+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Sunday, May 19, 2013

Kapal Yang Bocor

Bismillahirramanirrahim...

Apa kahabar semuanya? Moga sentiasa di bawah naungan kasih limpah rahmat Ilahi. Tenang dan dipermudahkan urusan oleh Allah swt, walau di mana jua kalian berada.

Saya jarang update blog, sering pula update status di FB. Ada pro dan con di sini. Saya akui. Apa pun, segala kelemahan dan kekurangan dari diri saya ini, saya susun sepuluh jari mohon ampun maaf ya...

InsyaAllah, saya cuba untuk 'kompile' status saya dari FB - pindah ke blog ini, mana2 yang saya rasa bermanfaat insyaAllah... Kali ini, suka (Atau duka sebenarnya) saya kongsikan, 'kisah kapal yang bocor' yang pernah saya kongsi di FB.. Luahan rasa 'kekecewaan' saya terhadap mereka yang rigid, takut untuk berhijrah, takut untuk membuat keputusan hanya kerana andaian-andaian yang belum pasti.

Inilah, kisah penumpang 'kapal' yang sangat setia.








"Jomlah naik kapal baru. Kapal ni dah banyak lubang-lubang. Air dah mula masuk. Dah nyaris karam dah ni.."

"Aku tahu kapal ni dah banyak lubang, dah nak karam. Tapi aku takkan tukar kapal baru. Aku sejak lahir lagi tinggal dalam kapal ni. Aku sayang kapal ni. Biarlah aku tenggelam sama-sama".

"Come on la. Kita masih ada pilihan selain daripada karam kenapa tetap mahu jadi korban? Jomlah tukar kapal baru yang mungkin jauh lebih baik daripada kapal ini.. "

"Ah.. Seburuk-buruk kapal ini, aku dah terbiasa. Dah faham rentaknya. Aku terima seadanya, tiada kapal yang sempurna. Kapal baru tu aku tak pernah cuba. Aku takut kapal itu lagi teruk!"

"Hmm. Belum cuba kau dah buat andaian? Belum cuba belum tahu, kan? Lagi pula, tak ada sesiapa yang tahu masa depan kecuali Allah. Kita boleh ikhtiar tapi selebihnya serahkan pada Dia.. Janganlah pesimis..Optimislah sikit..Hijrah! Nabi pun ajar kita supaya berhijrah demi kehidupan yang lebih baik walaupun kita sendiri tidak tahu apa yang menanti kita di hujung sana, kan?"

"Aku tak nak. Nakhoda kapal tu gay!"

"Kau ada bukti? Ok. Katakanlah.. Betul dia tu gay, bukankah itu adalah urusannya dengan Tuhannya? Urusannya dengan kita adalah bagaimana dia jalankan amanahnya sebagai pemimpin. Itu yang Tuhan akan tanya dia sebagai seorang pemimpin"

"Aku tak peduli. Yang penting ABAI"

"Kau egois!"

"Bukan. Aku ada banyak alasan untuk tolak dia. Ada banyak. Tapi maaflah. Kalau aku cakap pun bukan kau nak percaya.."

"Tahu pun kau. Memang aku tak percaya selagi tiada bukti nyata. Sekadar omongan kosong orang politik, ah, lupakan saja..."

"Bukan dia saja penyebabnya. Aku takut kalau aku tukar kapal baru. Kapal tu akan bertukar jadi keretapi. Kerana kapal itu ada roket. Itu tak boleh ini tak boleh. Kita nanti akan ditindas!"

"Apa sekarang kita tidak ditindas? Kalau pun nak buat perbandingan, carilah yang setara. Mustahil kapal boleh jadi keretapi!"

"Kau tak faham apa yang aku rasa. Aku takut generasi kita akan datang akan jauh dr Tuhan. Akidah terancam!"

"Okey. Enough... Boleh aku tanya kau soalan?"

"Apa dia?"

"Apa yang kau baca? Surat Khabar apa?Buku sejarah apa? Apa yang kau tengok. Tv apa? Apa yang kau dengar. Radio apa?"

"----------------------- "

"Okey. Baiklah. Sampai sini sahajalah. Kau teruskanlah dengan kapal kau yang lubang-lubang tu selagi mana ketakutan masih menyelubungi kau, kau takkan berubah. Kalau kau sanggup tenggelam, silakanlah... Aku faham apa yang bermain dalam fikiran kau.. Semoga berjaya kawan"

-----


Sahabat. Apa yang kalian mengerti daripada dialog di atas? Kita yang mana? Yang ingin terus tenggelamkah, atau yang ingin mencari perlindungan di atas kapal lain? Kita ada jawapan kita..

Sebelum berundur. Mohon ampun maaf atas perbezaan pandangan, terserah kepada kalian untuk menilai. 

No comments: