+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Monday, March 3, 2014

1 Day 1 Juz Tak Masuk Akal


 




Has ada sebuah kereta Ferrari. Expert memandu. Keretanya itu pulak sekali tekan pedal minyak selamba aje memecut 200 km/hr. Has juga dah ada banyak pengalaman memandu. Berlumba pun dia dah banyak kali menang. Kira memang dia ini seorang yang hebatlah!

Tapi Has ni lama-kelamaan dia jadi malas membawa kereta. Dah bosan. Dah tak ada semangat dah. Kadang-kadang saja dia memandu. Banyak jalan dia tak tahu selok beloknya.. Banyak benda dia dah lupa. Kemahirannya sudah menjadi tumpul.


Niza pula ada sebuah kereta Kancil. Dia baru saja mendapat lesen P. Perlahan saja memandu. Keretanya pun, paling laju boleh pecut hanya selaju 100km/hr. Niza juga tidak pernah masuk pertandingan lumba kereta, dan kalau masuk pun gerenti kalah.


Tapi Niza ni bersungguh-sungguh. Walaupun perlahan dia selalu memandu. Banyak tempat dia pergi. Banyak jalan dia tahu. Mana lubang, mana selekoh, mana bonggol semualah dia tahu.


Pada suatu hari..


Has dengan Niza berlumba. Has dengan Ferrarinya, Niza dengan Kancilnya.. Dan akhirnya, Niza menang pertandingan. Ngehehe.. Apa rahsianya?



Kuncinya. Istiqamah. Macam mudah tapi tak senang. Namun tak mustahil.



Ini yang saya belajar dari ODOJ, Alhamdulillah. Baca Al Quran.  Walaupun terror mengaji tapi kejap baca kejap tak baca, lama-kelamaan kita boleh jadi tergagap-gagap semula. Dibandingkan dengan orang yang baca Quran tak fasih, tapi setiap hari amalkan sekurangnya satu juz, insyaAllah lama kelamaan bacaanya jadi lancar dan mampu khatam lebih cepat.



One day, one juzuk insyaAllah boleh!



No comments: