Alhamdulillah. Saya kenal dia ketika dia di tahun satu pengajiannya sedangkan saya seorang jurutera. Namun, banyak yang saya belajar dari dia.
Kak, keluar rumah nanti jangan lupa baca ayat Kursi.
Ketika saya bertandang ke asramanya pula, saya sering lihat dia melakukan solat sunat Dhuha. Saya lihat Qurannya berwarna-warni.
Kak, solat sunat sebelum Subuh besar ganjarannya, rugi kalau tak buat.
Melihat tudung yang saya pakai nipis barangkali, dia hadiahkan saya tudung kecil untuk dipakai di bahagian dalam.
Begitulah antara sebahagian yang saya belajar dari dia. Alhamdulillah melekat sampai sekarang dan seterusnya insyaAllah.
Usia atau pangkat bukan penghalang untuk kita berguru. Air hujan tak bertakung pada puncak gunung yang tinggi tapi pada lurah yang paling rendah. Ilmu tak masuk ke dalam jiwa mereka yang sombong dan bongkak.
Kadang-kadang sesuatu perkara itu kelihatan remeh, namun sekiranya kita istiqamah, insyaAllah besar manfaatnya buat kita sendiri.
Beramal juga memerlukan ilmu. Sebelum menjadikan sesuatu perkara itu sebagai amalan, jujurnya, saya mengkaji dahulu. Rujuk Quran atau hadis etc..
Mana yang saya rasa baik, saya pegang kemas. Jadikan amalan, biarpun asalnya saya belajar dari seorang yang jauh lebih muda. Tabaarakallahufiikum..
Terima kasih you know who you are.
Kata dia juga,
Biasanya bila bangun solat Tahajud, insyaAllah satu hari tu memang mudah nak buat ibadah, wajib ke sunat ke..
Ada betulnya, kerap juga saya terlepas tahajud, solat sunat dhuha pun bungkus sekali tak buat. Heeeee...
Besar manfaat solat sunat tahajjud. Sangat sesuai untuk dijadikan amalan. Sempena kita di bulan Ramadhan, bulan tarbiyah penuh berkah ini, kepada mereka yang mungkin tak biasa tunaikan solat sunat tahajjud, boleh mula dari sekarang. Sebelum bersahur, ambil wudhuk dan solatlah, dua rakaat sahaja tak lama..
Mungkin mulanya sukar insyaAllah apabila selalu dijadikan amalan, rasa nak nangis bila terlepas. Kerana kita tahu dan rasa apa ganjrannya untuk kita..
Bukankah kita akui, solat itu lebih baik daripada tidur?
Selain solat sunat tahajjud dan solat sunat dhuha, solat sunat witir juga adalah solat sunat yang sangat dituntut.
Saya contohi Abu Bakar As Siddiq.
Solat witir sebelum tidur. Selepas itu terus tanamkan niat dan tekad untuk bangun awal untuk solat tahajjud. Lalu tidur segera. InsyaAllah, jika kita bersungguh-sung guh mahu tahajjud kita akan terjaga. Dan jika pun tidak terjaga, Allah catitkan pahala untuk kita. InsyaAllah.
Dunia hanya taman permainan tempat bergurau senda. Itu firman Allah swt.
Jika pun kita sakit atau terluka atau menderita.. Ingatlah, dunia hanya taman bergurau senda. Akhirat itulah negeri yang abadi.
Masalah akan datang dan tetap datang. Apakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga tanpa diuji?? Hadapilah setiap apa pun jua dengan keyakinan yang sepenuhnya bahawa semuanya datang dari Allah swt.
Masalah akan ada di situ. Namun, sekiranya keyakinan kita dan kebergantungan kita hanya pada Allah, semuanya akan dirasakan ringan. Bukan masalah kita besar tapi Allah lagi besar. Allahuakbar!
Bagaimana mahu merasakan semua itu? Jagalah hubungan kita dengan Allah. Banyakkan 'bercakap' dengan Dia. Berdoalah.
Lakukan yang wajib, juga yang sunat.
Jika kamu mencintai Allah swt maka ikutlah Muhammad saw.
Moga dicintai Allah. Amin.. Ya Rabbal Alamin
No comments:
Post a Comment