+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Saturday, February 9, 2013

Setia Hujung Nyawa : Mesej Negatif

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt.. Semoga sentiasa dirahmati. :-) Pertama sekali, maaf saya susun sepuluh jari andai post kali ini mengguris hati sesiapa... Saya tidak memandang negatif kepada peminat setia Setia Hujung Nyawa... Tak wajar kita fikir yang tak elok kerana kita tak tahu apa yang ada dalam fikiran orang lain.. Mata lebah, walaupun dalam timbunan sampah tetap mencari bunga dan madu. Mata kalau lalat pula walaupun di taman bunga tetap akan mencari najis.. Pendek kata, kalau orang yang tahu mengutip ibrah, InsyaAllah walau cerita apa pun yang ditonton, tetap tidak perbuatan sia-sia. =)

Sedikit 'review' untuk cerita Setia Hujung Nyawa (SHN) Saya tak tengok full episod, ini sekadar pandangan saya yang tak seberapa. Pada saya, cerita ini cuma ada satu mesej/contoh positif barangkali. Isteri mesti taat pada suami.. Yup.. El memang isteri yang taat pada kebanyakan masa dan wajar dicontohi. . Selebihnya adalah contoh yang negatif.



Pertama. Cinta yang 'menghalalkan' zina antara El dan Ikram adalah salah dan tak wajar dijadikan teladan. Wajib dijauhi. Ketahuilah bahawasanya, hakikat kehidupan yang lebih sebenar, hanya kes terpencil yang mendapat 'happy ending' seperti Ersalina.. Banyak yang berakhir dengan kisah sedih, buang bayi, jadi pelacur, tak bernikah seumur hidup, dikeji oleh masyarakat dan lain-lain. Oleh itu. Jangan dekati zina. Takutlah pada kemurkaan Allah swt.

 Kedua.. Sikap ibu El yang tidak jujur dengan mengahwinkan anaknya yang telah hamil anak luar nikah adalah tidak wajar dan menganiaya orang lain. Sepatutnya dia merujuk kepada ustaz atau pejabat agama terlebih dahulu. Atau berbincang dengan pihak pengantin lelaki terlebih dahulu sebelum membuat suatu keputusan yang sangat penting itu.

Ketiga.. Sikap Sofea yang membatalkan perkahwinan pada saat awal adalah tidak wajar dan menjatuhkan maruah banyak pihak.

Keempat..dan kelima... Eliza dan Zain. Minum arak untuk berhibur dan lepaskan tekanan dan telah melakukan mukadimah zina adalah haram. Walaupun niat Zain sekadar ingin 'menghukum' isterinya, ternyata tindakannya berhibur dengan wanita lain salah di sisi agama. Ibarat, daging elok di depan mata namun dia memilih daging busuk. Dalam Islam, lelaki yang telah beristeri yang berzina perlu direjam sehingga mati.

Keenam.. Sikap Hadi dan Ikram yang mengganggu isteri orang, sekaligus berusaha untuk mendapatkan merobohkan rumah tangga orang adalah tidak wajar. Berdosa.

Ketujuh.. Sikap Zain dan El yang membuka aib rumahtangga, cerita rahsia suami isteri pada orang luar adalah salah di sisi agama.

Kelapan.. Sikap El yang lari dari rumah... Menumpang rumah Zehra yang juga rumah Ikram adalah keterlaluan

Kesembilan dan kesepuluh.. Hadi dan Eliza minum arak (dalam cerita ni Eliza mabuk tiga kali atau lebih) mabuk kemudian berzina.. Ini adalah dosa besar, haram dan haram.

Buat masa ini, ini saja yang larat saya kongsi. Saya menyeru tv3 dan Suhan movies supaya lebihsensitif. Tidak hanya memikirkan keuntungan material semata-mata di kemudian hari... Mohon tayangkan cerita yang bermanfaat atau setidak nya tidak memudaratkan. Cerita Setia Hujung Nyawa adalah contoh drama yang rosak lagi merosakkan.. Semoga lebih sensitif dan... Bertakwalah kepada Allah.. Takutlah pada hari akhirat.

6 comments:

muhammad naim Abdullah said...

Filem melayu memang tak ada kualiti .. kini dan selamanya.. :)

1jja1912 said...

Assalamualaikum Kak. Blog header cantik dan kemas... tahniah kerana masih istiqamah dalam menulis.
Saya masih recharge semula energy untuk menulis di alam maya ini...

Terima kasih kerana berkongsi manfaat yang banyak..

Naurah Alwani said...

Tiba-tiba teringat nak cari blog kak As. Aktif lagi rupanya.. Subhanallah.. :') Teruskan ya kak!

AsNiza said...

Positif.. InsyaAllah.. Ada jg skrg dh cuba Cth ustz ubaidillah.. Moga lebih baik nnt :-)

AsNiza said...

Wslm ijja..

Keep on writing.. Mkin lma stop mkin payah nk start balik, kn.. Moga ijja pn kembali energetic
^o^

AsNiza said...

Thnx naurah.. Akk pn dh tk aktif dh.. Cuma Kdg2 je ni... Naurah dh stgh thn tk update blog ek? Isk3.. Sila bersihkn sawang n habuk.. Akk nk berziarah ni.. Hee