+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Thursday, January 31, 2013

Contoh yang Baik


Ketika membeli barang keperluan di pusat membeli-belah, selalunya saya akan cuba mengelak daripada melalui bahagian kecantikan/komestik jika tiada apa-apa keperluan yang ingin dibeli. Bukan apa. Saya kadang-kadang 'penat' mahu melayan celoteh kakak-kakak promoter yang sibuk mempromosikan produk-produk mereka. Ehehehe.




Elak, elak juga. Tapi ada masanya, saya tetap juga 'terjebak'. Mahu atau tidak, apabila sudah 'ditangkap' oleh kakak promoter, haruslah saya meluangkan sedikit masa mendengar kakak sepatah dua kata. Setakat mahu mengambil hati, tak mahu dikata sombong atau kurang ajar. Pun begitu, ada juga masanya saya 'cair' lalu membeli produk mereka walaupun tiada niat ingin membeli pada awalnya. Begitu pengaruh promoter, kalau kena caranya, butir bicaranya, produk mereka dapat dijual dengan kuantiti yang banyak.

Sesiapa yang pernah berhadapan dengan dilema 'ditangkap' oleh kakak promoter pastinya ada pengalaman yang sama. Ketika promoter sibuk berceloteh mempromosikan sabun pencuci muka misalannya, apa yang pertama sekali kita tengok? Produknya itu kah? Atau mukanya? Apabila promoter sibuk bercerita tentang pill kurus yang ingin dijual. Apa yang pertama sekali kita tengok? Produknya itu kah? Atau tubuhnya kurus atau gemuk?

Begitulah. Dalam kebanyakan masa, kita lebih suka melihat sesaat pada bukti yang nyata dihadapan mata berbanding dengan seribu patah perkataan, yang belum tentu benar atau palsunya. Pendek kata, jika kita ingin mengajak orang menjadi baik. Pertama sekali, kita yang perlu menjadi baik terlebih dahulu.

Terkenang ayat di bawah ini, saya sering dihambat resah.



Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
(As-Saff 61:2)

Mana tidaknya, pada ayat yang seterusnya, Allah menyambung firman-Nya;



Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
(As-Saff 61:3)

Naauzubillah. Siapa yang sanggup?? Moga kita dicintai Allah swt.

Sebelum menjadi contoh yang baik kepada orang lain, kita sepatutnya mempunyai idola kita, role model yang boleh dijadikan teladan. Siapa lagi yang layak jika bukan Nabi Muhammad saw.. Sebagaimana Allah swt berfirman;

 “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan Dia banyak menyebut Allah”. (QS Al-Ahzab:21)

Maulud Nabi baru sahaja berlalu. Semoga kita ini bukanlah golongan yang mengingati baginda Nabi hanya satu hari setahun, pada 12 Rabiulawal. Jangan kita jadi seperti Abu Lahab. Dia antara insan yang bergembira pada hari keputeraan baginda Nabi saw sehingga bertindak membebaskan seorang hamba. Namun sayangnya, dia bukanlah golongan yang dikasihi Nabi dan Allah.

Ayuh kita sentiasa mengingatinya. Berselawat dan berusaha untuk mengamalkan sunnahnya. Tak mengapa berdikit-dikit, asalkan istiqamah. Ikhlas kerana Allah swt. Betapa besar pengorbanan yang telah dilakukan oleh baginda Nabi saw demi menyebarkan Islam ke seluruh pelusuk dunia. Telah banyak kesengsaraan yang telah baginda dan para sahabat lalui kerana ingin menyelamatkan manusia daripada azab api neraka. Apakah kita tidak mensyukurinya? Apakah kita tidak mahu berterima  kasih?

Jom. Kita sambung perjuangan Nabi Muhammad saw. Jadikan dia sebagai contoh teladan yang terbaik. Kita ikut sunnah baginda. Kita cuba. Mengajak manusia ke arah kebaikan dan mencegeah manusia kepada kemungkaran. Menyelamatkan manusia agar ke syurga dan menjauhi api neraka.

InsyaAllah. AMin..

No comments: