+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Monday, September 16, 2013

Tips Elak Diganggu Lelaki Buaya



Tanpa sebarang keperluan yang mendesak, Islam menuntut agar para muslimah meluangkan masa di rumah. Tidak keluar rumah jika tanpa mahram atau tanpa teman atau sekadar kerana suka-suka. Namun. Kadang-kadang, tidak dapat tidak, keadaan tetap memaksa kita keluar rumah sendirian tanpa teman. Pun begitu, ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi.


Bagi seorang perempuan terutamanya anak gadis. Adalah suatu yang merimaskan, apabila kita diganggu oleh orang lelaki ketika sedang bersendirian. Samada dengan usikan nakal, bersiul, jelingan mata dan sebagainya, bagi muslimah yang ingin menjaga diri, perkara sebegitu pastinya ingin dielakkan.


Baik, bagaimana caranya untuk mengelakkan diri kita terus diganggu oleh lelaki-lelaki gatal di luar sana? Sebaik-baiknya adalah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh syariat Islam. Kali ini, suka saya berkongsi sedikit sebanyak tips yang boleh kita guna pakai..  Moga bermanfaat, InsyaAllah..

Thursday, September 5, 2013

Minyak Naik Harga, Kita Naik Minyak. Kenapa?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt..

Apa khabar sahabat? Semoga sentiasa di bawah naungan kasih, limpah rahmat Ilahi. 

Senyum pahit, ya, baru-baru ini, kerajaan kita mengumumkan kenaikan harga minyak. Tersenyum, terasa kelat. Beginilah kehidupan, ada-ada sahaja ujian dan pancaroba. Bersabarlah duhai hati. Bertabahlah!

Alhamdulillah. Saya graduan Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli. Cewwahh.. Kiranya, saya tahu, sumber asli seperti minyak suatu hari nanti akan habis, atau, setidak-tidaknya pasti berkurang.

Kenaikan harga minyak adalah suatu yang bukan mustahil. Ia pasti terjadi namun persoalannya, kenapa sekarang? Kenapa tidak sekurang-kurangnya setahun sebelum pilihanraya?

Jika sekarang harganya begini, bagaimana pula 5 tahun akan datang, atau 10 tahun kemudian dan bayangkan, berapa harga minyak yang terpaksa dibayar oleh anak cucu kita?


Wednesday, July 24, 2013

Ya Rasulullah, Kami Rindu Padamu.

"Selangkah ku dekat padaMu. Seribu langkah Kau rapat padaku."

Ayahanda saya kembali ke rahmatullah, beberapa minggu sebelum Ramadhan. 4 September, tahun 2006.

Aturan Allah swt itulah yang terindah. Waktu itu, saya baru tamat pengajian di Universiti. Maka, kesempatan itu saya guna untuk menemani emak saya di kampung. Sepenuh masa di rumah. Tanpa sebarang komitmen.

Seingat saya, ketika arwah ayah meninggal. Kira-kira dua atau tiga hari saja saya mengalirkan air mata di hadapan khalayak ramai. Selain itu, saya hanya menangis ketika di dalam bilik air, sewaktu atau selepas solat dan baca Al Quran.

Seumur hidup saya. Ramadhan itu adalah kali pertama dan terakhir (teruknya aku!) saya sempat khatam Quran dalam tempoh sebulan Ramadhan.

Baca. Sekadar baca. Sebelum itu juga pernah beberapa kali khatam Quran, tapi sekadar baca. Apa intipati, kandungan di dalam Al Quran, saya tidak tahu. Maka, walaupun beberapa kali khatam Quran, saya tetap tidak mengenal Allah, saya tetap jauh denganNya. Dosa pahala masih dipandang enteng.

Namun benarlah. Aturan Allah itulah yang terindah.

Tahun 2007. Seorang sahabat mengetuk akal saya. Tentang peri pentingnya memahami Al Quran. Bermula dari situ, saya mula belajar untuk lebih mendalami Islam. Lucu. Di lahirkan dalam Islam, tapi, pengetahuan tentang Islam sangat cetek. Bahkan, maksud surah Fatihah yang dibaca berulang kali di dalam solat juga saya tidak tahu. Cetek ilmu saya.

Selangkah ku dekat padaMu. Seribu langkah Kau dekat padaku.

Dalam usaha mencari dan mendalami ilmu. Saya bertemu dengan iluvislam.com. Alhamdulillah. Ruang untuk saya berukhwah dengan saudara seagama yang lebih baik terbuka luas. Saya berubah hampir 180 darjah. Sudah sampai masanya saya berhijrah.

Sebagai salah seorang tenaga kerja iluvislam.com, saya dihantar untuk menghadiri latihan ESQ. Alhamdulillah. Bertambah kecintaan saya kepada Allah dan Rasulullah. Ketika latihan ESQ, tahun 2009, saya akhirnya membeli sebuah tafsir Quran. Allah yang menggerakkan hati.

Sejak itu, saya mula membaca Quran berserta dengan tafsirnya. Pertama kali dalam hidup saya, saya baca Quran dan memahami maknanya. Hampir dua tahun lamanya, barulah saya khatam. Biar lambat, tak perlu tergesa-gesa, yang penting, apa yang saya baca melekat dalam ingatan saya. Apa yang saya baca, saya cuba amalkan.

Kerana tahu makna Al Quran jugalah. Saya tahu bagaimana keadaan hari akhirat. Saya tahu bagaimana keadaan di neraka. Saya tahu bagaimana nasib orang yang dicampakkan neraka. Saya takut! Tak apalah tak masuk syurga, tapi saya tak mahu masuk neraka! Kerana Al Quran, saya takut neraka.

Kerana Al Quran, saya berusaha untuk jadi insan yang lebih baik. Walaupun saya tidak sempurna, walaupun saya cenderung untuk melakukan kesilapan, namun, seupaya saya ikhtiar untuk menyelamatkan diri dari azab neraka.

Dengan membaca Al Quran, saya rasa bagai sedang 'berbicara dengan Allah'. Baca ayat ke ayat, dari Surah ke Surah, seolah-olah Al Quran itu ditujukan khas buat kita. Seolah-olah mengetahui isi hati kita. Apa yang sedang saya rasakan.

Pendosa yang banyak melakukan dosa. Pelupa yang sering melupakan. Juga jarang bersyukur.

Lalu, saya secara peribadi mengiktiraf al Quran sebagai warkah cinta dari Ilahi.. Istimewa untuk saya, dan seluruh alam.

Tahun 2011. Dengan izin Allah swt. Akhirnya, saya menjejakkan kaki ke Gua Hira'. Tempat di mana Rasululah saw menerima wahyunya yang pertama.

Allahummasolliala saiyyidina Muhammad. Waalaa alisayyidina Muhammad. Tak pernah ku tatap wajah mu. Ya rasululllah ya habiballah. Ku rindu padamu.

Saturday, July 13, 2013

Air Hujan Di Lurah yang Paling Rendah

Alhamdulillah. Saya kenal dia ketika dia di tahun satu pengajiannya sedangkan saya seorang jurutera. Namun, banyak yang saya belajar dari dia.

 Kak, keluar rumah nanti jangan lupa baca ayat Kursi. Ketika saya bertandang ke asramanya pula, saya sering lihat dia melakukan solat sunat Dhuha. Saya lihat Qurannya berwarna-warni.

 Kak, solat sunat sebelum Subuh besar ganjarannya, rugi kalau tak buat. Melihat tudung yang saya pakai nipis barangkali, dia hadiahkan saya tudung kecil untuk dipakai di bahagian dalam. Begitulah antara sebahagian yang saya belajar dari dia. Alhamdulillah melekat sampai sekarang dan seterusnya insyaAllah.

Usia atau pangkat bukan penghalang untuk kita berguru. Air hujan tak bertakung pada puncak gunung yang tinggi tapi pada lurah yang paling rendah. Ilmu tak masuk ke dalam jiwa mereka yang sombong dan bongkak. Kadang-kadang sesuatu perkara itu kelihatan remeh, namun sekiranya kita istiqamah, insyaAllah besar manfaatnya buat kita sendiri.

Beramal juga memerlukan ilmu. Sebelum menjadikan sesuatu perkara itu sebagai amalan, jujurnya, saya mengkaji dahulu. Rujuk Quran atau hadis etc.. Mana yang saya rasa baik, saya pegang kemas. Jadikan amalan, biarpun asalnya saya belajar dari seorang yang jauh lebih muda. Tabaarakallahufiikum.. Terima kasih you know who you are.

 Kata dia juga, Biasanya bila bangun solat Tahajud, insyaAllah satu hari tu memang mudah nak buat ibadah, wajib ke sunat ke.. Ada betulnya, kerap juga saya terlepas tahajud, solat sunat dhuha pun bungkus sekali tak buat. Heeeee...

Besar manfaat solat sunat tahajjud. Sangat sesuai untuk dijadikan amalan. Sempena kita di bulan Ramadhan, bulan tarbiyah penuh berkah ini, kepada mereka yang mungkin tak biasa tunaikan solat sunat tahajjud, boleh mula dari sekarang. Sebelum bersahur, ambil wudhuk dan solatlah, dua rakaat sahaja tak lama..

Mungkin mulanya sukar insyaAllah apabila selalu dijadikan amalan, rasa nak nangis bila terlepas. Kerana kita tahu dan rasa apa ganjrannya untuk kita.. Bukankah kita akui, solat itu lebih baik daripada tidur?

Selain solat sunat tahajjud dan solat sunat dhuha, solat sunat witir juga adalah solat sunat yang sangat dituntut. Saya contohi Abu Bakar As Siddiq. Solat witir sebelum tidur. Selepas itu terus tanamkan niat dan tekad untuk bangun awal untuk solat tahajjud. Lalu tidur segera. InsyaAllah, jika kita bersungguh-sung guh mahu tahajjud kita akan terjaga. Dan jika pun tidak terjaga, Allah catitkan pahala untuk kita. InsyaAllah.

Dunia hanya taman permainan tempat bergurau senda. Itu firman Allah swt. Jika pun kita sakit atau terluka atau menderita.. Ingatlah, dunia hanya taman bergurau senda. Akhirat itulah negeri yang abadi. Masalah akan datang dan tetap datang. Apakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga tanpa diuji?? Hadapilah setiap apa pun jua dengan keyakinan yang sepenuhnya bahawa semuanya datang dari Allah swt.

Masalah akan ada di situ. Namun, sekiranya keyakinan kita dan kebergantungan kita hanya pada Allah, semuanya akan dirasakan ringan. Bukan masalah kita besar tapi Allah lagi besar. Allahuakbar! Bagaimana mahu merasakan semua itu? Jagalah hubungan kita dengan Allah. Banyakkan 'bercakap' dengan Dia. Berdoalah.

Lakukan yang wajib, juga yang sunat. Jika kamu mencintai Allah swt maka ikutlah Muhammad saw. Moga dicintai Allah. Amin.. Ya Rabbal Alamin

Friday, July 12, 2013

Kisah Kebijaksanaan Sang Pemikir

Beberapa hari kebelakangan ini menonton tv al hijrah mengenai kisah Nabi Allah Ibrahim a.s.

Saya kagum dengan hujah dan kebijaksanaannya. Berhadapan dengan Namrud dan kaumnya. Beliau seorang pemuda yang banyak berfikir. Tentang sembahannya. Bulan. Bintang. Matahari. Kemudian terbit keyakinannya kepada Tuhan yang kekal dan tidak pernah lenyap atau hilang.

Dialog- dialog Nabi Ibrahim tercatit di dalam Al Quran. Antaranya, dialog ketika dia mempersoalkan bulan, bintang dan matahari yang disembah. Dialog sebelum dan selepas dia memusnahkan berhala-berhala kemudiannya meletakkan kapak pada berhala yang paling besar. Dan lain-lain, semuanya indah, padu, dan penuh kebijaksanaan.

Pagi ini dalam rancangan Kalamullah.. Ayat al Quran yang dibaca juga seputar dialog Nabi Allah Ibrahim.

Tuhanku adalah Tuhan yang menghidupkan dan mematikan, kata Nabi Ibrahim.

Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan, kata Namrud.

 Tuhanku menerbitkan matahari dari Timur, maka, terbitkanlah ia dari barat, kata Ibrahim pula.

Lalu tercenganglah musuh2 Allah.

Begitu antara hujah Nabi Ibrahim. Penuh 'helah' dan menuntut pemikiran yang sangat dalam. Sama seperti ketika mana dia meletakkan kapak di tangan berhala yang paling besar, kemudian berkata, berhala itulah yang memusnahkan berhala-berhala lain. Ini bukan sebuah pembohongan namun jelas sebuah rancangan rapi untuk mengetuk minda mereka2 yang mahu berfikir.

Begitulah hebatnya pengaruh dan kesan pemikiran seorang pemuda. Ayuh! Moga kita dapat menjadikannya sebagai idola dalam memandu cara kita berfikir yang seterusnya mendekatkan lagi kita ini kepada Allah taala.

 Kamasollaita'ala ibrahim, wa 'alaa aaliibrahim.. Doamu kami sahut, kota Mekah kami jejaki. Hingga kini, rindu tak pernah padam. 

Thursday, July 11, 2013

Usah Gemar Pandang Kanan Pandang Kiri - Bersyukurlah

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt.. Apa khabar sahabat yang dikasihi Allah? Semoga semuanya bahagia di bawah naungan kasih, limpah rahmat Ilahi.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana tahun ini, alhamdulillah kita sempat jua bertemu dengan Ramadhan yang dirindui yang dinanti-nanti. Ahlan wasahlan. Marhaban ya Ramadhan..

Hari ini, hari kedua. Esok belum tentu kita hidup.. Apatah lagi Ramadhan tahun hadapan belum tentu kita dapat bertemu dengannya.. Apapun, apa yang kita miliK.O. hari ini, janganlah kita sia-siakan.. Sebelum terlambat, manfaatkanlah seyiap inci ruang dan peluang yang Allah berikan ini dengan sebaik yang mungkin. Mudah-mudahan, berkay bulan Ramadhan yang mulia ini, kita dapat perbaiki diri menjadi muslim dan mukmin yang lebih baik. insyaAllah...

Sahabat yang dikasihi Allah...

Sedarkah kita bahawa dunia ini hanyalah tempat persinggahan yang sementara? Sedarkah kita bahawa kita di sini hanyalah seorang musafir yang dikurniakan oleh Allah taala akal dan nafsu, kekuatan dan kelebihan diri yang berbeza-beza. Perjalanan hidup dan rintangan yang dilalui sepanjang menuju negeri abadi adalah berbeza-beza. Allah dalam firmanNya - Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannnya - maka, setiap kali ditimpa ujian dan musibah, terima dan redhalah atas segalanya. Percaya bahawa semuanya dari Allah dan kita mampu memikulnya.

Bukan semua yang kita mahu. Yang kita idamkan. Akan kita miliki. Akan jadi kenyataan. Allah beri kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan Allah juga boleh mengambilnya semula. Di dunia ini tiada apa pun milik kita. Semua milik Allah. Malah. Hidup dan mati kita juga milik Allah.

Kadang-kadang, kita rasa hidup kita susah. Miskin. Tak punya banyak wang. Kesempitan. Serba payah serba susah. Berpakaian lusuh. Lalu kita lihat orang yang lebih kaya. Kita cemburu dengan baju yang dia pakal mahal dan bergaya. Kita cemburu dengan kekayaan yang dia miliki. Lalu hati kita berbisik.. Alangkah baiknya andai aku ditempat dia..

Tanpa kita sedari.. Kita sebenarnya menafikan takdir yang Allah telah tetapkan untuk kita. Kita tidak syukuri anugerah dan kurniaan Ilahi pada kita.

Dan mungkin kita tidak tahu.

Orang yang kaya itu juga ada masalahnya terrsendiri. Punya kasut cantik dan mahal taoi kaki lumpuh tak mampu berdiri. Rumah besar dan mewah tapi kosong dan sepi tanoa gurau senda ahli keluarga. Wang banyak berbilion tapi hati sering dalam ketakutan tidak tenteram..

Semua orang ada masalah masing2, sesuai dengan kesanggupannya. Maka. Jangan mudah merasa kalah. Jangan mengalah. Setiap ujian yang datang hadapilah dengan yakin bahawa Allah tak pernah zalim. Bahkan Dia sangat mengasihi. RahmatNya sangat luas. Setiap apa pun jua, pasti ada hikmah yang tersembunyi.

Ramadhan datang dan tiba masa akan pergi.

Moga. Bertambah keimanan dan ketakwaan kita. Banyak perkara yang boleh kita 'pelajari' dan kutip ibrah sepanjang bulan rahmat ini.. Rugilah jika kita mensia-siakannya...

Sahabat yang dikasihi Allah. saya mahu mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat menyambut bukan Ramadhan Al Mubarak, selamat perbanyakkan ibadah, selamat mengumpul pahala dan bekalan menuju destinasi kita yang terakhir. Akhir kata. Mohon ampun maaf atas segala salah dan silap saya selama ini.

Tabarakallahufiikum.

Sunday, May 19, 2013

Jangan Rapat-Rapat Naaa....



 Klon?

Semuanya Baik-Baik Saja..

Assalamualaikum wbt..

Sahabat yang baik dan suka kepada kebaikan.. Nak tahu satu rahsia tak?

Apakah yang menyebabkan basikal tidak jatuh?

Jawapannya :



JOM! Berhijrah Bukan Senang

Bismillahirrahmanirrahim...
Dimulai dengan lafaz suci bismillah :)

Sahabat-sahabat yang dikasihi Allah. Alhamdulillah. Puji dan syukur kepada Ilahi. Buat pertama kali, artikel saya disiarkan di dalam majalah. (Gembira). Hehe. Sebelum ini pernah juga artikel saya disiarkan di web iluvislam.com. Antara artikel yang 'menaikkan nama' saya waktu itu adalah Cinta Pertama, Hirisan Pertama - lebih 10, 000 viewer. Kemudiannya, ada juga artikel saya disiarkan di dalam tabloid iluvislam terbitan karangraf. Tapi. Itu cerita dulu-dulu. Sejarah semuanya :)

Apapun, kita belajar daripada sejarah, iya kan? Jom. Hidup perlu diteruskan!

Okey.





Kawan-kawan, inilah artikel saya yang disiarkan di majalah JOM!


Kapal Yang Bocor

Bismillahirramanirrahim...

Apa kahabar semuanya? Moga sentiasa di bawah naungan kasih limpah rahmat Ilahi. Tenang dan dipermudahkan urusan oleh Allah swt, walau di mana jua kalian berada.

Saya jarang update blog, sering pula update status di FB. Ada pro dan con di sini. Saya akui. Apa pun, segala kelemahan dan kekurangan dari diri saya ini, saya susun sepuluh jari mohon ampun maaf ya...

InsyaAllah, saya cuba untuk 'kompile' status saya dari FB - pindah ke blog ini, mana2 yang saya rasa bermanfaat insyaAllah... Kali ini, suka (Atau duka sebenarnya) saya kongsikan, 'kisah kapal yang bocor' yang pernah saya kongsi di FB.. Luahan rasa 'kekecewaan' saya terhadap mereka yang rigid, takut untuk berhijrah, takut untuk membuat keputusan hanya kerana andaian-andaian yang belum pasti.

Inilah, kisah penumpang 'kapal' yang sangat setia.







Sunday, April 7, 2013

Perdana Menteri - Perdana Menteri

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt. Semoga sahabat sekalian sentiasa di bawah naungan kasih limpah rahmat Ilahi. Dikurniakan kesihatan dan kebaikan walau di mana jua kalian berada.

Baru-baru ini, parlimen sudah dibubarkan, 'sempena genap 4 tahun' YAB Dato' Seri Najib memegang amanah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke - 6. Akhirnya. Terjawab sudah teka-teki yang sekian lama bermain-main dalam fikiran banyak orang. Dengan izin Allah swt jua adanya. Alhamdulillah.

Baik. Sementara bumi masih berputar. Siang dan malam masih bertukar ganti. Nyawa masih dikandung jasad - hidup kita harus diteruskan. Melangkah harus ke hadapan. Putus asa jangan sekali. Mengaku kalah sebelum berjuang juga jangan. Berusaha selagi yang termampu, moga Allah memakbulkan segala doa dan impian.

Monday, March 25, 2013

Solat Menyelesaikan Masalah?


"Banyaknya masalah saya. Apa yang patut saya buat?"

"Solat!"

"Solat dapat menyelesaikan semua masalah? Tak percayalah. Kalau betul solat boleh selesaikan semua masalah, kenapa orang yang solat juga ada masalah?"

Friday, February 15, 2013

Seloka PMS

Orang perempuan memang pelik.
Mood bergelora ada turun naik.
Kejap marah kejap baik.
Kejap nak pergi kejap nak balik.

