Qarun menjawab (dengan sombongnya):
"Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku. ........... ".
(Surah Al-Qasas : Ayat 78)
Berapa ramai 'Qarun zaman moden' sekarang ini? Apabila mendapat kejayaan, berasa takjub dan kagum dengan diri sendiri, kononnya, kita berjaya berkat usaha kita sendiri! Adakah kita salah seorang daripadanya?
Jom tengok apa yang telah terjadi kepada Qarun..
"Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku. ........... ".
(Surah Al-Qasas : Ayat 78)
Berapa ramai 'Qarun zaman moden' sekarang ini? Apabila mendapat kejayaan, berasa takjub dan kagum dengan diri sendiri, kononnya, kita berjaya berkat usaha kita sendiri! Adakah kita salah seorang daripadanya?
Jom tengok apa yang telah terjadi kepada Qarun..
Kata pepatah Melayu, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Kata 'Mat Salleh' pula.. No pain no gain. Kata orang Arab. Man jadda wa jadda. Secara umumnya membawa makna, siapa yang berusaha, dia yang mendapat hasilnya.
Begitu juga Islam amat menggalakkan ummatnya agar berusaha dengan bersungguh-sungguh, sebagaimana Allah swt berfirman dalam surah Al-Insyirah ayat 7 dan 8;
"Oleh itu, apabila engkau telah selesai dari sesuatu kerja, maka tumpukanlah dengan sungguh-sungguh kerja yang lain pula. Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaknya engkau tumpukan perhatian."
Dan, apabila kita berjaya mendapatkan apa yang kita idamkan, kesenangan dan dan kemewahan, apakah yang sepatutnya kita lakukan? Adakah kita layak menyombong diri dan menjadi angkuh?
Ingatlah bahawa Allah swt berfirman..
"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ".
Dan, Dia juga berfirman..
"Apa jua
kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari
Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari
(kesalahan) dirimu sendiri. Dan Kami telah mengutus engkau (wahai
Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang
membawa rahmat). Dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan
kebenaran hakikat ini)."
Sememangnya, segalanya adalah dari Allah swt. Segalanya milik Allah dan kita hanya mengusahakannya. Kita cuma peminjam. Semuanya tidak akan kekal lama. Yang kekal hanya Allah swt. Dunia hanya sementara, yang abadi adalah akhirat.
"Allah
memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga yang
menyempitkannya. Dan mereka (yang ingkar): bergembira dengan kehidupan
dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan yang
kecil dan tidak, kekal berbanding dengan kesenangan hari akhirat. "
"Dan apa jua (harta
benda dan lain-lainnya) yang diberikan kepada kamu, maka adalah ia
merupakan kesenangan hidup di dunia dan perhiasannya; dalam pada itu,
apa jua yang ada di sisi Allah (yang disediakan untuk orang-orang yang
beriman dan taat) adalah ia lebih baik dan lebih kekal; maka mengapa
kamu tidak mahu memahaminya?"
"Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan
dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain
hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat
itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui
(hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat)."
"Dan (ingatlah bahawa)
kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika
dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan
dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang
sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah
mereka tidak akan melupakan hari akhirat)."
Ingatlah bahawa biar sebesar mana pun usaha kita, setiap apa pun jua yang terhasil, susah atau senang, kejayaan atau kegagalan, pasti akan terjadi hanya dengan izin Allah swt...
"Allah, tiada Tuhan (yang berhak
disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya
mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur.
Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada
sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.
yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di
belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari
(kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)"
"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."
Oleh yang demikian, redhalah dengan apa jua hasil yang kita perolehi. Terimalah segalanya sebagai ketentuan dari Allah swt. Syukurilah setiap apa yang kita perolehi. Biarpun tidak banyak, biarpun tidak mewah, panjatlah rasa kesyukuran kepada Allah swt. Ini kerana Allah swt telah berfirman dalam surah al-Naml ayat 40 yang bermaksud:
“Dan sesiapa yang mensyukuri nikmat maka sesungguhnya dia bersyukur untuk kebaikan dirinya dan sesiapa yang mengkufuri nikmat maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia.”
Dalam Surah Ibrahim ayat 7 pula Allah swt berfirman..
“Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” Orang yang beriman juga perlu sentiasa ingat bahawa Allah boleh saja menarik balik nikmat orang yang tidak bersyukur.
Kembali kepada kisah Qarun yang kaya raya dan punyai banyak harta... Sebagaimana yang diceritakan dalam Surah Qasas..
" ...... (Kalaulah Qarun bijak pandai) tidakkah ia mengetahui dan pandai memahami, bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, dari umat-umat yang telah lalu, orang-orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan ? Dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya)."
(Al-Qasas 28:78)
(Al-Qasas 28:78)
Kesudahannya, Qarun tenggelam ditelan bumi.
"Lalu Kami timbuskan dia bersama-sama dengan rumahnya di dalam tanah, maka tidaklah ia mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya dari azab Allah" dan ia pula tidak dapat menolong dirinya sendiri."
(Al-Qasas 28:81)
(Al-Qasas 28:81)
Sebelum terlambat. Insaflah kita. Ayuh kita muhasabah diri, setiap apa yang kita miliki. Semuanya milik Allah. DariNya kita datang, kepadaNya jualah kita akan kembali... Setiap kejayaan yang kita perolehi, semuanya hanya dengan izin Allah swt, oleh itu, janganlah kita angkuh dan bongkak. Sesungguhnya, Allah swt itu Maha Pencipta, berkuasa atas segalanya. Kita cumalah hamba.
"Dan di antara rahmat pemberianNya, Ia menjadikan untuk kamu malam dan siang (silih berganti supaya kamu berehat padanya dan supaya kamu berusaha mencari rezeki dari limpah kurniaNya, dan juga supaya kamu bersyukur". ( Al-Qasas 28:73)
No comments:
Post a Comment