+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Saturday, August 26, 2017

Apa yang Kamu Tahu?

Pada saya, merasa bersalah adalah suatu bentuk hukuman yang sangat berat. Merasa bersalah boleh buat hidup saya jadi tak keruan. Merasa bersalah boleh buat saya berubah tingkah laku. Merasa bersalah boleh buat saya hilang segala fokus. Terasa berat bebanannya. Tak mampu saya tanggung.

Kerana merasa bersalah pernah menipu ustazah bila ditanya pagi tadi ada solat subuh ke tidak, saya akhirnya mula belajar solat subuh. Kerana takut merasa bersalah, saya tak pernah bawa anak-anak saudara saya dalam kereta yang saya pandu keluar jauh dari rumah walau serapat mana pun kami. Kerana berasa bersalah juga, saya sering berendam air mata menadah tangan memohon doa. 

Moga Allah beri jalan keluar. Moga Allah bantu permudahkan urusan. Moga Allah tunjukkan apa yang terbaik.Walau pun merasa bersalah ini berat, namun saya berasa bersyukur kerana dianugerahkan rasa itu. Setidak-tidaknya, selagi saya waras, saya tidak akan sengaja suka-suka menyakitkan orang. Kerana saya tak mahu rasa bersalah. 

Kerana saya tahu betapa azabnya perasaan bersalah itu, saya sering melindungi orang-orang yang saya sayang daripada rasa bersalah atas apa yang mereka lakukan pada saya.

Friday, June 9, 2017

Dengan Izin Allah Swt

3/6/2015
InsyaAllah saya akan ingat tarikh ini.


Kita Semua Punya Masalah

Selain daripada mendapat keputusan semua A dalam PMR dan SPM - tiada apa yang boleh saya banggakan dalam hidup saya pada kehidupan yang lepas.
Saya berasal daripada keluarga yang miskin. Zaman kanak-kanak saya susah. Syukurnya saya punya keluarga yang sangat menyayangi diri saya seadanya. Silap dan salah saya, tidak dipersoalkan. Tidak dipertikaikan. Begini saya, begitulah yang mereka terima.

Zaman remaja saya juga berliku-liku. Dari sudut agama dan akhlak, juga pencapaian dalam akademik sangat teruk. Saya seorang yang pesimis. Sering menangis berjam-jam tak mahu berhenti. Seharian pun pernah. Terfikir mahu bunuh diri pun ada. Dunia terasa sangat sempit. Masalah saya dirasa sangatttt besar. Saya tak mampu berfikir jauh, semuanya dirasakan negatif - hitam.
Bukan niat saya sengaja nak buka keaiban diri. Sekadar berkongsi moga jadi iktibar kepada orang lain. Bahawasanya, tiada bumi yang tidak pernah ditimpa hujan. Semua orang juga ada masalah masing-masing. Besar atau kecil. Itu bergantung kepada cara penerimaan kita.

Friday, June 2, 2017

Mungkin Ramadhan Ini yang Terakhir



Dalam hidup saya, tiga tarikh ini paling bermakna.



1 Julai 1982 - Tarikh saya dilahirkan ke muka bumi ini

4 September 2006 - Tarikh ayah kembali ke pangkuan Ilahi 

3 Jun 2016 - Tarikh saya diberi peluang kedua, hidup sekali lagi di muka bumi ini. 

--------------------- 

4 September ayah pergi..


Hari ini.. Rindu ayah sangat-sangat. Selongkar blog, taip ayah.. banyak rupanya entri tentang arwah ayah yang pernah saya tulis. Read few, laju airmata mengalir.


http://semut2comel.blogspot.my/search?q=ayah 


-------------------- 

3 Jun 2016. 

Saya kemalangan. Kereta berputar beberapa kali (menurut saksi). Total lost. Alhamdulillah saya tak apa2, cuma yang 'apa2' adalah jiwa saya. Sedar sangat sedar. Bahawa mati, boleh datang tiba2 saja. Saya baru beberapa minit bergelak ketawa bersama adik beradik, bersama makcik, bersama kawan2. Baru berapa minit sebelumnya, saya baru beli handphone baru. Tup2, Kemalangan yang kalau ikut logik akal, saya boleh meninggal waktu tu saja. Memang saat tu, pasrah dan redha. Mak dah redha, aku dah buat sebaiknya pada mak. Kalau nak mati, aku redha. Itu saja dalam kepala, dan sempat takbir tiga kali. Apapun alhamdulillah, hidup lagi, perjalanan hidup ni Allah izinkan untuk disambung lagi.. 


Mungkin, ada dosa yang masih belum terampun. 


Mungkin, amalan belum cukup untuk masuk syurga. 



Ya. 



Selepas tarikh itu, saya bukan saya yang dulu lagi.

Friday, May 19, 2017

Pentingnya Ilmu sebagai Muslim

(Entri FB tahun 2015 :) )


Nabi pernah bersabda bahawa darjat orang yang berilmu itu, tinggi.

Bagaimana mahu jadi orang yang berilmu?

Di dalam Al Quran berulangkali disebut - gunakan akal. Berfikir. Juga disebut perhatikan. Guna mata/telinga/hati?

Ada banyak cara untuk menjadi orang yang berilmu. Selain daripada berfikir. Perlu belajar atau berguru.

Akal manusia ada limitasi. Pemikiran kita ini perlu ada hadnya. Contoh, kita tidak boleh terlalu memikirkan - bagaimana rupa Allah?

Maka, antara sebab kenapa Allah swt menghantar Rasul-Nya Muhammad saw, adalah sebagai seorang muallim/guru untuk menunjukkan cara dalam segenap hal termasuk cara untuk berfikir.

Bukankah syarat 'wajib' sesuatu ibadat itu diterima disisi Allah  adalah pertama niat kerana Allah swt dan kedua, ikut cara Rasulullah saw. Solat misalannya, kalaupun niat kerana Allah tapi kita tidak boleh sewenang-wenangya solat Subuh menjadi tiga rakaat kerana Rasullullah saw ajar kita solat Subuh hanya dua rakaat.

Allah swt juga berfirman.. Jika kamu mencintai Allah, maka ikutlah Muhammad..

Tidak syak lagi. 

Muhammad saw adalah contoh ikutan yang terbaik. Al Quran adalah mukjizat  yang agung.

Lihat ilmuwan Islam dulu kala. Mereka banyak yang berjaya. Antara faktornya adalah kerana mereka suka berfikir dan mengkaji Al Quran. Kita sekarang? Perah otak untuk main game. (Sayalah tu)

Ilmu-ilmu di dalam Al Quran sangat banyak. Tinggal kita saja yang perlu berusaha untuk 'mencungkilnya'. Dengan menggunakan akal - berfikir insyaAllah akan ketemu jawapannya.

Allah kurniakan kita deria.. 

Di dalam Al Quran ada menyebut...

Perhatikanlah burung yang berterbangan. Kapal dilautan. Unta-unta. Kejadian siang dan malam. Lelaki dan perempuan. Dan banyak lagi perumpamaan.

Hanya orang yang berakal dapat menilai, bahawa itulah tanda kekuasaan Allah swt. Ilmu dapat membezakan darjat seseorang manusia.

Wallahualam.