Ada orang hilang selera,
Makan apa rasa tawar saja,
Ada orang sensitif sentiasa,
Pantang diusik mengalir air mata.

 Ada pula suka marah-marah,
 Silap sikit dia naik darah,
Ada pula tak nak keluar rumah,
Nak mandi pun dia rasa payah.

Ada pula bertukar perangai,
Shopping sakan poket pun barai,
Suka bermekap perfume bagai,
Hari biasa bedak pun tak pakai,

Ada lagi. yang. lebih. parah,
Senggugut. datang. nak. tidur. payah,
Sakit. berguling. tak. tentu. arah,
Jatuh. pengsan. pun. ada. yang. pernah.

Orang lelaki fahamlah seadanya,
Kami begini bukan sengaja,
 Sebulan sekali gelombang melanda,
Jadi begini kami tak pinta.

Penyakit ini PMS namanya,
Perubahan hormon fitrah wanita,
Ciptaan unik Sang Maha Esa,
Menyambung zuriat spesies manusia.

Saturday, February 9, 2013

Setia Hujung Nyawa : Mesej Negatif

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt.. Semoga sentiasa dirahmati. :-) Pertama sekali, maaf saya susun sepuluh jari andai post kali ini mengguris hati sesiapa... Saya tidak memandang negatif kepada peminat setia Setia Hujung Nyawa... Tak wajar kita fikir yang tak elok kerana kita tak tahu apa yang ada dalam fikiran orang lain.. Mata lebah, walaupun dalam timbunan sampah tetap mencari bunga dan madu. Mata kalau lalat pula walaupun di taman bunga tetap akan mencari najis.. Pendek kata, kalau orang yang tahu mengutip ibrah, InsyaAllah walau cerita apa pun yang ditonton, tetap tidak perbuatan sia-sia. =)

Sedikit 'review' untuk cerita Setia Hujung Nyawa (SHN) Saya tak tengok full episod, ini sekadar pandangan saya yang tak seberapa. Pada saya, cerita ini cuma ada satu mesej/contoh positif barangkali. Isteri mesti taat pada suami.. Yup.. El memang isteri yang taat pada kebanyakan masa dan wajar dicontohi. . Selebihnya adalah contoh yang negatif.

Thursday, January 31, 2013

Contoh yang Baik


Ketika membeli barang keperluan di pusat membeli-belah, selalunya saya akan cuba mengelak daripada melalui bahagian kecantikan/komestik jika tiada apa-apa keperluan yang ingin dibeli. Bukan apa. Saya kadang-kadang 'penat' mahu melayan celoteh kakak-kakak promoter yang sibuk mempromosikan produk-produk mereka. Ehehehe.


Thursday, January 24, 2013

Aku Cinta Padamu



Pustaka Iman : Amru Khalid

Bismillahirrohmanirrohim..

Assalamualaikum wbt.. 

Apa khabar semuanya? Kawan-kawan, sebelum ini saya ada berkongsi sinopsis buku Amru Khalid, ada yang bertanya bagaimana cara nak dapatkannya, kan?

Alhamdulillah, seorang sahabat telah berkongsi satu laman blog yang insya Allah dapat membantu kita semua, sila KLIK >>>>  Pustaka Iman : Amru Khalid

Mudah-mudahan, kita dapat mengutip manfaat darinya. 

Wassalam.

Saturday, January 19, 2013

Kita Bukan Penulis Skrip Kehidupan


Dulunya, saya pernah hidup sebagai remaja. Sama seperti rakan-rakan sebaya, saya juga pernah menjadi salah seorang peminat novel-novel cinta. Pelbagai kisah cinta di garap dengan begitu kreatif sedikit sebanyak telah mencipta satu ilusi dalam minda saya, bahawa, cinta itu indah.

Sebagaimana novel-novel cinta yang biasa saya baca, watak utamanya si gadis, bertemu dengan lelaki idaman. Mereka jatuh cinta kemudian cinta mereka diuji dengan pelbagai ujian dan cubaan, akhirnya, segala ujian itu dapat diatasi lalu mereka hidup bahagia. Happy ending. Lalu saya tersenyum puas tatkala menutup lembaran terakhir novel itu. Seketika, saya sempat berangan-angan. Alangkah indahnya bercinta!