+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Monday, March 14, 2011

Dia dan Airmata


"Rupa kau hodoh kalau kau menangis," Bersahaja dia menyuarakan pandangannya tanpa sedikit pun mempedulikan perasaan aku. Ah! Tak guna aku melenting, bukannya aku baru sehari dua kenal dia. Dia memang begitu. 

"Kalau tak menangis pun, aku bukannya cantik," Aku membidas. Seraya menyapu airmata yang mengalir di pipi. Entah mengapa, kala sepi begini, airmata menjadi teman yang paling setia, hadir tak perlu aku mengundang. Ya, selain dia, airmata jugalah temanku yang paling dekat.



"Ya lah. Tapi kan, walaupun kau tak cantik, walaupun kau hodoh, aku tetap sayang kau! Dah, jangan menangis lagi..." Halus suaranya cuba memujuk aku. Aku hanya mendengar namun kali ini airmata ini tetap juga sukar untuk diusir. Malahan, mengalir bertambah laju.

"Kau penat ya?" Dia bertanya sebaik sahaja melihat deraian airmataku yang kian lebat. 

Aku anggukkan kepalaku. Kembali memeluk lututku. Menyembunyikan wajahku menunduk ke bawah.

"Aku tidak tahu sampai bila aku harus begini, aku penat berlari mencari garisan penamat yang aku sendiri tidak tahu di mana. Sungguh, aku penat... " Dalam sedu-sedan aku meluahkan rasa hati. Bahuku terhinjut-hinjut menahan tangis. 

Aku memejam mataku rapat. Pandanganku menjadi hitam, segelap masa depanku yang aku sendiri tidak tahu bagaimana kesudahannya. Tiada cahaya, tiada panduan. Hanya kegelapan. Tiada pembela. Tinggal cuma aku sendiri, menjadi kian takut. 

"Kau terlalu lemah!" Begitu dia menuduh aku. Menyentap keras lamunanku.

"Tergamak kau tuduh aku? Apa kau tidak tahu segala onak duri yang telah aku lalui selama ini? Apa kau tidak tahu sakit perit yang telah aku tempuhi?? Kau kejam!Bukan sedikit ujian yang telah aku tempuhi, bukan sedikit pedih yang aku tanggungi, aku sudah banyak menderita! Aku sudah lama bertahan. Aku bukan lemah!" Bagai disimbah minyak panas, aku menempelak kata-katanya.

"Kau pesimis! Mudah benar berputus asa. Apa kau ingat dalam dunia ni, kau seorang yang susah? Apa kau ingat dalam dunia ni, masalah kau yang paling besar? Apa kau ingat kau hidup kat dunia ni untuk bersenang-lenang semata-mata? Sedar diri, kau cuma hamba. Ingat tuh! Istighfar." 

"Hidup ini hanyalah penjara bagi orang-orang yang beriman. Allah tak kan masukkan kita ke syurga mudah-mudah, sebelum Dia menguji kita. Kau syukurlah andai kau diuji, itu tandanya Allah kasihkan kau, Dia sedang memberi perhatian-Nya padamu. Sedangkan ramai lagi yang hidup senang tanpa ujian, kesenangan yang menipu yang hanya menyeret mereka ke neraka. Kau beruntung kerana kau bukan mereka. Yang dikaburi matanya dengan kesenangan duniawi. Hingga lupa kehidupan akhirat yang abadi.."

"Usah menangis lagi, pergi wudhuk, baca Quran jauh lebih baik. Dapat juga pahala. Hati juga menjadi lebih tenang, insyaAllah... Aku minta diri dahulu.." Ujarnya kemudian terus berlalu pergi tanpa sempat aku membalas kata-katanya walau sepatah. Dalam sekelip mata, dia sirna. 

Ah, dia memang begitu. Serupa dengan airmata ini juga. Hadir tanpa diundang, pergi tanpa dipinta. Namun sesungguhnya, aku amat menghargainya. Terima kasih Tuhan, untuk segalanya. Aku cinta Kau.


4 comments:

Muhammad Naim Abdullah said...

Menarik perkongsian akak.. Teruskan menulis lagi akak..

pastikan sebab dan mengapa air mata mengalir

AsNiza said...

jazakallah naim..

insyaAllah, andai Tuhan izinkan..

sememangnya begitu, harus tahu kenapa, kemudian cari tahu bagaimana..

Anonymous said...

~ Aslm... Pandai akk membuat coretan.. Teruskan menulis ya.. Sy suke bace blog akk :)

AsNiza said...

salam bwt sis anony..

kenapa ya suka berahsia n guna anonymous? akak pun nak juga kenal2 pelawat2 teratak akak.. =)

apapun, terima kasih banyak2 atas kesudian singgah dan tinggalkan jejak..

i appreciate so much, insyaAllah akan terus menulis, selagi Allah mengizinkan.. jzkk