Pengembaraan kita pasti berakhir apabila sampai di penghujung jalan. Begitu juga kehidupan ini pasti ada penamatnya. Kematian sentiasa menunggu. Kita semua adalah bakal-bakal mayat yang pasti. Bila sampai waktunya.
Dalam perjalanan ke tempat kerja hari itu, ada kemalangan. Saya memang fobia darah, jiwa tak kuat
untuk melihat semua itu maka sedaya mungkin mengelak, tak mau tengok.. Tapi kalau Allah
takdirkan nampak, maka, nampak jugak..
Pukul 7.15 pagi. Seorang lelaki terbaring kaku di atas jalan.. Serpihan jasad motor berserakan. Sebuah kereta kelihatan kemek. Dua orang lelaki yang mungkin kebetulan lalu di tempat itu cuba membantu mengurangkan kesesakan, berdiri di tengah-tengah jalan. Orang ramai berhimpun dalam kedinginan pagi bagai menghadiri sebuah majlis pengebumian. Berwajah sugul. Sebuah kereta polis baru tiba di tempat kejadian.
Entahlah. Saya tidak pasti.

Bagaimana nasib lelaki itu. Doakan semoga Allah merahmatinya dan keluarga.
Pagi-pagi begitu tentunya dia keluar untuk mencari rezeki. Buat anak atau isteri atau kedua ibu bapanya. Allahuakbar. Yang menghidupkan dan mematikan.
Saya insafi diri. Setiap kali keluar rumah tiada siapa yang tahu apa yang menanti di hadapan. Mungkin kita akan pulang ke rumah semula. Mungkin juga tidak. Nyawa kita berakhir di atas jalan.
Dan maka. Berakhirlah pengembaraan kita, perjalanan kita. Bukan saja perjalanan ke tempat kerja tapi juga perjalanan untuk kembali bertemu dengan orang yang kuta cintai. Perjalanan mengejar impian juga berakhir. Perjalanan mengumpul amalan, bekalan menuju akhirat juga sudah berakhir. Kita sudah menjadi mayat. Yang pasti.
Allahurabbi.

Allah swt berfirman...
"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati,
dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan
kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke
syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa)
kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat
kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang
terpedaya."
"Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan."
Begitulah Allah Maha Berkuasa atas segala-galanya. Dialah pemilik langit dan bumi dan segala apa yang ada di antara keduanya itu. Dialah jua yang menguasai hari pembalasan. DaripadaNya kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali.
Kita semua tahu bahawa kita pasti akan mati. Tapi, apakah aku sudah siap sedia untuk menghadapi mati yang pasti menjemput bila-bila masa sahaja??
Ya Allah. Jauhkanlah kami dari penyakit cintakan dunia dan takutkan mati ya Allah. Tapi Allah. Jangan jemput aku dulu, sebelum aku betul2-betul dekat denganMu. Pegang aku, jangan lepas. Sucikanlah aku dari segala dosa. Masukkanlah aku ke dalam syurga. Amin ya Rabb..

"Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati
melainkan dengan izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu
masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah). Dan (dengan yang demikian)
sesiapa yang menghendaki balasan dunia, kami berikan bahagiannya dari
balasan dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, kami
berikan bahagiannya dari balasan akhirat itu; dan Kami pula akan beri
balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur."
No comments:
Post a Comment