mereka seperti pundak unta, mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium wanginya”. (HR. Muslim, Shahih Muslim dengan Syarh An-Nawawi cet. Dar Ar-Rayyan, juz 14 hal. 109-110).

Yang kedua:

Ujian yang berbentuk larangan untuk ditinggalkan seperti halnya yang terjadi pada Nabi Yusuf Alaihissalam yang diuji dengan seorang perempuan cantik, isteri seorang pembesar di Mesir yang mengajaknya berzina, dan kesempatan itu sudah sangat terbuka, ketika keduanya sudah tinggal berdua di rumah dan si perempuan itu telah mengunci seluruh pintu rumah.

Namun Nabi Yusuf Alaihissalam membuktikan kualiti imannya, ia berjaya meloloskan diri dari godaan perempuan itu, padahal sebagaimana pemuda, umumnya ia mempunyai hasrat kepada wanita. Ini ertinya ia telah lulus dalam ujian ke atas imannya.

Sikap Nabi Yusuf Alaihissalam ini perlu kita ikuti, terutama oleh para pemuda Muslim di zaman sekarang, di saat pintu-pintu kemaksiatan terbuka lebar, pelacuran merebak di mana-mana, minuman keras dan ubat-ubatan terlarang sudah meresapi berbagai lapisan masyarakat, sehinggakan anak-anak yang masihduduk di bangku sekolah rendahpun sudah ada yang ketagihan.

Perzinaaan sudah seakan menjadi perkara biasa bagi para pemuda, sehingga tak hairan bila menurut sebuah kajian oleh ahli akademik, mendapati bahawa di bandar-bandar besar ramai remaja perempuan sudah tidak perawan lagi.

Akibatnya setiap tahun berapa ramai bayi dibunuh dengan cara pengguguran, atau dibunuh beberapa saat setelah si bayi lahir. Keadaan ini diparahkan lagi dengan semakin banyaknya media cetak yang berlumba-lumba mempamerkan aurat wanita, juga media elektronik dengan acara-acara yang sengaja dirancang untuk membangkitkan ghairah seksual para remaja. Pada saat seperti inilah sikap Nabi Yusuf Alaihissalam perlu ditanamkan dalam dada para pemuda Muslim.

Para pemuda Muslim harus selalu siap siaga menghadapi godaan demi godaan yang akan menjerumuskan dirinya ke jurang kemaksiatan. Rasulullah Shallallaahu alaihi wa salam telah menjanjikan kepada siapa saja yang menolak ajakan untuk berbuat maksiat, ia akan diberi perlindungan di hari Kiamat nanti sebagaimana sabdanya :

“Tujuh (orang yang akan dilindungi Allah dalam lindungan-Nya pada hari tidak ada perlindungan selain perlindunganNya, .. dan seorang laki-laki yang diajak oleh seorang perempuan terhormat dan cantik, lalu ia berkata aku takut kepada Allah…” (HR. Al-Bukhari Muslim, Shahih Al-Bukhari dengan Fathul Bari cet. Daar Ar-Rayyan, juz 3 hal. 344 dan Shahih Muslim dengan Syarh An-Nawawi cet. Dar Ar-Rayaan, juz 7 hal. 120-121).


Yang Ketiga:

Ujian yang berbentuk musibah seperti terkena penyakit, ditinggalkan orang yang dicintai dan sebagainya. Sebagai contoh, Nabi Ayyub Alaihissalam yang diuji oleh Allah dengan penyakit yang sangat buruk sehingga tidak ada sebesar lubang jarum pun dalam badannya yang selamat dari penyakit itu selain hatinya, seluruh hartanya telah habis tiada yang tinggal sedikitpun untuk membiayai pengubatan penyakitnya dan untuk nafkah dirinya, seluruh kerabatnya meninggalkannya, tinggal ia dan isterinya yang setia menemaninya dan mencarikan nafkah untuknya. Musibah ini berjalan selama lapan belas tahun, sampai pada ketika yang sangat sukar sekali baginya ia memelas sambil berdo’a kepada Allah:

Dan ingatlah akan hamba Kami Ayuub ketika ia menyeru Tuhan-nya;” Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan kepayahan dan siksaan.” (Tafsir Ibnu Katsir, Juz 4 hal. 51).

