+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Sunday, May 19, 2013

JOM! Berhijrah Bukan Senang

Bismillahirrahmanirrahim...
Dimulai dengan lafaz suci bismillah :)

Sahabat-sahabat yang dikasihi Allah. Alhamdulillah. Puji dan syukur kepada Ilahi. Buat pertama kali, artikel saya disiarkan di dalam majalah. (Gembira). Hehe. Sebelum ini pernah juga artikel saya disiarkan di web iluvislam.com. Antara artikel yang 'menaikkan nama' saya waktu itu adalah Cinta Pertama, Hirisan Pertama - lebih 10, 000 viewer. Kemudiannya, ada juga artikel saya disiarkan di dalam tabloid iluvislam terbitan karangraf. Tapi. Itu cerita dulu-dulu. Sejarah semuanya :)

Apapun, kita belajar daripada sejarah, iya kan? Jom. Hidup perlu diteruskan!

Okey.





Kawan-kawan, inilah artikel saya yang disiarkan di majalah JOM!




Kepada kawan-kawan yang belum kenal majalah JOM, boleh KLIK SINI..

Kawan-kawan yang selalu aktif dengan usrah atau bulatan gembira mesti dah familiar dengan majalah ini, kan? Majalah yang kiut miut lagi comel ini sangat padat dengan perkongsian-perkongsian yang bermanfaat. Sesuai dengan mereka yang baru 'kembali kepada fitrah'. 

Kenapa? Antara sebabnya adalah, artikel dan kolumnis dalam majalah ini biasanya 'orang biasa-biasa' saja yang mana bukan ustaz ustazah. Bagi siapa yang baru 'berhijrah' atau ada niat ingin 'berhijrah', sangat sesuai untuk jadikan majalah ini sebagai teman. InsyaALlah, di dalamnya akan ada perkongsian-perkongsian, pengalaman dan kisah yang 'dekat di hati'.

Aih. Banyak tanda ' ' ini ya?

Ha.. Sebabnya, kalau saya cerita semuanya di sini, tak adalah yang surprise, iya tak? Jomlah kawan-kawan. Singgah kedai buku nanti jangan lupa dapatkan majalah JOM! ya. Mana yang baik kita kongsi-kongsikan, moga sama-sama dapat saham akhirat insyaALlah, Amin..




No comments: