Dalam hidup saya, tiga tarikh ini paling bermakna.
1 Julai 1982 - Tarikh saya dilahirkan ke muka bumi ini
4 September 2006 - Tarikh ayah kembali ke pangkuan Ilahi
3 Jun 2016 - Tarikh saya diberi peluang kedua, hidup sekali lagi di muka bumi ini.
---------------------
4 September ayah pergi..
Hari ini.. Rindu ayah sangat-sangat. Selongkar blog, taip ayah.. banyak rupanya entri tentang arwah ayah yang pernah saya tulis. Read few, laju airmata mengalir.
http://semut2comel.blogspot.my/search?q=ayah
--------------------
3 Jun 2016.
Saya kemalangan. Kereta berputar beberapa kali (menurut saksi). Total lost. Alhamdulillah saya tak apa2, cuma yang 'apa2' adalah jiwa saya. Sedar sangat sedar. Bahawa mati, boleh datang tiba2 saja. Saya baru beberapa minit bergelak ketawa bersama adik beradik, bersama makcik, bersama kawan2. Baru berapa minit sebelumnya, saya baru beli handphone baru. Tup2, Kemalangan yang kalau ikut logik akal, saya boleh meninggal waktu tu saja. Memang saat tu, pasrah dan redha. Mak dah redha, aku dah buat sebaiknya pada mak. Kalau nak mati, aku redha. Itu saja dalam kepala, dan sempat takbir tiga kali. Apapun alhamdulillah, hidup lagi, perjalanan hidup ni Allah izinkan untuk disambung lagi..
Mungkin, ada dosa yang masih belum terampun.
Mungkin, amalan belum cukup untuk masuk syurga.
Ya.
Selepas tarikh itu, saya bukan saya yang dulu lagi.
Saya tak ingat quote siapa, tapi, katanya "Masa muda dahulu, aku banyak fikir untuk ubah orang lain. Sekarang setelah umur bertambah, aku banyak berfikir untuk ubah diri aku sendiri."
Sungguh, bijak orang yang berkata-kata.
Sekarang, saya lebih suka untuk fokus pada diri sendiri. You can say I am selfish or what so ever, but i really know that, kalau nanti aku mati, aku masuk kubur sorang-sorang, aku sorang-sorang jugalah yang akan berhadapan dengan malaikat munkar dan nakir. aku seorang jugalah yang akan meniti titian siratulmustakim...
Islam suruh kita jaga hubungan sesama manusia, juga hubungan dengan Allah. Habluminallah. Habluminnas.
Jaga hubungan, buat baik. Kita sebaik2 ummat jika kita buat amar makruf nahi munkar. ya. Betul.. Saya tahu, saya ingat, saya tak lupa..
Cuma, seperti kata si bijaksana tersebut..
Kita ajak orang buat kebaikan, tapi, don't think too much! Just let them be.. Allah pun dah pesan pada Nabi tatkala dia bersedih kerana ada orang yang rasulullah saw kasihi, tak dapat hidayah untuk masuk Islam. Kata Allah, hidayah milik Allah..Dia beri pada sesiapa yang Dia mahu.
Kita? Don't think too much. Dont waste our time, our energy too much to think about others.
Ingat prinsip menyelamatkan diri, tips masa kat atas kapal terbang. Selamatkan diri kita dahulu, pakai alat keselamatan, oksigen etc etc sebelum kita selamatkan orang-orang bawah kita seperti anak kita etc.. Kenapa? Sebab, kalau kita tak selamat, macamna kita nak selamatkan mereka? Kalau pun mereka selamat, dan kita tak selamat, lepas tu apa akan jadi? Belum tentu mereka boleh survive tanpa bantuan kita...
Okaylah, banyak pula menulis di pagi Jumaat yang mulia ni.. Jumaat pertama di bulan ramadhan...
Sempena Ramadhan bulan barakah ni, buatlah amalan, sambil ingat, mungkin, ini adalah ramadhan terakhir kita. Mungkin tahun depan kita tak ada peluang bertemu ramadhan lagi.
Salam, ampun dan maaf dari saya andai ada salah dan silap. Wassalam.
No comments:
Post a Comment