+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Tuesday, August 21, 2012

Salam Aidilfitri 1433H

Bismillahirrohmanirrohim..

Assalamualaikum wbt... Apa khabar sahabat blogger, pengunjung teratak buruk semut2comel ni? Semoga semuanya sentiasa sihat-sihat belaka, di bawah naungan kasih limpah rahmat Ilahi. Amin..

Maaf lah ya. Lama juga blog ini menyepi, memberi ruang dan peluang untuk kita semua memanfaatkan sepenuhnya Ramadhan dengan semaksimum yang mungkin. Alhamdulillah, walaupun sayu hati ini mengucapkan selamat tinggal kepada Ramadhan yang penuh berkah, namun, kehadiran Syawal tetap juga diraikan sebagai tanda kemenangan setelah sebulan lamanya kita menjalani ibadah puasa.

 

Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar. Walillahilham....

Mungkin saya agak terlewat, baru kali ini ada kesempatan untuk menyusun sepuluh jari memohon ampun maaf atas segala salah dan silap yang telah saya lakukan selama saya mengendalikan blog ini. Atau mungkin ada di antara kalian yang mengenali saya melalui forum iluvislam.com, atau mungkin pernah belajar sama-sama, atau mungkin pernah bekerja bersama-sama atau mungkin pernah saling kenal melalui FB atau mungkin juga pernah berselisih bahu, selama mana kita berkenalan, sudilah kiranya kalian maafkan saya.. Semoga dengan hadirnya 1 Syawal, kita semua kembali kepada fitrah dan suci dari segala dosa. Amin... 

Selamat hari raya aidilfitri saya ucapkan, tulus ikhlas dari lubuk hati saya ini. Taqabbalallahuminna waminkum.... Semoga Allah terima amalan kita semua..

Baik. Setelah sebulan lamanya kita 'berkuliah' di dalam 'kelas Ramadhan', kini tiba masanya untuk kita mengaplikasikan segala apa yang kita pelajari selama kita di dalam kuliah itu. Apakah sebulan itu sudah memadai untuk kita memperbaiki diri, menyucikan segala dosa dan sekaligus mempersiapkan diri untuk menghadapi 11 bulan akan datang? Atau mungkin juga, andai Ramadhan itu adalah Ramadhan yang terakhir, apakah kelak kita akan menyesali nasib diri kerana mensia-siakan Ramadhan yang dianugerahkan oleh Allah swt?

Kita dan Allah ada jawapannya..

Walau apa pun. Yang berlalu biarkan berlalu. Hidup harus diteruskan, ayuh kita mara ke hadapan. Memupuk dan menanam azam baru untuk menjadi yang lebih baik daripada sebelumnya. Kita masih diberi peluang untuk 'menampal' kekurangan sekiranya ada dengan berpuasa sunat selama 6 hari di bulan Syawal. Jom. Jangan kita persiakan peluang yang diberikan oleh Allah yang Maha Pengasih.

Beraya, beraya juga. Ibadat jangan lupa. Semoga terus istiqamah dalam naungan cinta Ilahi.

Amin ya Rabb.


No comments: