+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Sunday, May 19, 2013

Semuanya Baik-Baik Saja..

Assalamualaikum wbt..

Sahabat yang baik dan suka kepada kebaikan.. Nak tahu satu rahsia tak?

Apakah yang menyebabkan basikal tidak jatuh?

Jawapannya :



 


Teruskan mengayuh, jangan berhenti! 



Walau apa jua ujian yang datang menimpa.. Bersabarlah dan sentiasalah berbaik sangka kepada ALlah swt. Allah Maha Pengasih, Allah Maha Penyayang. Allah Maha Bijaksana. Tiada apa pun yang berlaku di dunia ini tanpa izin Allah swt. Semuanya dalam pengetahuan-Nya dan dengan keizinan-Nya.

Sebagai hamba Allah, terimalah segala ketentuan-Nya dengan berlapang dada dan berfikiran positif. Ingat kata-kata ini? "Sangka baik itu baik, sangka buruk itu buruk"

Jomlah kawan-kawan. Walaupun berat dan sukar, teruskanlah mengayuh. Teruskanlah langkah mara ke hadapan, jangan berhenti dan jangan pula mengundur ke belakang.

Jadilah muslim yang bertakwa - insyaAllah, Allah akan kurniakan jalan keluar yang kita sendiri tidak sangka-sangka. Dan satu lagi harus sentiasa ingat, destinasi kita yang terakhir bukannya di atas dunia ini - tapi nun - di negeri sana yang kekal abadi.

Derita tidak selamanya. Mati hanyalah suatu permulaan. =)

No comments: