+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Friday, November 21, 2014

Datang dan Kembali

Bismillahirrahmanirrahim.. 

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Aku bersaksi, tiada Tuhan disembah melainkan ALlah. Aku bersaksi, Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.


Assalamualaikum wbt.. Apa khabar semuanya? Apa khabar jasad kita? Sihat-sihat kah? Apa khabar akal kita? Baik-baik kah? Apa khabar iman kita? Selamat-selamat kah? Maha suci Allah, alhamdulillah kerana hingga ke saat ini, kita masih lagi bernafas, kita masih lagi diberi keizinan oleh-Nya untuk terus hidup. Mudah-mudahan, dengan peluang yang ada ini, dapatlah kita manfaatkan untuk perbaiki diri, perbaiki amalan kita, perteguhkan lagi iman kita. InsyaAllah.

Sahabat yang saya rindui..

Lama sungguh saya tidak bersuara - bisu -  di sini. Seiring dengan peredaran masa, pertambahan usia, bertambah pula peranan dan tanggunjawab, ruangan waktu untuk blog ini terpaksa saya sempitkan. Maafkan saya! Pun begitu, saya sangat terharu dan sangat menghargai pengunjung blog ini, yang walaupun sudah berbulan lamanya tiada sebarang entri baru - namun masih ada yang sudi mengunjungi. Bahkan, purata dalam sehari blog ini di -view juga sentiasa memberangsangkan. MasyaAllah. Malu saya dibuatnya... Terasa sangat rendah diri, kerdil. Terasa sangat tidak bermanfaat, tidak menyumbang apa-apa. Sekali lagi maafkan saya.




Benarlah;

Hargai waktu lapang sebelum datang waktu sempit. Apabila sudah kesempitan waktu - banyak yang tak mampu kita lakukan walaupun hati meronta-ronta ingin melakukannya. Apapun, terima kasih sekali lagi atas sokongan dan dokongan semua. Doakan saya, moga kaki saya terus kuat untuk melangkah. Doakan saya, moga walau apa jua dugaan dan rintangan yang mendatangi saya - semoga saya sentiasa dalam naungan kasih dan limpah rahmat Ilahi, semoga saya berjaya merentasinya dengan iman.

Sahabat yang saya rindui...

Air ada pasang surutnya. Begitu juga kehidupan kita ini, pastinya tidak akan lepas dari ujian dan dugaan.

Tiada bumi yang tak pernah ditimpa hujan. Tiada pipi yang tak pernah dibasahi air mata. Masalah dan ujian itu adalah lumrah kehidupan. Andai kita ditimpa musibah, jangan lupa, ada insan lain yang lagi berat musibahnya. Andai kita kehilangan insan yang kita sayang, jangan lupa, ramai lagi insan lain yang hidup sebatang kara - tanpa sesiapa di sisi. Bahkan, Nabi Muhammad saw juga dilahirkan sebagai anak yatim - dan seorang demi seorang insan yang dikasihinya juga pergi meninggalkannya. Bukankah, hidup ini hanya sementara. Mati itu pasti? Andai hari ini kita ditinggalkan, ingatlah juga, esok atau lusa, kita juga akan meninggalkan. Tiada yang kekal abadi melainkan Allah swt.

Sebagai Muslim yang percaya akan adanya hari akhirat. Yang percaya bahawa setiap kebaikan dan kejahatan akan dibalas.. Saya mengingatkan diri sendiri dan mengajak sahabat yang saya kasihi agar sentiasa bersiap siaga untuk menghadapi mati. 

Semoga sentiasa dalam petunjuk dan hidayah Allah. Andai kita tersesat - moga Allah segera temukan kita jalan kembali. Andai kita berdosa - moga Allah sedarkan kita untuk segera bertaubat dan moga mendapat keampunanNya. Andai ditakdirkan kita mati - semoga kita adalah jiwa yang kembali ke hadratNya dalam keadaan yang tenang.

Sebelum berundur diri, mohon ampun maaf atas segala salah dan silap saya. Ingat saya dalam doa kalian.. Andai didunia ini kita tidak bertemu, moga disyurga nanti.

No comments: