+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Saturday, November 22, 2014

Kita Nak Ke Mana, Nak Ikut Siapa?

Maaflah.

Lama tidak menulis, terasa kekok sungguh. Janggal. Terasing di ruangan sendiri. Kalau dulu, dalam 30 minit saya boleh siapkan satu entri blog, sekarang ini, MasyaAllah! Susah sungguh. Ilham tidak mahu datang. Idea tiada. Mahu menyusun perkataan menjadi satu ayat pun terasa payah. Benar kata orang tua, pedang yang tajam - kalau lama disimpan akan berkarat - boleh jadi tumpul! 

Sahih! 

Apapun.

Jatuh, bangkit semula. 

Selagi belum mati, jangan berhenti melangkah. Iya tak? Selagi belum mati, jangan mudah mengalah. Selagi belum mati, mencubalah untuk menjadi hamba ALlah yang baik.  Yang bermanfaat kepada insan lain. Mudah-mudahan. Allah izinkan. Sekurang-kurangnya, saya menyampaikan, walau hanya satu ayat cuma yang saya mampu. Sharing is caring is loving. Tak gitu? 

Allah swt telah berfirman dalam Surah Al-Imran;

A031

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (A-li'Imraan 3:31)

Dan sesungguhnya, pada diri Nabi Muhammad saw itu adalah suatu contoh, suri teladan yang baik. Jika mahu jadi orang yang berjaya, ikutlah Nabi. Jika mahu jadi orang yang bahagia, ikutlah Nabi. Jika mahu jadi orang yang dikasihi dirindui, ikutlah Nabi. Jika mahu masuk syurga, ikutlah Nabi Muhammad saw. Siapa taknak masuk syurga, kan? Tapi, bila ditanya, siapa yang benar-benar ikut Nabi saw? Agak-agaknya, tak apa, kita tanya diri sendiri - kita jawab sendiri - benarkah kita betul-betul ikut Nabi? 

Saya? Malu nak jawab.. T___T

Tak kenal, maka tak cinta. Jika tak kenal juga, bagaimana mungkin kita mampu mengikuti atau mencontohi baginda Nabi saw?

Selawat dan salam buat Nabi junjungan. 

Sesungguhnya Nabi Muhammad saw adalah insan mulia, jauh bezanya kita (baca:saya) dengannya. Saya ini, ada banyak perkara yang perlu diperbaiki. Saya ini, ada banyak dosa yang belum tentu sudah terampun. Saya ini, ada banyak kekurangan yang belum terbaiki. Saya ini, jika saat ini Allah panggil - belum tentu layak masuk syurganya. 

Tapi, saya juga tak sanggup ke neraka. Dan kerana itu, saya perlu usaha lebih gigih lagi. Mengumpul bekalan sebanyak yang saya mampu. Dan, antara syarat, semua usaha saya itu diterima adalah dengan mengikut cara yang telah dilakukan oleh baginda Nabi saw... Saya juga perlu berusaha untuk ikut cara Nabi saw. Sunnahnya, amalannya, ibadahnya, sabdanya.. Semuanya...

Mampukah saya? Apakah saya ada pilihan untuk jawab tak mahu ikut Nabi sedangkan saya mahu masuk syurga? Adakah jalan 'short-cut'- taknak susah payah seperti apa yang telah Nabi saw lalui - tapi nakkkk juga masuk syurga? Ada ke? Boleh tak saya buat apa yang Nabi larang, tak buat apa yang Nabi suruh, tapi ada hati nak masuk syurga? Boleh ke?

Tak ada jalan pintas. Tak ada yang mudah. Syurga itu indahhhh yang amat sangatttt... Nak masuk tandas - sekarang ni pun kena bayar - takkan lah nak masuk syurga yang indahhhhh yang amat sangattttt tu kita nak free-free? Muhasabah untuk diri saya sendiri. Yang mudah lupa.

Belajar lagi tak boleh jemu.

  Tambah ilmu lagi dan lagi.

     Tak boleh cepat berputus asa. 

         Tak boleh malas-malas.

             Dan seterusnya, berkongsi..
                     InsyaAllah..


Allah swt berfirman lagi,

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)"  ....



Benar, ilmu saya memang tak banyak. Contengan saya juga mungkin bebelan kosong. Namun selagi ada upaya, saya akan terus mencuba. Lagi. Dan lagi.. Moga, kalau nanti saya terlupa, catitan di sini mampu mengingatkan saya - agar jangan lupa!





"Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, supaya kamu diberi rahmat."