Langit hitam kembali cerah. Burung-burung yang seketika tadi berhenti berteduh, kini kembali meneruskan perjuangan. Dedaunan hijau kelihatan berkilat-kilat, segar setelah disirami hujan beberapa ketika. Suara katak bersahutan, berpesta di dalam lopak air barangkali. Semuanya bagaikan menyanyi girang apabila mendung berarak lalu, memberi ruang buat sang mentari menyinari alam.
Ya! Semuanya gembira, kecuali aku.
Di bawah sebuah pondok tanpa dinding aku duduk berteleku. Tiada niat mahu berganjak biarpun hujan lebat sudah berlalu. Kakiku dan lututku terasa begitu lemah. Tidak ingin berdiri apatah lagi mengatur langkah. Di situ aku masih setia menghitung dan menyukat angin. Dan udara. Hasilnya tiada. Yang rugi juga aku.
"Allah..Lemahnya aku.. " Akhirnya bibirku bergetar, kemudian aku menghembuskan nafas panjang. Melepaskan suatu keluhan barangkali. Berharap agar bertambah ringan bahu yang memikul bebanan. Kemudian aku memejam mataku rapat-rapat.
"Tentunya kau lemah, kerana kau cuma seorang hamba. Kau harus akur dan terima kenyataan ini dengan dada yang lapang.. Kau harus sedar bahawa Allah Maha berkuasa atas segalanya. Kau hanya mampu merancang dan berusaha, tapi selebihnya, hanya Dia yang berkuasa menentukan setiap sesuatu.. Menjadi lemah bukanlah hina asalkan kau ada keinginan dan usaha untuk menjadi lebih baik dari yang sebelumnya.. " Suara itu mencuri perhatianku. Suara itu aku kenal. Suara yang selalu menemani aku tatkala aku susah ataupun senang.
"Kau juga harus ingat bahawa kau bukanlah seorang yang maksum, sebagai manusia normal kau tidak terkecuali daripada melakukan kesalahan. Jangan mencela diri sendiri, seharusnya kau segera bertaubat. Sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka luas untuk ummat manusia yang menyegerakan taubatnya dan bersungguh-sungguh dalam memohon keampunan." Sambungnya lagi.. Aku sekadar diam membisu. Cuba untuk menterjemahkan setiap kata-katanya agar lebih mudah untuk aku memahaminya kelak.
Selesai dia berkata-kata, aku mengangguk kepala tanda setuju dengan butir bicaranya. Aku akui, banyak masanya, dia jauh lebih rasional daripada aku.
"Kau buat apa kat sini?" Akhirnya dia bertanya setelah aku mengunci bibir beberapa ketika.
"Mencari mahmudah." Aku menjawab cuma dua patah perkataan. Ringkas.
"Hah? Siapa Mahmudah?" Dia pula spontan bertanya padaku.
"Bukan siapa, tapi apa!" Jawabku ringkas.
Dia memandang tepat ke arahku. Keliru barangkali.
"Maksud kau, sifat-sifat mahmudah?" Dia meminta kepastian. Aku menganggukkan kepalaku lemah. "Ya.." Ujarku perlahan.
"Kenapa perlu cari? Ke mana mahmudah telah hilang? Mana kau nak cari?" Bertalu-talu dia menyoal. Aku tunduk memandang tanah yang masih basah setelah baru disirami hujan lebat.
"Kerana ia hilang, kerana itulah aku harus mencarinya.." Begitu aku menjawab. Matanya bulat memandang tepat ke arahku. Aku mengerti dia masih belum mengerti. Namun aku percaya, lambat laun, dia juga pasti mengerti. Kerana dia adalah aku dan aku adalah dia.
--------------
Untuk rujukan, sifat-sifat mahmudah adalah sifat-sifat terpuji seperti sabar, syukur, ikhlas, redha, takut kepada Allah, percaya pada qada' dan qadar dan lain-lain.
Bagaimana sifat mahmudah boleh hilang dari diri setiap manusia? Apa yang menyebabkan seseorang itu kehilangan sifat mahmudah?
Apa yang perlu dilakukan untuk mengembalikan semula sifat-sifat mahmudah?
Tanpa mahmudah, sifat apakah yang akan berleluasa? Apakah kita mahu sifat-sifat negatif menyerap masuk ke dalam diri kita?
Mari kita renung-renungkan. Periksa dan muhasabah diri kita sendiri. Apakah saat ini, kita sedang di bawah pengaruh mahmudah, ataukah mazmumah??
Wallahua'alam
Note: Kesilapan ejaan telah diperbetulkan. Maaf atas kekhilafan. :)
7 comments:
Assalamu'alaikum...
Kringgg!!
Tumpangn tanya boleh?
Mazmudah tu apa ya??
Wallahu a'lam...
Salam, ceritanya menarik, mcm ada kaitan pulak.....:)
http://lizahhamidin.blogspot.com/2011/04/jalan-pulang.html
silalah jejak ke entri saya & komen ;)
salam...
kenapa kena cari mazmumah??..sedangkan saudari kata sifat-sifat mahmudah adalah sifat-sifat terpuji seperti sabar, syukur, ikhlas, redha, takut kepada Allah, percaya pada qada' dan qadar dan lain-lain.
kenapa tidak mencari mahmudah
mungkinkah typing error??
ooo.. ingatkan istilah baru..wokeh...
lama bebenor tak menjenguk sini.. haha...
Wallahu a'lam...
salam wbt semuanya..
waduh. ampun maaf kepada semuanya. astagfirullahalazim.. ada kesilapan ejaan pada entri kali ni.. hehe..minta maaf banyak2..
terima kasih kepada semua yg sudi menegur.. alhamdulillah, ada juga yg sudi menegur.
nizamuddin, lenkali kena la datang selalu, mana tau ada silap lagi, boleh terus tegur ya.. =)
apapun, terima kasih kpd semuanya.
moga dapat mengutip manfaat dari coretan dan contengan kali ini. mana yg salah, yg silap.. minta buang jauh2 deh ;)
jzkk
aku seperti aku.,
sy suka baca entry k.as,
kadang mcm kena kat diri sendiri..
thanks for remind me.. :)
JZKK sis.. Terima kasih sudi singgah blog akak.. =)
Post a Comment