+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Friday, June 9, 2017

Dengan Izin Allah Swt

3/6/2015
InsyaAllah saya akan ingat tarikh ini.





Hari itu, kira-kira jam 2 petang, tiba-tiba kereta kecil warna merah saya hilang kawalan. Sekelip mata saja kereta kesayangan saya remuk... Kereta pertama saya, yang telah bersama saya kurang lebih sepuluh tahun.
Peliknya. Saya ini memang biasanya cepat panik.. Tapi entah kenapa.. Ketika kejadian, saya tenang yang amat.. Alhamdulillah, kecederaan tiada mungkin antara faktornya kerana saya 'tidak melawan'. Saya lepaskan stereng apabila sedar i can do nothing. Just let it go.. Terbayang ajal sudah datang, sempat fikir emak dah redha insyaAllah, kalau mati, aku redha. Apabila saya sedar kereta saya sudah hilang kawalan, saya memang biasanya amalkan pakai seat belt, mujurlah, statik ditempat duduk walaupun kereta berpusing beberapa kali... Cuma sekadar sebut 'Allahuakbar' dua kali dan seterusnya saya cuma duduk tenang bersandar pada kerusi.. 
Tak sampai seminit (kot), setelah berpusing-pusing akhirnya kereta berhenti dengan sendiri tanpa saya berbuat apa-apa. Allah Maha Kuasa. Takdir saya dah tertulis ajal saya bukan waktu itu...
Saat kereta dah berhenti, barulah otak kembali berfungsi 'apa yang patut aku buat?'
Saya tukar gear ke P, tarik handbreak kemudian matikan enjin.. Buka pintu saja dah ramai orang datang.... Alhamdulillah. Ada yang bertanya khabar. Ada yang sarankan saya cepat-cepat keluar kereta kerana ada leaking, ambil barang penting saja, ada yang suruh saya segera telefon family. Alhamdulillah saya buat semua.. Sempat saya terfikir, handphone baru je beli berapa jam tak guna lagi, :D
Keluar dari kereta.. Saksi mula berkongsi cerita apa yang mereka nampak... Cepat saya ingat, kawan saya Naney juga pernah kemalangan di highway - tapi bahan bukti hilang... Saya cukup tenang. Segera saya minta tolong mereka yang ada supaya carikan serpihan besi yang akibatkan kereta saya hilang kawalan.. Mula-mua mereka kata tak jumpa. Saya pasrah. Tak lama kemudian datang seorang pakcik bawakan besi itu lalu terus hilang...
Waktu kejadian, alhamdulillah, saya 'bernasib baik'.
Nasib baik tak langgar tiang lampu. Memang sipi2-sipi nak kena, sekaki saja lebih kurang jaraknya boleh lihat dari kesan tayar kereta.
Kereta berpusing banyak kali, tapi lepas pusing dia terbabas ke kiri jalan instead of ke kanan jalan/pembahagi jalan.
Kereta dan motor serta lori lalu lalang sangat banyak tapi alhamdulillah ketika hilang kawalan, tiada kenderaan lain yang terlibat.
Tak jauh ke depan, kiri jalan ada divider besi.. Saya cuma langgar tanah... Sifat tanah lebih menyerap hentakan. Alhamdulillah.
Biasanya saya suka memandu laju, tapi hari itu alhamdulillah saya tak sempat laju sebab baru selusur keluar dari exit.. Kalau lebih laju mungkin terbabas lagi teruk ke depan. Dan.. Berapa kaki ke depan, tanah landai tak ada bukit tanah... Mungkin kereta akan terbabas lagi jauh ke depan. Subhanallah.
Kalau kereta saya lebih laju mungkin kereta saya terbalik kerana kereta saya 'panjat bukit' kemudian turun semula masuk ke dalam longkang...
Baca sharing dari saksi kejadian, ya Allah betapa bertuahnya saya.. Walaupun nampak ngeri tapi alhamdulillah saya tak apa-apa.. Keluar kereta mampu senyum cakap terima kasih pada mereka yang bertanya khabar....
Sebenarnya.. pengalaman hampir serupa juga dengan Nisa, dan serupa juga, dia juga tenang tak apa2...
Kata dia.. Kita kan odojers...
Haah betullah... Alhamdulillah... Mungkin ini antara hikmahnya.. Kami masih setia dengan mengaji sehari satu juzuk...
Allah dah janji.. Dia akan pelihara Al Quran..... Jika dalam diri kita 'ada' Al Quran, insyaallah, Allah pun jaga kita..
Betul.. Ketika kereta berpusing-pusing, saya dapat rasa seolah keliling saya ada 'perisai' yang buatkan saya rasa dilindungi... Rasa sangat tenang.. Semuanya kerja Tuhan... Saya pun tak tahu macammna..
Kun fayakun maka jadi... Dan sekiranya sampai ajal kita, tak mungkin lewat atau cepat walau sesaat.. Ia pasti tiba juga.
Jom mengaji jommmmm.. Semoga Al Quran menjadi sahabat kita di dunia, di alam barzakh dan di akhirat nanti memberi syafaat.

(Nota ini ditulis pada wall FB bertarikh 5 Jun 2015, dua hari selepas kejadian)

No comments: