+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Friday, December 31, 2010

'Year End Sale'

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, baru beberapa minggu yang lepas, kita menyambut dan meraikan tahun baru, 1 Muharam 1432. Tinggal lagi beberapa jam, insyaAllah kita akan menyambut tahun baru sekali lagi, 1 Januari 2011. Dengan izin Allah.

YES aka Year End Sales akan berlalu, diskaun dan promosi juga akan berakhir sebaik sahaja datangnya tahun 2011. Begitu juga Diari 2010 kita juga akan di tutup lagi beberapa jam. Segalanya tidak kekal, suka atau tidak, kita harus melepaskan 2010 pergi dan seterusnya meraikan kehadiran 2011. InsyaALlah.

Selamat tinggal kisah silam. Selamat datang kisah yang baru. Ahlan wasahlan!

Jom, kita tutup buku 2010, simpan kemas sebagai sebahagian daripada sejarah kehidupan kita. Tercatit sebagai sebahagian daripada kisah perjalanan hidup kita, dalam melengkapi sebuah pengembaraan sementara menanti ajal tiba. Apa yang tercatit di dalamnya? Apa pula yang dicatit oleh malaikat Rakib dan Atid? Hanya Allah yang maha mengetahui segalanya.

(Allah) Yang mengetahui segala yang tersembunyi dan yang nyata; maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah keadaanNya dari segala yang mereka sekutukan. (Al-Mu'minuun 23:92)

Masa untuk muhasabah diri, menghitung amalan sendiri sebelum nanti tiba masanya, amalan kita dihitung oleh-Nya. Ketahuilah, andai waktu itu tiba, segalanya sudah terlambat. Penyesalan tiada lagi gunanya.

Maka sesiapa yang berat timbangan amal baiknya, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya. (Al-Mu'minuun 23:102) |

Dan sesiapa yang ringan timbangan amal baiknya, maka merekalah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri; mereka kekal di dalam neraka Jahannam - (Al-Mu'minuun 23:103)

Mari kita periksa diri, tanya diri sendiri, apa yang telah kita lakukan sepanjang hidup kita. Apa yang telah tangan kita lakukan? Ke mana kaki kita melangkah? Apa yang telah dimakan oleh mulut kita? Apa yang menjadi darah daging kita? Tangan ini, tangan Allah. Kaki ini, kaki Allah. Jasad ini, jasad Allah. Dia yang memberi dan ingatlah, bila-bila masa juga Dia berhak mengambilnya semula.

Dengan segala nikmat dan anugerah pemberian-Nya, apa yang telah kita lakukan sebagai tanda kita hamba yang bersyukur??

Dan Dia lah jua yang mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur; tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur. (Al-Mu'minuun 23:78)

Moga kita tidak termasuk dalam golongan itu, semoga kita sentiasa mengingati Allah dalam setiap perkara yang kita lakukan. Biar cuma sekadar lintasan hati, apatah lagi bait-bait kata mahupun tindakan, ingatlah Allah selalu. Bukan mudah, namun andai itu berjaya kita lakukan, insyaAllah, mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan mereka yang beruntung.

Wallahua'alam.

2 comments:

Muhammad Naim Abdullah said...

sebenar nya, naim tak tahu nak komentar apa pada entry nie cuma nak share satu lagu

http://www.youtube.com/watch?v=S-mAizhlFQA

ACAB-bersama semula. :)

Kekadang benda lama akan dirindu, benda baru akan dijaga. ^^

apapun entry kali ini memang best.Naim selalu silent reader sahaja di blog ini. Takot nak komen. sebab tak pandai nak komen,

selamat tahun baru kak asniza. semoga tahun 2011 akan memberi 1001 kebaikan dan kenikmatan diri akak dan masyarakat muslim amnya.

good job

-naimttbc-
http://pemudattbc.blogspot.com/

AsNiza said...

salam wbt..

terima kasih naim utk sharing, and also thanx sebab sudi singgah blog comot akak nie..

insyaAllah, semoga tahun 2011 memberi kebaikan dan kenikmatan buat kita semuanya..

amin ya rabb