Dan ketika itu Allah memerintahkan Nabi Ayyub Alaihissalam untuk menghentamkan kakinya ke tanah, kemudian keluarlah mata air dan Allah menyuruhnya untuk meminum dari air itu, maka hilanglah seluruh penyakit yang ada di bagian dalam dan luar tubuhnya. (Tafsir Ibnu Katsir, Juz 4 hal. 52).

Begitulah ujian Allah kepada NabiNya, masa lapan belas tahun ditinggalkan oleh sanak saudara merupakan perjalanan hidup yang sangat berat, namun di sini Nabi Ayub Alaihissalam membuktikan keteguhan imannya, tidak sedikitpun ia merasa derita dan tidak terdetik pada hatinya untuk menanggalkan imannya. Iman seperti ini jelas tidak dimiliki oleh banyak saudara-saudara kita yang sangpgu menjual iman dan menukar aqidahnya dengan sekampit beras dan sehelai kain pelikat, kerana tidak tahan menghadapi kesulitan hidup yang mungkin tidak seberapa jika dibandingkan dengan apa yang dialami oleh Nabi Ayyub Alaihissalam ini.

Yang keempat:

Ujian menangani orang-orang kafir dan orang-orang yang tidak menyenangi Islam. Apa yang dialami oleh Nabi Muhammad Shallallaahu alaihi wa salam dan para sahabatnya terutama ketika masih berada di Mekkah kiranya cukup menjadi pelajaran bagi kita, betapa keimanan itu diuji dengan berbagai ujian berat yang menuntut pengorbanan harta benda
bahkan nyawa.

Di antaranya apa yang dialami oleh Rasulullah Shallallaahu alaihi wa salam di akhir tahun ketujuh kenabian, ketika orang-orang Quraisy bersepakat untuk memutuskan hubungan dengan Rasulullah Shallallaahu alaihi wa salam beserta Bani Abdul Muththolib dan Bani Hasyim yang melindunginya, kecuali jika kedua suku itu bersedia menyerahkan Rasulullah Shallallaahu alaihi wa salam untuk dibunuh. Rasulullah Shallallaahu alaihi wa salam bersama orang-orang yang membelanya terkurung selama tiga tahun, mereka mengalami kelaparan dan penderitaan yang hebat. (DR. Akram Dhiya Al-‘Umari, As-Sirah An-Nabawiyyah Ash-Shahihah, Juz 1 hal. 182).

Juga apa yang dialami oleh para sahabat tidak kurang beratnya, seperti apa yang dialami oleh Yasir Radhiyallahu ‘anhu dan isterinya Sumayyah dua orang pertama yang meninggal di jalan dakwah di Mekkah. Juga Bilal Ibnu Rabah Radhiallaahu anhu yang dipaksa memakai baju besi kemudian dijemur di padang pasir di bawah kehangatan matahari, kemudian diarak oleh anak-
anak kecil mengelilingi kota Mekkah dan Bilal Radhiallaahu anhu hanya mengucapkan “Ahad, Ahad” (DR. Akram Dhiya Al-Umari, As-Siroh An-Nabawiyyah Ash-Shahihah, Juz 1 hal. 154-155).

Dan masih banyak kisah-kisah lain yang menunjukkan betapa pengorbanan dan penderitaan mereka dalam perjuangan mempertahankan iman mereka. Namun penderitaan itu tidak sedikit pun mengendurkan semangat Rasulullah dan para shahabatnya untuk terus berdakwah dan menyebarkan Islam.

Musibah yang dialami oleh saudara-saudara kita umat Islam di berbagai tempat sekarang, khususnya di Semenanjung Ghazah, di Palestin akibat kezaliman, kejahatan orang-orang kafir Yahudi, adalah ujian dari Allah kepada umat Islam di sana, sekaligus sebagai pelajaran berharga bagi umat Islam di negara-negara lain.

Umat Islam di rantau sini khususnya sedang diuji sejauh mana ketahanan iman mereka menghadapi serangan orang-orang yang membenci Islam dan kaum Muslimin hanya kerana mereka mengatakan: ( Laa ilaahaillallaahu ) ُﷲﺍ ﱠﻻِﺇ ﻪﹶﻝِﺇ ﹶﻻ, tidak jauh berbeza dengan apa yang dikisahkan Allah dalam surat Al-Buruj ayat 4 sampai 8:

“Binasa dan terlaknatlah orang-orang yang membuat parit, yang berapi (dinyalakan dengan) kayu bakar, ketika mereka duduk di sekitarnya, sedang mereka menyaksikan apa yang mereka perbuat terhadap orang-orang yang beriman. Dan mereka tidak menyiksa orang-orang Mukmin itu melainkan kerana orang-orang Mukmin itu beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji”.

Peristiwa seperti inipun mungkin akan terulang kembali selama dunia ini masih tegak, selama pertarungan haq dan bathil belum berakhir, sampai pada saat yang telah ditentukan oleh Allah.
Kita berdo’a mudah-mudahan saudara-saudara kita yang gugur dalam mempertahankan aqidah dan iman mereka, dicatat sebagai para syuhada di sisi Allah. Amin.

Penutup

Dan semoga umat Islam yang lain, juga kita semua dapat mengambil pelajaran dari berbagai peristiwa, sehingga mereka tidak lengah menghadapi orang-orang kafir dan selalu berpegang teguh kepada ajaran Allah serta selalu siap sedia untuk berkorban dalam mempertahankan dan meninggikannya, kerana dengan demikianlah pertolongan Allah akan datang kepada kita, firman Allah :

“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad: 7).

Sebagai orang-orang yang telah menyatakan iman, kita harus mempersiapkan diri untuk menerima ujian dari Allah, serta kita harus yakin bahawa ujian dari Allah itu adalah satu tanda kecintaan Allah kepada kita, sebagaimana sabda Rasulullah Shallallaahu alaihi wa salam :

“Sesungguhnya besarnya pahala sesuai dengan besarnya cubaan (ujian), Dan sesungguhnya apabila Allah mencintai satu kaum Ia akan menguji mereka, maka barangsiapa redha baginyalah keredhaan Allah, dan barangsiapa marah baginya hanyalah kemarahan Allah.” (HR. At-Tirmidzi, dan ia berkata hadits ini hasan gharib dari sanad ini, Sunan At-Timidzy cet. Dar Al-Kutub Al-Ilmiyyah, juz 4 hal. 519).

Mudah-mudahan kita semua diberikan ketabahan dan kesabaran oleh Allah dalam menghadapi ujian yang akan diberikan olehNya kepada kita. Amin .

Sekian, wallahua'alam.


Nota Kaki: Tulisan yang anda baca ini adalah sebahagian Siri Khutbah Jumaat.

Saturday, January 17, 2009

Outlandish: Look Into My Eyes





Look Into My Eyes

Look into my eyes
Tell me what you see
You don't see a damn thing
'cause you can't relate to me
You're blinded by our differences
My life makes no sense to you
I'm the persecuted one
You're the red, white and blue

Each day you wake in tranquility
No fears to cross your eyes
Each day I wake in gratitude
Thanking God He let me rise
You worry about your education
And the bills you have to pay
I worry about my vulnerable life
And if I'll survive another day
Your biggest fear is getting a ticket
As you cruise your Cadillac
My fear is that the tank that has just left
Will turn around and come back

Yet, do you know the truth of where your money goes?
Do you let the media deceive your mind?
Is this a truth nobody, nobody, nobody knows?
Has our world gone all blind?

Yet, do you know the truth of where your money goes?
Do you let the media deceive your mind?
Is this a truth nobody, nobody, nobody knows?
Someone tell me ...

Ooohh, let's not cry tonight
I promise you one day it's through
Ohh my brothers, Ohh my sisters
Ooohh, shine a light for every soul that ain't with us no more
Ohh my brothers, Ohh my sisters

See I've known terror for quite some time
57 years so cruel
Terror breathes the air I breathe
It's the checkpoint on my way to school
Terror is the robbery of my land
And the torture of my mother
The imprisonment of my innocent father
The bullet in my baby brother
The bulldozers and the tanks
The gases and the guns
The bombs that fall outside my door
All due to your funds
You blame me for defending myself
Against the ways of my enemies
I'm terrorized in my own land (what)
And I'm the terrorist?

Yet, do you know the truth of where your money goes?
Do you let the media deceive your mind?
Is this a truth nobody, nobody, nobody knows?
Has our world gone all blind?

Yet, do you know the truth of where your money goes?
Do you let the media deceive your mind?
Is this a truth nobody, nobody, nobody knows?
Someone tell me ...

Ooohh, let's not cry tonight, I promise you one day it's through
Ohh my brothers, Ohh my sisters,
Ooohh, shine a light for every soul that ain't with us no more
Ohh my brothers, Ohh my sisters,

American , do you realize that the taxes that you pay
Feed the forces that traumatize my every living day
So if I won't be here tomorrow
It's written in my fate
May the future bring a brighter day
The end of our wait

(pause)


Ooohh, let's not cry tonight, I promise you one day it's through
Ohh my brothers, Ohh my sisters,
Ooohh, shine a light for every soul that ain't with us no more
Ohh my brothers, Ohh my sisters,

[with kids]
Ohh let's not cry tonight I promise you one day is through
Ohh my brothers! Ohh my sisters!
Ooh shine a light for every soul that ain't with us no more
Ohh my brothers! Ohh my sisters!

Friday, January 16, 2009

Cinta Pertama, Hirisan Pertama.

Bismillahirrahmanirrahim..

Entri kali ini istimewa menjawab Personal Message (PM) dari seorang sahabat iluvislam..sejujurnya bukan ini PM yang pertama di terima, dan kerana berpendapat ramai yang menghadapi masalah yang serupa (termasuk saya) maka kali ini saya luangkn sedikit masa untuk mengulas mengenainya. semoga sama2 dapat mengutip manfaat darinya..^^

PM:

"awk tak penat ke jadi baik? awak tak penat ke orang hina, main2kan awak, kutuk awak, hancurkan hati awak? tak pernah sekali ke awak melawan? awk bertudung labuh, sesetengah orang pandang awk buta fesyen, pandang awak konservatif, apa yang awak buat?"

SAYA:

Okeh, first of all, i am not wearing tudung labuh. saya biasa2 jer, bukan dari sekolah agama dan bukan juga belajar di universiti Islam, saya juga belajar dan bekerja di bidang kejuruteraan. so untuk menjawab persoalan buta fesyen, pandang saya konservatif adalah tidak relevan bagi saya kerana saya seorang yang "up-to-date". tapi jika bertanya apa pendapat saya mengenai mereka yang bertudung labuh, jawapan saya, saya kagum dengan mereka yang lebih mementingkan pandangan Allah drp pandangan manusia. sejuk mata menengoknya, kelihatan sopan dan ayu, jauh dalam hati saya pun menanam tekad dan azam untuk di kurniakan kekuatan supaya dapat mencontohinya..insyaAllah, dengan izin Allah saya juga akan bertudung labuh, mudah-mudahan.

Penat menjadi baik? Tak penat ke orang hina, main2kan kite, kutuk kite, hancurkan hati kite? tak pernah sekali ke saya melawan?

Siapa kata saya tak penat? Kadang2 tu ada juga terasa..haih..saya juga manusia yang lemah Mungkin saya tidak pernah di hina, tapi menjadi seorang yang terlalu baik sebenarnya pernah mendedahkan saya kepada situasi akhirnya saya di tindas dan di aniaya. Ya, mereka akhirnya menghancurkan hati saya. Saya juga seorang yang pemaaf dan tak menyimpan dendam, bukan balasan baik yang saya perolehi-sebaliknya mereka menuduh saya hipokrit!

Astaghfirullahalazim..bukan senang nak jadi baik..memaafkan pun jadi salah. so apa lagi? Takkanlah orang berbuat jahat kita juga harus berbuat jahat? No, it is not me..I dont care if u wanna hurt me but to revenge is not me. terserah apa orang nak fikir tentang kita yang pasti kita tahu apa yang kita buat adalah betul dan yang penting, keredhaan Allah itu yang paling utama.

[Al-Imran:120]

"Jika kamu memperoleh kebaikan, niscaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira karenanya. Jika kamu bersabar dan bertakwa, niscaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan."


Bila hatimu hancur dan terluka, menangislah, luahkan rasa luka yang terpendam, namun jangan di simpan luka yang pedih itu terlalu lama. kelak ia membusuk dan bernanah, kamu sendiri yang bakal menanggung derita yang tiada berkesudahan. Menangislah dan senyumlah. bangkitlah dari kesedihan dan ubatilah hatimu dengan mengingati Allah. Ingat, dunia ini penjara yang terindah bagi orang2 yang beriman. Hidup di dunia sekejap jer, paling lama 80 tahun, tapi nun kat akhirat sana, kita kekal selamanya...so pilih, nak susah sekejap kat dunia or nak susah selamanya di akhirat? semuanya di tangan kita.

[Al-Baqarah: 212]

Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas.


Memaafkan Bukan Mudah!

PM:

"saya takleh nak maafkan orang..saya tipu saya cakap saya dah lupakan bekas tunang saya, hakikatnya, saya masih merindui dia..saya nak tinggalkan dia, tapi saya tak mampu..
asniza, awak ingat saya nak ke jadi panas baran? saya taknak tau tak..awak ingat pompuan2 jahat tu nak ke jadi jahat? entah saya tatau, tapi saya tannak..saya nak jadi solehah..asniza, saya berani bersumpah, saya rela tak berkahwin asalkan saya masuk syurga..tapi syaitan asyik mengganggu saya.."


SAYA:

Tiada siapa yang inginkan sesuatu yang tak elok terjadi terhadap dirinya. Manusia yang waras tentunya menginginkan yang baik2 sahaja..Namun kadang2 situasi yang memaksa kita menjadi seorang yang di luar kawalan..Adunan perasaan yang seribu satu serta di dorong angan yang tidak berkesampaian mengubah kita menjadi insan yang sukar di ramal. hinggakan kadang2 kita sendiri benci melihat bayang2 sendiri, kerana kita juga tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk..Ingin melangkah tapi terasa bagaikan kaki di rantai. Ingin menjadi lebih baik tetapi ada sahaja alasan yang menghalang. Harus bagaimanakah?

[Al-Baqarah:216 ]

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.



Maka, pesan saya, maafkanlah..sesungguhnya maaf adalah penawar yang terindah, dan sebelum kita memaafkan seseorang, kita kena maafkan diri sendiri dulu. Lapangkan dada, tenangkan hati. cuba untuk berpijak di bumi yang nyata. jika kita tak nampak apa2 jaminan positif di masa hadapan, maka lepaskan dia pergi. past is past, gone is gone. kita hidup hari ini kerana sejarah semalam. dan untuk hidup esok hari, bergantung kepada apa yang kita lakukan pada hari ini. Optimislah..


Leraikanlah Simpulan Dengan Cermat

Sesuatu masalah umpama simpulan tali yang kusut. Untuk menyelesaikan sesuatu masalah, kita kena menghadapinya dengan bijak, elakkan daripada melarikan diri dari masalah. Jangan menarik simpulan tali terlalu kuat, kelak simpulan itu akan semakin ketat dan sukar untuk di leraikan. jangan mengenggam rama2 terlalu kemas, kelak rama2 itu terkoyak sayapnya lalu binasa. Belajar untuk memaafkan dan melupakan. Saya tahu ianya sukar, tapi demi kehidupan kita yang lebih baik di masa hadapan, kita tiada pilihan! Times will heal, insyaAllah jika kita mengizinkannya.

Luka yang paling dalam adalah luka kerana hirisan pertama. Sakit yang paling sakit adalah sakit yang di ciptakan orang yang paling kita cintai. Itulah kenyataan, lumrah alam. Tapi, mematahkan seluruh tangan kerana hirisan kecil di jari adalah suatu tindakan yang tidak bijak. Maksud saya, mensia-siakan seumur hidup kita kerana menangisi dan mengenang luka yang silam adalah tidak berbaloi! Luka di jari akan sembuh dengan sendirinya, cuma terserah kepada kita bagaimana untuk mengizinkannya sembuh. Kalu nak cepat baik, letak la ubat, dan sebaliknya..begitulah juga kehidupan ini..^^

Perkahwinan adalah nikmat dan anugerah dari Tuhan. Dengan perkahwinan ini juga,yang haram boleh jadi halal. Perkahwinan juga perlu untuk memanjangkan lagi susur galur keturunan dan zuriat seseorang. Perkahwinan juga adalah sunnah Nabi dan di tuntut dalam agama. Jadi, mengapa mengharamkan yang halal?

Wanita di ciptakan dari tulang rusuk lelaki yang letakknya dekat dengan hati supaya dia di kasihi dan hampir dengan lengan supaya dia di lindungi. wanita bukan di cipta dari kaki untuk dipijak dan di hina dan wanita juga tidak di cipta dari kepala untuk di sanjung2. Jika lelaki dan wanita menyedari hakikat ini, insyaAllah sesebuah institusi kekeluargaan yang terbina akan mampu bertahan lama dan membawa manfaat kepada semua ahlinya.

Kecewa dengan cinta pertama? Jika di lontar batu ke dalam sekumpulan manusia, insyaAllah batu itu akan mengena salah seorang dari mereka yang pernah putus cinta. Dalam sepuluh orang manusia itu, pasti 7 orang darinya ada pengalaman putus cinta, adeih..Cinta monyet, cinta tiruan, cinta palsu dan macam2 cinta, ^^

Kita belajar dari kesilapan dan pengalaman. gagal sekali tak bererti selamanya gagal. kadang2 Allah sengaja temukan kita dengan orang yang salah, supaya suatu hari nanti, bila kita bertemu dengan orang yang tepat, kita tahu menghargainya..Wallahua'alam. Kita juga selalu dengar, Allah sengaja turunkan hujan yang lebat tapi selepas hujan yang lebat itu, Allah anugerahkan kita dengan pelangi yang indah. Doakan yang baik2 kerana itu lebih mulia, jangan sekali2 mendoakan atau berkata2 yang buruk kerana al-quran juga tercatat:

Al-Baqarah: 224

"Janganlah kamu jadikan (nama) Allah dalam sumpahmu sebagai penghalang untuk berbuat kebajikan, bertakwa dan mengadakan ishlah di antara manusia. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."


Kenapa Bukan Aku?

PM:

"awak ingat tak seksa ke hidup macam ni?
saya tengok orang jahat bom palestine tapi saya tak mampu buat apa2,saya menangis tau tak..saya rasa saya yang patut kena bom..sian kat derang..saya berdoa minta Allah tolong mereka..tapi saya terfikir, kenapa Allah masih belum mahu menghancurkan israel..tentu kaum palestine ada buat dosa..macam saya, kenapa saya masih belum bertemu ketenangan jiwa, adakah kerana saya terus melakukan dosa?"


SAYA:

Syukurlah kerana kita ada perasaan dan kesedaran itu. Mungkin kita pernah melakukan kesilapan di masa yang lalu. Alhamdulillah kerana kita di kurniakan kesempatan dan masa untuk merenungnya semula. nobody perfect. tiada manusia yang tak pernah melakukan kesalahan. kita bukan maksum. tapi pintu keampunan sentiasa terbuka untuk kita. di panjangkan umur sehari lagi juga satu nikmat daripada Allah, supaya kita hargai dan guna kesempatan yang ada untuk terus bertaubat dan mohon keampunan dariNya.

Tiada bumi yang tak pernah di timpa hujan, tiada pipi yang tak pernah di basahi dengan air mata. salah satu cara Allah sayangkan kita adalah dengan memberi dugaan dan ujian kepada kita, kerana Allah tahu, hati yang sedang berduka dan di uji ini selalunya lembut dan mudah untuk mendekati Nya..Allah maha Pengampun lagi Maha Mengasihani..semakin kita cuba mendekatiNya, semakin Dia dekat dengan kita. biarlah seluruh dunia membenci kita dan menjauhi kita, tapi ingat, Allah sentiasa ada bersama kita. remember that..

Kita di beri dugaan dan ujian setimpal dengan kekuatan kita untuk menghadapinya. Allah hanya memberi dugaan kepada hamba-hambaNya yang mampu. begitu juga saudara kita di Palestine, kerana Allah tahu mereka mampu mengharunginya..ini juga sudah tertulis dalam al-quran..(aisey..lupa dah ayat mana..kui3)..kasi yang ni kire ok la ek..^^

Al-Baqarah: 134

baginya apa yang telah diusahakannya dan bagimu apa yang sudah kamu usahakan, dan kamu tidak akan diminta pertanggungan jawab tentang apa yang telah mereka kerjakan.


Tidak sempurna iman seseorang jika dia tidak mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri. Tiap apa yang Tuhan ciptakan pasti bersebab. Palestin di uji namun seluruh umat Islam malahan satu dunia merasai peritnya, deritanya. Subhanallah..Palestine tidak menangis sendirian, umat Islam seluruh dunia bersatu menghantar doa mengharapkan penderitaan itu segera berakhir..Allah Maha Mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi. Dia Maha Bijaksana.

Biarkanlah Israel laknatullah bersorak sorai, bergembira meraikan nyawa yang terkorban, di dunia ini mereka mungkin meraikan kemenangan dan ketahuilah, di akhirat sana, nerakalah sebaik2 tempat untuk mereka yang kejam.


Al-Baqarah:212

"Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas."


Penutup.

Setiap apa yang Tuhan ciptakan biarpun sebesar zarah, pasti ada sebabnya, ada hikmah yang tersembunyi. dan Dia Maha Mengetahui. Dalam setiap kejadian tiada yang sia-sia. Yakinlah dengan kekuasaan Allah, yakinlah bahawa Dia Maha Adil. Jangan sesekali berasa penat berbuat kebaikan jika kita mengharapkan balasan daripadaNya semata-mata.

Sekian dlu celoteh saya untuk kali ini, mana yang salah harap di perbetulkan dan mana yang betul diharapkan semoga sama2 dapat manfaat. insyaAllah..semoga peringatan ini dapat sentiasa menjadi peringatan kepada diri saya sendiri, supaya terus berusaha menjadi manusia yang lebih baik. saya juga manusia yang punyai seribu satu kelemahan dan kekurangan.

InsyaAllah jika d kurniakan kesempatan, saya akan sambung lagi di entri yang berikutnya pulak, sama2 tunggu yer entri seterusnya insyaAllah tajuknya:

"Nak Masuk Syurga Kenala Di Uji Dulu.."

Tunggguuuuuuuu..Till that..


Sekian, Wassalam.

Thursday, January 15, 2009

Palestine: Apa Lagi Boleh Kami Bantu?

Ya Allah, apa lagi yang boleh kami bantu? Lemahnya kami, tak dapat berbuat apa2 sedangkan angka kematian terus meningkat, setiap jam ada saja nyawa yang terkorban, apa lagi yang boleh kami bantu Ya Tuhan?

14 Januari 2009: 4.15 petang(Malaysia). Jumlah mangsa yang syahid akibat serangan Israel di Gaza telah meningkat. Jumlah yang syahid 976, manakala yang cedera termasuk kritikal 4525.

Aku inginkan kedamaian, tapi bagaimana aku dapat hidup tenang sedangkn sebelah kaki ku bengkak bernanah..sakitnya Tuhan! sakit melihat saudara2 ku di tindas. Hingga aku berhenti membca sebarang berita tentang Gaza, tp itu tak mampu berhentikan penderitaan mereka, mereka masih lagi menangis,merintih, berlari2 ketakutan. Harus bagaimana lagi Ya Allah? Doa dan derma seolah tidak memberi apa2 kesan. Boikot pula terlalu lambat kesannya. Aku ingin SEGERA!! segera hentikan peperangan ini! sekarang juga!! hentikan peperangan ini sekarang juga...

Ya Allah, bagaimana agaknya mereka saat ini? sebelah tangan kudung, kepala berdarah tanpa henti, luka sana sini-dan ada yang menunggu ajal-menunggu izrail datang menjemput..makan apa hari ini? bagaimana tidur mereka? bagaimana pula anak2 yg kehilangan ibu dan ayah? harus bagaimanakah hidup mereka esok hari? makan apa? tinggal di mana? dengan siapa? aduh..hati mereka terlalu rapuh, tegarkah mereka meneruskan kehidupan setelah melalui semua mimpi ngeri ini?

Ya Allah, lindungilah mereka..aku sayangkan mereka.

Wednesday, January 14, 2009

Menangislah dan Senyumlah!

Bismillah,

Bertahun tak jumpa, tp tak bermakna saya telah melupakan semua sahabat yg pernah melalui susah senang bersama sepanjang saya meneruskan kehidupan ini. semuanya masih di ingatan. kali ini tiba-tiba saya terkenang seorang sahabat-classmate saya semasa di universiti-juga roomate semasa di tahun dua-Ana Najwa namanya.

First impression sebelum kenal rapat dengan dia, saya bayangkan dia seorang yang sombong, brutal dan susah untuk di dekati..akhirnya bila sebilik baru saya tahu-dont judge the book by its cover..mmg luaran dia kelihatan agak 'ganaz' tapi hatinya sangat baik, seindah namanya..owh, sebelum terlupa, masa tu kami sebilik bertiga, saya, Ana dan Elaini.

Sedihnya, masa mula2 kami sebilik, saya bertudung labuh, Elaini dan Ana tidak, tapi akhirnya-di hujung semesta, sebaliknya yang terjadi, saya tidak lagi bertudung labuh dan Alhamdulillah keduanya manis bertudung labuh. kuasa Tuhan, hanya Dia yang Maha Mengetahui.

Al-kisah, semasa sebilik dengan mereka (satu sem saja kerana sem kedua keduanya di lantik menjadi ketua blok-pindah bilik lain), saya terjebak dengan 'COUPLE'. Kelakar bukan? Saya yang menentang keras-kerasan topik couple di forum, sedngkan saya juga pernah mengalaminya. Mengapa saya menentang? kerana saya sudah melalui semua baik dan buruk 'couple' maka saya berharap, adik2 yang saya kasihi tidak terjebak dan mengulangi kesilapan yang serupa. kerana saya sayang semuanya.

Berbalik kepada Ana dan Ela..kedua-duanya memang sangat baik dan banyak membantu. Hingga ke hari ini, saya masih ingat pesan Elaini..

"Dah la, lupakan dia, jangan kawan dengan dia lagi" kata Ela.

"Tapi kita nak bawa dia ke jalan yang dekat dengan Allah.." saya membidas. memang itulah niat saya.

"Jangan teruskan berkawan dengan dia..Nieja tak kuat, di takuti nanti Nieja yang terikut2 dengan dia.." kata2 Ela hingga kini terngiang2 di telingaku..

Dan masa pun berlalu, memang apa yang di katakan oleh sahabat2 ku yang aku kasihi itu ada benarnya..saya juga yang kalah akhirnya.

Beberapa semester kemudian, masing2 sibuk dengan urusan dan tugas masing2, kami sudah jarang bertemu. Saya di rundung sedih dan hiba. ada masanya saya menjauhkan diri dari kawan2. Berjalan menunduk, mendongak ke langit tak sanggup. Saya telah binakan sebuah gua untuk diri sendiri, hanya saya di dalamnya, tiada siapa yang mampu menyentuh atau menyakiti saya. Saya ingin hidup bersendirian.

Saat2 melalui hidup yang sukar itu, baru lah kita tahu, siapa kawan kita yang sejati. Alhamdulillah klik saya yg saya kenali sejak di minggu orientasi, Diana, Ghan dan Bed, tidak pernah menjauh. terutamanya Diana dan Suzy, mereka banyak menyaksikan airmata ini jatuh. mereka tempat saya mengadu. mereka sahabat yang benar2 saya kasihi. sentiasa menyayangi saya dan sentiasa menyokong tindakan saya. kepercayaan Diana terhadap saya amat saya kagumi. dia optimis dan sentiasa bersangka baik terhdap saya. syukur saya di pertemukan dengan sahabat yang sebaik dia. tak lupa mai, nane, fizan, ayu, emy, sim, mazrah, reen dan lain2..semuanya sentiasa ada untuk saya-cuma saya yang menjauhkan diri.

Ana Najwa-dalam saya kesedihan, dan jarang berjumpa dengannya, aku sangkakan dia juga turut menyisihkan aku, namun saya silap..saya akhirnya terima sesuatu yang berharga darinya..sebuah penanda buku yang penuh dengan kata2 memujuk hati. inilah sajaknya..

Adakalanya....
Hari yang panas dan ceria
Bertukar mendung seketika
Mentari merangkak pergi
Gumpalan awan bertandang sisi
Hati gundah
Tercari-cari
ke Mana perginya mentari yang dinanti

Begitulah hidup...
Di saat kau selesa dengan kehidupan
tiba-tiba kau diuji dengan kehilangan
kehilangan nikmat harta
kehilangan nikmat ilmu
kehilangan nikmat rakan dan keluarga
dan kau meratapinya....

Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu...
Yang menciptakan segalanya
yang menimpakan ujian
yang menjadikan sakit hatimu
yang membuatkan keinginanmu terhalang
serta menyusahkan hidupmu
pasti akan damailah hatimu kerna...
masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia

Bukan Allah tak tahu derita hidupmu...
retaknya hatimu
sengsaranya sukmamu
Mungkin itulah yang Dia mahukan
kerna
Dia tahu
Hati yang sebeginilah
selalunya lebih lunak dan mudah untuk
DEKAT dan AKRAB dengan-Nya

Saat hujan turun membasahi hatimu
kau menangis kerna
merasa beratnya ujian tidak tergalas
~SenYumLaH~


Saya menangis saat membaca sajak yang tertulis di bookmark itu. Bukan Allah tidak tahu derita hidupmu, retaknya hatimu...bercucuran airmata mengalir di pipi ini saat membaca bait2 itu. Laju..

Sesungguhnya, sahabat sejati adalah harta yang sangat bernilai, jauh di mata tidak bererti jauh di hati, walau di mana berada, aku doakan Ana Najwa dan semua sahabatku semoga bahagia selalu. Moga Allah melindungimu..sahabatku.