Dulu, suatu masa dahulu, Ashraf sangat suka melukis. Dia seorang yang kidal. Pantang bertemu pensel dan kertas, ada-ada sahaja gambar yang dilukisnya. Saya menyangka bahawa melukis adalah hobi Ashraf , dan sungguh, Ashraf sangat berbakat.
Namun, segalanya berubah apabila Ashraf diperkenalkan dengan pelbagai gadget. Ashraf tidak lagi selalu melukis seperti dahulu. Masanya banyak dihabiskan untuk bermain game dan menonton video game di Youtube. Jika bukan menggunakan tab, dia guna smartphone. Jika bukan smartphone, dia guna laptop. Jika bukan semuanya, sekarang ada lagi i-pad mini. Allah...
Mungkin saya berfikir terkebelakang, namun, saya berpendapat, pendedahan gadget yang melampau sangat tidak bagus untuk proses tumbesaran kanak-kanak. Ketika sebaya dengan Ashraf, saya dan sahabat sepermainan banyak meneroka alam sekitar. Mandi sungai, tangkap ikan di sawah. Kami juga banyak melakukan aktiviti fizikal seperti bermain lompat getah, polis and thief, selipar kaki tiga dan macam-macam lagi. Pendek kata, jalan hidup yang kami lalui jauh berbeza.
Pelbagai kajian telah dibuat bagi mengkaji kesan buruk gadjet terhadap penggunanya. Dan ternyata, ia bukan sedikit. Kebanyakan ibu dan bapa juga tahu mengenainya, namun, mengapa anak-anak masih lagi dibiarkan terdedah dengan gadget secara melampau? Tidakkah mereka memikirkan kebaikan dan keburukan untuk jangka masa panjang?
Wallahualam. Apapun. Jangan jadi ibu bapa yang pelik, bekerja kuat untuk membeli 'barang mainan' kepada anak-anak tapi tidak ada masa untuk bermain dengan mereka.
Setiap apa pun, jika digunakan secara berlebihan dan tidak dipantau, pastinya mendatangkan kemudaratan.Sebelum terlambat, ubahlah segera. Anak-anak adalah harta yang sangat ternilai, janganlah kita mensia-siakan mereka. Bukankah nanti, apabila matinya anak adam, semuanya akan terputus kecuali, amal jariah, ilmu bermanfaat dan anak-anak soleh. Semoga diberikan petunjuk dan hidayah dari Nya.
5 comments:
Setuju Kak.. memang inilah yang banyak berlaku saat ini. Tidak terkecuali untuk Fawwaz (Anak sulung Ijja)
Huhu, kena bawa dia selalu ke taman atau tempat lain untuk lupakan dia tentang gajet.
Lagi-lagi budak lelaki kan.. Mmg suka gadget macam ada magnet...
Post a Comment