Bismillahirrahmanirrahim…
Post kali ini adalah 're-publish' dan 'upgrading' dari post asal di blog yang lama.. http://semut2comel.blog.friendster.com/.. Mungkin ketika ini tahap optimisme aku menurun pada level yang sangat rendah, menyentuh hati aku untuk kembali membaca entri tersebut dan sekaligus berkongsi semula di sini.. Semoga memberi manfaat. InsyaAllah.
Mengikut definisi aku, optimis adalah berfikir secara positif, yakin akan ada kesudahan yang baik pada akhirnya. kata lawan bagi optimis adalah pesimis. Optimisme adalah sebuah perkataan yang di cilok dr perkataan omputih iaitu optimism yg bermaksud the attituude or belief that the best thing is most likely to happen, that good will defeat evil. dan optimistic is believing that something (a result, the future) will be good..Hurmm..arap2 korang leh faham la yer..=)
Kenapa Harus Optimis.
Kerana kita yang beragama Islam, yang meyakini keesaan Allah yang satu, yg beriman kepada qadar dan qadar harus juga yakin dengan janji2 Allah..
Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan dia sendiri yang berusaha mengubahnya..dan Allah juga tidak akan membebankan hambaNya dengan bebanan yang tidak mampu di tanggung olehnya..maka kita kena yakin dan percaya..setiap dugaan yang Allah kurniakan kpd kita, adalah suatu dugaan yang mampu kita atasi…jika besar dugaannya..maka sebesar itu jugalah kekuatan dan kemampuan kita untuk mengharunginya.
Kenapa harus optimis? kerana optimis mampu menghindar sikap2 negatif dan pasif antaranya sifat pesimistik..yang bertentangan dengan sifat optimistik. kenapa kita tidak harus bersikap pesimis? kerana sikap pesimis itu tak lain tak bukan, boleh di ibaratkan rantai besi yang berat, yang merantai kedua gelang kaki kita, lalu menghalang kita melangkah lebih jauh apatah berlari laju ke hadapan. bagaimana tu yer?
Begini caranya…bila kita pesimis..kita seolah2 memandang hari esok umpama hari yang kelam tiada sebarang harapan dan tiada sedikit cahaya pun. Esok boleh di umpamakan suatu tempoh masa yang amat mengerikan dan menakutkan. dan jika boleh, orang2 yang bersikap pesimis ini seolah2 bila terjaga dari tidur keesokan paginya, tidak mahu membuka matanya, tidak bersedia menempuhi hari baru kerana di himpit pelbagai perasaan yang tidak enak, gelisah, risau, takut, gemuruh, resah, cemas, keliru, dan pelbagai rasa yang menyesakkan dadanya sendiri.
Maka, selimut yang tebal itu seolah2 ingin di tarik menutup seluruh tubuhnya, bagaikan ingin mencipta satu gua yang hanya dia ada di dalamnya..tiada siapa yang mampu mendekatinya. tiada siapa yang mampu menyakitinya dan die berasa lebih selamat dan lebih yakin di dalam gua ciptaannya itu…ah!!
Jika hanya terbaring longlai, berpeluk tubuh tanpa bertindak dan berusaha…siapa jua akan mati kelaparan~!! Sampai bila kita harus makan di suap…which is sampai bila kita mahu berdiam diri? tidak mahu berjuang berdiri di atas kaki sendri memperjuangkan nasib diri sendiri? Jika berusaha untuk dapatkan emas, maka emaslah yang dapat..tapi jika berusaha semata2 untuk dapatkan batu2..maka batu2 itu jugalah yang mampu di perolehi.
Apa kaitannya dengan pesimistik?
Bila kita optimis..yakin bahawa hari esok sentiasa menjanjikan sesuatu yang lebih baik dari hari ini.. bila kita yakin akan kekuatan dan kebolehan diri sendiri, maka kita akan sanggup berusaha lebih keras agar berjaya mencapai impian dan cita2 yang selama ini kita sematkan dalam minda dan hati kita.
Jika kita optimis, kita yakin bahawa Allah akan membantu kita, mempermudahkan jalan bg hambaNya yang rajin berusaha dan berdoa, maka kita tidak mungkin akan duduk berpeluk tubuh lantas membiarkan masa berjalan dengan sendiri tanpa berbuat apa2 yang mampu membuahkan hasil dan faedah yang baik untuk kita..kita akan lebih menghargai masa dan peluang yang datang.
Sesungguhnya bila kita optimis, kita akan tahu menghargai setiap peluang yang ada di hadapan mata kita..kita akan tahu menghargai setiap keistimewaan dan kebolehan yang ada pada diri kita lalu mengaplikasikannya demi kebaikan kita dan mereka yang kita sayangi..
jika kita optimis..kita sedikit pun tidak akan tergamak membuang masa kita dengan perkara2 yang tidak mendatangkan sebarang faedah kepada kita..kerana kita optimis..setiap usaha yang baik, niat yang baik, akan mendatangkan hasil yang baik…dan indah nikmatnya..insyaAllah.
Kenapa Tidak Optimis?
Tidak semua orang dilahirkan semula jadi lengkap segala pakej.. tidak semua iragn yang dilahirkan sempurna dengan segala anugerah..mungkin ada beberapa kelemahan dan kekurangan dalam diri seseorang, menjadi punca kenapa dia tidak bersikap optimis…contoh mungkin kerana kecacatan yang dimiliki atau mungkin kerana tidak dikurniakan akal yang secemerlang insan lain.
Ada juga yang tidak boleh bersikap optimis kerana persikataran yang mendorong dan memaksanya menjadi pesimis..contohnya sering di hujani dengan tohmahan dan kata2 keji lagi nista, sentiasa di beri tekanan dan kata2 pematah semangat seperti:
“kau bodoh, kau takkan kemana”
“kau buruk, semua orang akan benci kau”
“kau miskin, kau tak layak untuk sesiapa”
dan pelbagai lagi kata2 negatif tidak lain tidak bukan hanya mampu menjatuhkan keyakinan diri seseorang lalu mencetus sikap pesimis dlm dirinya.
Dan..selalu menghadapi kegagalan dan kekecewaan dalam hidup juga menjadi salah satu penyebab kenapa seseorang itu menjadi seorang yang pesimistik. Mungkin juga di dorong perasaan berputus asa dan takut jatuh di tempat yang sama berulang kali mampu menjadikan seorang itu gagal untuk bersikap optimis.
Tidak mempunyai sasaran/ target/ impian juga menjadi salah satu sebab kenapa seseorang itu bersikap pesimis..melihat masa depan sebagai sesuatu yang tidak pasti, kabur dan samar2 sudah pasti tidak mendatangkan sebarang keuntungan..tak lebih dari itu, mampu merugikan seseorang kerana berkemungkinan mengakibatkan pembaziran masa..
Kerana didorong sikap yang pesimis dan tidak yakin dengan apa yang di ingini, seorang Chef mungkin membuang masanya bertahun2 dengan melukis, dan setelah sepuluh tahun kemudian baru dia sedar, hatinya bukan untuk melukis dan baru tersedar bahawa minatnya adalah memasak..maka sepuluh tahun yang dilalui untuk melukis itu boleh di umpamakan sebagai tempoh yang merugikan..
Seandainya dia awal2 sudah tahu minatnya memasak, maka masa sepuluh tahun itu dapat di gunakan dengan sebaik mungkin untuk memantapkan kemahiran masak memasak….pergh..sudah pasti selepas 10 tahun kemudian, dia bukanlah seorang pelukis yg baru merangkak belajar masak memasak…sudah tentu dia sudah menjadi chef yang berjaya dan terkemuka…Woho~!! maka, menentukan impian dan cita2 dari awal adalah bukan suatu perkara yang boleh di pandang enteng.
Dengan segala fakta di atas..wal lebih kurang sebabnya aku dah mengantuk, maka dapat kita simpulkan bahwa sikap optimistik ini adalah penting dalam kehidupan kita…bukan demi kehidupan sekarang..tapi juga demi kehidupan kita di masa hadapan.
Kenapa Aku Seorang Yg Pesimis?
Berkobar2 bercerita mengenai sikap2 optimistik dan pesimistik..jujur aku mengaku, aku bukanlah dilahirkan sebagai pakej lengkap yang sempurna segalanya..
Kisah hidup dan kesusahan yang aku lalui sewaktu zaman kanak2 ada baik buruknya kepada aku. Kerana kesusahan yang pernah aku lalui itu, aku optimis dan nekad untuk belajar bersungguh-sungguh dan mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. aku ingin mengubah nasib keluargaku dan Alhamdulillah, aku berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM.
Selalu cemerlang menjadikan aku seorang yang yakin pada diri sendiri. . Optimistik. Mungkin over confident..sehinggalah tiba zaman universiti, aku mengenali suatu makna baru dalam kehidupan. KEGAGALAN.
Kegagalan pertama kali ini benar2 melukakan hati aku dan menyakiti aku. menghancurkan segala keyakinan yang ada dalam diri. meleburkan segala kekuatan yang pernah aku kumpul selama ini. melemahkan segala sendi lututku dan aku tidak lagi mampu berdiri tegap. sungguh. aku tidak mampu menerima tamparan ini kerana aku sedikit pun tidak bersedia menghadapinya. aku seorang pelajar yang sentiasa cemerlang, mana mungkin aku boleh GAGAL?? tidak pernah aku bayangkan. tidak pernah.
Aku menangis bersungguh2..peritnya akibat kegagalan tidak mampu aku gambarkan. aku benar2 kecewa dan lebih teruk dr itu, aku mudah berputus asa. kesilapan aku yang paling besar, aku tidak terus bangkit dari kegagalan itu, sebaliknya terus meratapi nasib diri, sehinggakan kegagalan demi kegagalan terpaksa aku hadapi.
Sungguh. aku benar2 menjadi semakin lemah dan tidak tegar. aku benar2 kalah dalam perjuangan menentukan nasib diri. Owh~!!Hasniza yang hingusan, yang tidak kuat jati diri, tidak utuh semangat di jiwa, jatuh sekali…makin pula bergolek2 menyembah bumi..Ah~!!Hasniza yang gagal itu benar2 menyakitkan hati aku..Ah~!! Lemah dan tidak berhati waja. Cepat benar mengalah dan tidak tahu mengendali perasaan akibat dari sebuah kegagalan.
Kesan dari kegagalan yang tidak di jangkakan itu..aku tiba2 berubah menjadi seorang yang pesimistik. Aku sudah tiada arah tujuan hidup dan aku tiada semangat untuk mencapai kejayaan. Aku pesimis..bagi aku, peluang untuk aku berjaya sudah terlalu tipis..haih..banyak betul kesilapan aku..Isk3..
Dan situasi aku sekarang yang membuatkan aku bersifat pesimis adalah kerana aku tidak tahu apa yang sebenarnya aku inginkan. Aku tidak yakin dan ragu dengan apa yang sedang aku lakukan kini- kerja aku sekarang.
Yup, aku berkerja sebagai proses engineer di sebuah consultancy oil n gas..tapi adakah jiwa aku menjurus ke arahnya? adakah aku gembira dengan kerja ini? adakah aku berkemampuan dan berkewibawaan untuk memikul tugas ini? Sungguh, banyak betul persoalan.
Selain itu, umur yang makin meningkat dari tahun ke tahun juga berjaya mencetus suatu perasaan resah..resah? hanya Allah yang Tahu.
Bagaimana Mendominasi Sikap Pesimis?
Tidak susah untuk susah..tidak senang untuk senang..waktu di zaman kegagalan aku tuh, aku seolah2 mayat hidup yang hidup tanpa arah tujuan. aku tiada matlamat hidup. syukur, dalam kekeliruan yang amat tu, aku masih lagi terkenangkan family dan mak ayah.. akhirnya, demi mereka aku berusaha setakat yang termampu untuk meneruskan pengajian di Universiti..kalu bukan kerana terkenangkan mereka, mungkin juga aku tewas di tengah jalan.
Selain dari meletakkan orang yang kita sayang sebagai mangkin, menjadikan diri sendiri sebagai kawan baik juga merupakan salah satu cara untuk mengatasi sikap pesimis. bagaimana tuh? begini…sematkan dalam diri kita..jika bukan kita yang memujuk diri kita, maka siapa lagi?
Jika bukan diri kita yang memberi kekuatan kepada kita, maka siapa lagi? kerana hanya kita dan Tuhan yang tau setiap derita dan dugaan yang kita lalui..
Jangan sekali2 letakkan harapan kepada orang lain, untuk memahami kita atau mendorong kita menjadi seorang yang lebih baik dari sebelumnya..kerana selain kita dan Tuhan, tiada seorang manusia pun yang mampu membaca hati dan perasaan kita, tiada seorang manusia pun yang mampu memahami kehendak kita sepenuhnya seperti apa yang kita harapkan..so? jika mereka tak tau apa yg kita mau…
Bolehkah kita kalungkan harapan kita di leher mereka? supaya mereka memujuk kita, ketika kita bersedih hati..supaya mereka mendorong kita ketika kita dalam kekeliruan..supaya mereka meyakinkan kita ketika kita teragak-agak untuk menyusun langkah mara ke hadapan, supaya mereka membuat keputusan yg terbaik untuk kita dan masa depan kita…boleh ke?? sedangkan kita pun tahu..hati kita, jiwa kita, minda kita dan kehendak kita…hanya kita dan Tuhan saja yang tau..
Bisikkan dalam dri sendiri..sebelum tidur dan setelah bangun dari tidur…ucapkan kata2 yang indah…pembakar semangat kepada diri sendiri..yakinkan diri kita bahawa hari esok menjanjikan seribu satu keindahan, jangan jemu dan jangan berputus asa, biar beribu kali kita menuturkan kata2 dan bisikan yang sama..tidak mengapa…asalkan kita mampu mendorong diri kita seupaya dapat menjadi seorang yang positif dan sentiasa positif dalam menghadapi setiap dugaan hidup yang tidak menentu..
“bisikku pada hati..senyumlah..biar apa dugaan yang datang..jangan gentar”
“bisikku pada diri..aku kuat!dan aku mampu menghadapinya..”
“bisikku pada akal..tolonglah..pandulah hidup ku”
Sentiasa ingatkan diri sendiri bahawa jasad dan nyawa ini cuma pinjaman sementara…segala kurniaan adalah pinjaman dariNya yang Esa..jangan sekali2 lupakan Dia bilamana senang atau susah..sentiasa gantung harapan kepada Dia supaya sentiasa melindungi kita…bertawakal kepada Dia setelah kita berusaha apa yang kita mampu..aduss..ngantuk pulak mata aku…sikit je lagi nak sambung..haih..
Cara lain untuk mendominasikan kekurangan dalam diri atau sikap pesimis dalam diri adalah bergaul dengan mereka yang sentiasa optimis. Jangan bergantung seratus percent, tp setidak-tidaknya aura dan chakra optimis itu dapat tersebar ke dalam diri kita..dan kadang2 orang yang optimis ini (yang kita kenal hati budinya) dapat mendorong kita membuat keputusan yang lebih baik..biasanya org yang pesimis akan teragak2 dalam setiap keputusan yang dia lakukan…maka, dengan bantuan orang optimis, keputusan untuk memlih sesuatu perkara boleh menjadi lebih cepat.
Biasanya anak sulung dan ke-tiga lebih cenderung untuk bersikap optimis…dan selalunya juga, anak kedua pula cenderung bersikap pesimis..(harap maklum, bukan semuanya yer..)
Dan suka aku ingatkan…setelah kita tahu kelemahan kita..iaitu pesimis.. maka kita kena juga tahu bagaimana mengatasinya..dan tolong juga ambil berat, orang yang pesimis ini mempunyai kebarangkalian yang sangat tinggi untuk di buli atau di tindas…orang suka mengambil kesempatan terhadap sikap kita yang sentiasa tidak yakin pada diri ini..so pesan aku, silakanlah berhati2..jangan mudah percaya kepada orang lain dan jangan pula terlalu ingin berdikari..tiada siapa boleh hidup sendirian dalam dunia ini. ingat tuh..
Last but not least…sentiasa letak Tuhan dalam dri kita…walau apa jua yang kita lakukan, jangan sekali2 lupakan Dia. mungkin anda hari ini seorang pelaku maksiat yang di hina…namun, setelah menydeari kesilapan diri, kita haruslah segera bertaubat dan memohon keampunan dariNya..mungkin hari ini kita seorang yang kuat imannya…jangan pula kita riak dan beranggap syurga itu sudah pasti dalam genggaman kita….Allah Maha Pengampun dan Allah juga Maha Mengetahui..Takdir dan suratan kita dikemudian hari tiada siapa pun yang tahu, kecuali Dia..dan kepadaNya kita kembali..
Wassalam.
No comments:
Post a Comment