Beberapa hari kebelakangan ini menonton tv al hijrah mengenai kisah Nabi Allah Ibrahim a.s.
Saya kagum dengan hujah dan kebijaksanaannya. Berhadapan dengan Namrud dan kaumnya. Beliau seorang pemuda yang banyak berfikir. Tentang sembahannya. Bulan. Bintang. Matahari. Kemudian terbit keyakinannya kepada Tuhan yang kekal dan tidak pernah lenyap atau hilang.
Dialog- dialog Nabi Ibrahim tercatit di dalam Al Quran.
Antaranya, dialog ketika dia mempersoalkan bulan, bintang dan matahari yang disembah. Dialog sebelum dan selepas dia memusnahkan berhala-berhala kemudiannya meletakkan kapak pada berhala yang paling besar. Dan lain-lain, semuanya indah, padu, dan penuh kebijaksanaan.
Pagi ini dalam rancangan Kalamullah.. Ayat al Quran yang dibaca juga seputar dialog Nabi Allah Ibrahim.
Tuhanku adalah Tuhan yang menghidupkan dan mematikan, kata Nabi Ibrahim.
Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan, kata Namrud.
Tuhanku menerbitkan matahari dari Timur, maka, terbitkanlah ia dari barat, kata Ibrahim pula.
Lalu tercenganglah musuh2 Allah.
Begitu antara hujah Nabi Ibrahim. Penuh 'helah' dan menuntut pemikiran yang sangat dalam. Sama seperti ketika mana dia meletakkan kapak di tangan berhala yang paling besar, kemudian berkata, berhala itulah yang memusnahkan berhala-berhala lain. Ini bukan sebuah pembohongan namun jelas sebuah rancangan rapi untuk mengetuk minda mereka2 yang mahu berfikir.
Begitulah hebatnya pengaruh dan kesan pemikiran seorang pemuda. Ayuh! Moga kita dapat menjadikannya sebagai idola dalam memandu cara kita berfikir yang seterusnya mendekatkan lagi kita ini kepada Allah taala.
Kamasollaita'ala ibrahim, wa 'alaa aaliibrahim..
Doamu kami sahut, kota Mekah kami jejaki. Hingga kini, rindu tak pernah padam.
No comments:
Post a Comment