+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Thursday, July 11, 2013

Usah Gemar Pandang Kanan Pandang Kiri - Bersyukurlah

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt.. Apa khabar sahabat yang dikasihi Allah? Semoga semuanya bahagia di bawah naungan kasih, limpah rahmat Ilahi.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana tahun ini, alhamdulillah kita sempat jua bertemu dengan Ramadhan yang dirindui yang dinanti-nanti. Ahlan wasahlan. Marhaban ya Ramadhan..

Hari ini, hari kedua. Esok belum tentu kita hidup.. Apatah lagi Ramadhan tahun hadapan belum tentu kita dapat bertemu dengannya.. Apapun, apa yang kita miliK.O. hari ini, janganlah kita sia-siakan.. Sebelum terlambat, manfaatkanlah seyiap inci ruang dan peluang yang Allah berikan ini dengan sebaik yang mungkin. Mudah-mudahan, berkay bulan Ramadhan yang mulia ini, kita dapat perbaiki diri menjadi muslim dan mukmin yang lebih baik. insyaAllah...

Sahabat yang dikasihi Allah...

Sedarkah kita bahawa dunia ini hanyalah tempat persinggahan yang sementara? Sedarkah kita bahawa kita di sini hanyalah seorang musafir yang dikurniakan oleh Allah taala akal dan nafsu, kekuatan dan kelebihan diri yang berbeza-beza. Perjalanan hidup dan rintangan yang dilalui sepanjang menuju negeri abadi adalah berbeza-beza. Allah dalam firmanNya - Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannnya - maka, setiap kali ditimpa ujian dan musibah, terima dan redhalah atas segalanya. Percaya bahawa semuanya dari Allah dan kita mampu memikulnya.

Bukan semua yang kita mahu. Yang kita idamkan. Akan kita miliki. Akan jadi kenyataan. Allah beri kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan Allah juga boleh mengambilnya semula. Di dunia ini tiada apa pun milik kita. Semua milik Allah. Malah. Hidup dan mati kita juga milik Allah.

Kadang-kadang, kita rasa hidup kita susah. Miskin. Tak punya banyak wang. Kesempitan. Serba payah serba susah. Berpakaian lusuh. Lalu kita lihat orang yang lebih kaya. Kita cemburu dengan baju yang dia pakal mahal dan bergaya. Kita cemburu dengan kekayaan yang dia miliki. Lalu hati kita berbisik.. Alangkah baiknya andai aku ditempat dia..

Tanpa kita sedari.. Kita sebenarnya menafikan takdir yang Allah telah tetapkan untuk kita. Kita tidak syukuri anugerah dan kurniaan Ilahi pada kita.

Dan mungkin kita tidak tahu.

Orang yang kaya itu juga ada masalahnya terrsendiri. Punya kasut cantik dan mahal taoi kaki lumpuh tak mampu berdiri. Rumah besar dan mewah tapi kosong dan sepi tanoa gurau senda ahli keluarga. Wang banyak berbilion tapi hati sering dalam ketakutan tidak tenteram..

Semua orang ada masalah masing2, sesuai dengan kesanggupannya. Maka. Jangan mudah merasa kalah. Jangan mengalah. Setiap ujian yang datang hadapilah dengan yakin bahawa Allah tak pernah zalim. Bahkan Dia sangat mengasihi. RahmatNya sangat luas. Setiap apa pun jua, pasti ada hikmah yang tersembunyi.

Ramadhan datang dan tiba masa akan pergi.

Moga. Bertambah keimanan dan ketakwaan kita. Banyak perkara yang boleh kita 'pelajari' dan kutip ibrah sepanjang bulan rahmat ini.. Rugilah jika kita mensia-siakannya...

Sahabat yang dikasihi Allah. saya mahu mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat menyambut bukan Ramadhan Al Mubarak, selamat perbanyakkan ibadah, selamat mengumpul pahala dan bekalan menuju destinasi kita yang terakhir. Akhir kata. Mohon ampun maaf atas segala salah dan silap saya selama ini.

Tabarakallahufiikum.

No comments: