+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Sunday, February 9, 2014

Cheesekut yang Termudah Di Abad Ini

Anggaran kos adalah RM 15 =)



Bismillahirrohmanirrohim.. Assalamualaikum wbt.. Apa khabar sahabat? Semoga masih lagi di bawah naungan kasih limpah rahmat Ilahi. Walau di mana jua kalian berada, moga Allah sentiasa melindungi.

Sebenarnya, ini kali pertama saya mencuba buat cheesekut. Bukan saja buat sendiri - makan dan rasa pun tak pernah. Apapun, alhamdulillah. Setelah berkongsi resipi dari rakan sekerja - yang mungkin dia ambil dari laman web - akhirnya, menjadi juga cheesekut saya.

Pada saya, saya buat cheesekut ni pun pertama, kaedahnya sangat mudah. Dan kedua, kos untuk membuatnya pula tidaklah mahal. Bahan yang diperlukan juga tidak banyak. Simple yang sangat simple.

Bahan-bahan yang diperlukan dan anggaran kos adalah seperti berikut:
250g cheese cream -  RM7
Biskut cracker HupSeng - RM4
Susu Kotak kecik Full Cream Dutch Lady - RM2
Susu Pekat Manis - RM3

Cara nak buat:

Mula-mula, pukul cheesecream sehingga kembang dengan menggunakan mixer. Sebab saya tak ada mixer, saya guna blender je. Oleh kerana cheesecream ni pekat likat, saya masukkan kira2 3 sudu susu kotak tadi. Sambil-sambil tu, saya masukkan susu pekat. Kalau nak manis letak setengah tin, tapi saya letak kira-kira 5 sudu saja. Kurangkan manis dalam makanan, kan.. Boleh masukkan susu sikit-sikit dan rasa terlebih dahulu takut terlebih manis. Blend. Agak-agak warnanya nampak macam jadi putih, dah kembanglah tu.

Sediakan bekas yang bersesuaian. Celup biskut cracker ke dalam susu kotak kemudian aturkan di dalam bekas. Celup kejap je tak perlu rendam. Seterusnya masukkan cheesecream yang dah dipukul kembang tadi, ratakan nipis di atas biskut. Kemudian masukkan biskut dan seterusnya cheese bergilir-gilir biar jadi berlapis-lapis. Sambil masukkan cheese dan biskut tadi tu, tekan biskut supaya ia jadi padat dan tak ada ruang udara.

Pastikan lapisan yang paling atas adalah cheesecream. Bila dah selesai masukkan semua biskut (ikut naluri sendiri nak letak banyak mana). Untuk hiasan tambahan boleh tabur milo, atau apa-apa yang berkenan di hati. Masukkan ke dalam peti sejuk dan tunggu sehingga ia keras. Selamat mencuba ya! =)

Plan saya seterusnya nak gantikan biskut cracker tu dengan biskut Oreo.



No comments: