+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Saturday, December 20, 2008

Bila Izrail Datang Menjemput.

Bismillah..


Dengan nama Allah aku menulis, sekadar menconteng segala apa yang sedang ada di fikiran aku saat ini, dan menunaikan janji aku pada diri sendiri iaitu untuk bercerita tentang sebuah cerita, sebuah kisah yang berasal dari satu perkataan yang kita semua takuti -MATI.

Cerita aku kali ini adalah cerita tentang kematian..kebetulan tadi kakak aku baru pulang dari majlis pertunangan, bertemu ramai sanak saudara dan berkongsi pelbagai cerita, akhirnya terbongkar satu cerita- anak sepupu abang ipar aku-umur lebih kurang 7 tahun, sedang sakit tenat kerana menghidap penyakit leukimia..entri aku sebelum ini juga aku pernah bercerita mengenai penyakit yang sama-yang berakhir dengan si penghidap kembali ke sisi Allah. betapa ajal datang tanpa di undang. Walau siapapun kita, bila tiba waktunya, tak lebih atau kurang sesaat, kita pasti akan mati jika itu yang tertulis untuk kita..


Ajal Tidak Mengenal Usia.

Balik kampung sempena cuti hari raya korban dua minggu yang lepas, selesai membersih diri di rumah pusaka arwah ayah, seusai solat asar, kami sekeluarga melawat anak sepupu (belah mak
) di hospital.

Waktu itu, negeri kami sedang dalam musim tengkujuh, kebetulan rumah sepupu aku agak rendah dan air bertakung bila hujan lebat. beberapa hari hujan turun tidak berhenti, air akhirnya naik hingga ke paras lutut orang dewasa. sedang sepupu aku tengah masak2 di dapur, anak2 leka bermain2..dan anak yang bongsu baru berumur 6 bulan..yang baru belajar merangkak...


syukur kakaknnya pulang dari sekolah terus bertanya sepupu aku-mana adik? then baru semuanya sedar adiknya yang bongsu tiada di ruang tamu. tindakan pantas si kakak turun ke laman rumah berjaya menyelamatkan si adik. si kakak yang baru berusia 10 tahun akhirnya menjumpai adiknya yang sudah lemas-terapung tidak bermaya di dalam air-ibunya kelu seribu bahasa-panik dan cemas. syukur juga dalam kepanikan si ibu sempat menyuruh anak2nya yang lain segera memanggil jiran datang membantu..

Suasana panik seketika bila si bayi biru tidak bermaya-tiada tangisan dan mata tertutup rapat..Si ibu dalam tangisan berulang-ulang kali melafazkan.."anak aku masih hidup..anak aku masih hidup.."

Setelah jiran datang..beliau kemudiannya memegang kaki bayi tersebut, menonggengkan dan menepuk-nepuk belakang baby tue..beberapa kali kemudian dengan izin Allah, akhirnya bayi itu bersuara..menangis...sebaik terdengar suara si anak- si ibu lalu jatuh terjelepuk- terduduk dan syukur kerana umur anaknya masih lagi panjang..setelah beberapa ketika- bayi tersebut kemudiannya di hantar ke hospita dan di tahan di wad selama beberapa hari. Alhamdulillah..happy ending.


Namun berbeza dengan kisah ini, sepupu aku belah ayah..

Aku mmg dr kecil rapat dengan anak2 sepupu, mungkin sbb peel aku yg suka pd kanak2 dan kesemuanya mmg rapat dengan aku..sepupu aku (Kak Ya) tinggal dengan makcik aku masa mula2 berkahwin..kak ya melahirkan anak pertama semasa aku darjah 6, Amirul Syafiq...rumah mereka cuma beberapa meter dr rumah aku dan aku mmg selalu ke rumah makcik aku utk bermain2 dgn anak sepupu aku tue. derang mmg suka ngn aku..hehe..suka melayan kot..

Anak kedua Syafiqah dan anak ketiga adalah Syuhada..(aku yg pilih nama nie..hehe)..setelah dapat anak ke 3 mereka berpindah dah tak duduk dekat umah kami lagi dah, dan kebetulan aku pn dah masuk asrama so anak2 kak ya selepas Syuhada, iaitu Syahira dan Syahrir tak berapa rapat sangat ngan aku..jarang bertemu, biasalah..

Masa aku kat UTM, aku dikhabarkan Amir Syahrir menghidap penyakit kanser usus..masa cuti semester aku sempat melawat Amir sekali di hospital..kak ya yang berisi dah berubah menjadi kurus sejak anaknya sakit..perasaan seorang ibu melihat anak terlantar sakit...hanya Allah yang tahu..

Ketika melawat Amir, waktu mula2 smpai, dia sedang tidur krn sudah di bius..tubuh kecilnya bertambah kecil, kurus cuma perut je yg nampak buncit. rambut2 dan bulu sudah gugur, kulitnya berwarna hitam, mungkin efek dari ubat-ubatan, maaf aku tak arif..perasaan aku melihat Amir, sayu tidak terluah..sedih aku melihat dia terbaring tidak bermaya..dan perasaan aku bertambah sedih dan sebak apabila Amir tejaga dari tidurnya (mungkin kesan ubat sudah hilang)...sebaik sahaja terjaga dia terus menangis.."mak..sakit...sakit.." Ya Allah, perasaan aku waktu itu, sebak yang amat2, di situ juga aku menangis..sayu hati melihat si kecil menanggung kesakitan, tak lama aku di situ-aku tak mampu menahan sebak lalu segera meminta diri..

Selepas melawatnya di hospital, beberapa bulan berikutnya, dia di izinkan oleh doktor untuk pulang..mmg dia tidak bermaya, tiada kudrat tiada upaya..tapi perasaan seorang kanak2 ingin bermain2 dengan abang2 dan kakak2 serta sepupu2 tetap ada. aku ada di situ semasa mereka sedang bermain2..mungkin kerana dia sakit, perasaannya mudah sangat sensitif..namun waktu itu aku melihat dia begitu gembira, paling gembira pernah aku lihat sejak dia jatuh sakit. Aku mmg tak rapat dengan dia namun hari itu sambil tersenyum2 dia datang duduk di atas riba aku..dan itulah pertama kali dan terakhir kali aku meribanya..

Setelah beberapa minggu pulang ke asrama, aku akhirnya di khabarkan berita yang sedih..Amir Syahrir yang berusia 4 tahun sudah meninggal kerana penyakit kanser usus..Innalillah...datangnya suci, perginya suci tnpa sebarang dosa, Tuhan lebih menyayanginya...


Penutup.

Kita hadir ke dunia ini cuma untuk sementara. Dunia ini cuma persinggahan untuk kita mengumpul hasil mencari bekal untuk hari mendatang- bekalan untuk kehidupan yang lebih kekal abadi iaitu di akhirat sana.

Dunia adalah ladang untuk kita bercucuk tanam dan akhirat adalah masa untuk kita menuai segala hasil tanaman kita. jika baik usaha kita maka baiklah hasilnya namun jika buruk perbuatan kita maka itu jugalah hasil yang kita kutip di akhirat sana.

Setiap yang hidup pasti akan mati. Tiada yang kekal kecuali Dia. tiada siapa pun yang tahu bila masanya izrail akan datang menjemput. mungkin hari ini, mungkin esok...dan adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi kematian?

Adakah aku sudah bersedia? adakah segala dosa aku sudah terampun? adakah bekalan pahala untukku sudah mencukupi? timbangan yang mana lebih berat kelak? yang baik atau yang buruk? bagaimana keadaan aku ketika meniti titian siratul mustakim? bagaimana keadaan aku ketika di alam kubur? aku tahu waktu itu pasti akan datang tapi kenapa aku masih lagi tidak menyerah sepenuh jiwa dan ragaku kepada Allah? kenapa aku masih leka dan lalai? kenapa aku masih begini?

Ya Allah, ampunkanlah dosa2 ku, dosa kedua ibubapaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihi aku sewaktu aku masih kecil.

Ya Allah, jauhkanlah aku dari segala kemaksiatan, kecelakaan dan kemusnahan..lindungilah aku ya Allah..kasihanilah aku..peliharailah aku..janganlah Kau serahkan diriku sepenuhnya kepada ku, Kau bimbinglah aku, tunjukkanlah aku jalan yang benar,berikan aku kekuatan untuk mengabdikan diriku dan jiwaku hanya untukMu..aku benar2 insan yang lemah..tabahkanlah hatiku Tuhan..

Nayid keinsafan..semoga menghayati.



No comments: