(Entri FB tahun 2015 :) )
Nabi pernah bersabda bahawa darjat orang yang berilmu itu, tinggi.
Bagaimana mahu jadi orang yang berilmu?
Di dalam Al Quran berulangkali disebut - gunakan akal. Berfikir. Juga disebut perhatikan. Guna mata/telinga/hati?
Ada banyak cara untuk menjadi orang yang berilmu. Selain daripada berfikir. Perlu belajar atau berguru.
Akal manusia ada limitasi. Pemikiran kita ini perlu ada hadnya. Contoh, kita tidak boleh terlalu memikirkan - bagaimana rupa Allah?
Maka, antara sebab kenapa Allah swt menghantar Rasul-Nya Muhammad saw, adalah sebagai seorang muallim/guru untuk menunjukkan cara dalam segenap hal termasuk cara untuk berfikir.
Bukankah syarat 'wajib' sesuatu ibadat itu diterima disisi Allah adalah pertama niat kerana Allah swt dan kedua, ikut cara Rasulullah saw. Solat misalannya, kalaupun niat kerana Allah tapi kita tidak boleh sewenang-wenangya solat Subuh menjadi tiga rakaat kerana Rasullullah saw ajar kita solat Subuh hanya dua rakaat.
Allah swt juga berfirman.. Jika kamu mencintai Allah, maka ikutlah Muhammad..
Tidak syak lagi.
Muhammad saw adalah contoh ikutan yang terbaik. Al Quran adalah mukjizat yang agung.
Lihat ilmuwan Islam dulu kala. Mereka banyak yang berjaya. Antara faktornya adalah kerana mereka suka berfikir dan mengkaji Al Quran. Kita sekarang? Perah otak untuk main game. (Sayalah tu)
Ilmu-ilmu di dalam Al Quran sangat banyak. Tinggal kita saja yang perlu berusaha untuk 'mencungkilnya'. Dengan menggunakan akal - berfikir insyaAllah akan ketemu jawapannya.
Allah kurniakan kita deria..
Di dalam Al Quran ada menyebut...
Perhatikanlah burung yang berterbangan. Kapal dilautan. Unta-unta. Kejadian siang dan malam. Lelaki dan perempuan. Dan banyak lagi perumpamaan.
Hanya orang yang berakal dapat menilai, bahawa itulah tanda kekuasaan Allah swt. Ilmu dapat membezakan darjat seseorang manusia.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment