Seingat saya, kali terakhir saya 'bertemu dengan ayah' adalah kira-kira lima tahun yang lepas. Sejak itu, wajah itu seakan-akan merajuk, tidak lagi mengunjungi diri ini.
Saya masih ingat. Dalam pertemuan yang terakhir itu, saya menangis teresak-esak sambil memeluk ayah erat. Entah airmata apa yang mengalir saat itu, namun yang pasti, saya benar-benar gembira kerana dapat bersua muka dengan ayah lagi. Sungguh, saya kerinduan yang amat.
Saya bahagia melihat ayah ada di hadapan mata. Bahagia yang sukar untuk dilafazkan dengan kata-kata kerana dapat bertemu semula dengan ayah. yang disangkakan telah meninggalkan dunia fana ini buat selama-lamanya. Sungguh. Hati ini berbunga riang kerana dapat menatap wajah ayah untuk sekali lagi.
Perasaan itu sungguh indah. Benar-benar indah. Bagai sang pemuja permata yang bertemu semula dengan permatanya yang disangkakan telah hilang.

Namun. Dalam kebahagiaan itu, lagak saya bagaikan sang anak kecil yang benar-benar merindui si ayah, tidak lupa saya bertanya pada ayah. Berulang kali.
"Ayah pergi mana? "
"Ayah pergi mana?"
"Ayah pergi mana?"
"Orang ingatkan ayah dah mati."
"Alhamdulillah, ayah masih ada, ayah belum mati..."
Ayam cuma diam membisu. Membalas pelukan saya erat. Saya menangis sedu-sedan di bahu ayah. Teresak-esak. Airmata itu mungkin air mata kebahagiaan. Bahagia kerana orang yang disangka telah mati tapi kini berada di hadapan mata. Saya terus bertanya namun ayah tetap juga diam membisu.
Tidak menjawab soalan saya walau sepatah pun. Akhirnya, wajah yang dirindui itu menghilang dari pandangan mata ini.
Tidak menjawab soalan saya walau sepatah pun. Akhirnya, wajah yang dirindui itu menghilang dari pandangan mata ini.
Saya mengangkat kelopak mata yang basah dengan airmata. Gelap menyelubungi ruang kamar. Hanya tinggal saya sendirian di situ. Pipi terasa basah disirami airmata. Ayah tiada lagi di sisi. Saya benar-benar sendirian tanpa ayah. Ah.. Rupa-rupanya saya cuma bermimpi. Ayah sudah pun kembali menemui Sang Pencipta. Itu adalah kenyataan yang tidak mungkin boleh saya tidakkan lagi. Ayah benar-benar telah tiada.
Alhamdulillah. Semalam saya berkesempatan untuk singgah di pasar malam. Membeli sedikit keperluan dapur. Ada sayur, ayam, telur dan daging. Ikan di dalam peti masih berbaki. Cukuplah dulu serba sedikit sekadar keperluan saya yang jarang memasak. Selesai membeli barang keperluan, saya terus pulang ke rumah.
Tiba waktu memasak, saya membuat keputusan untuk mereneh sup ayam dan menggoreng daging. Saya cuma memasak seperti biasa, dan seperti biasa juga, apabila sedang asyik menggoreng daging, saya pasti teringat pada arwah ayahanda yang sangat saya kasihi. Wajah ayah terlukis di ruang mata. Kenagan bersama ayah bermain-main di kotak memori.
Manakan tidak, daging goreng adalah makanan kegemaran arwah ayah. Ayah pasti berselera bila makan berlaukkan daging goreng. Lauk lain terus ditolak tepi. Ayah memang begitu.
Manakan tidak, daging goreng adalah makanan kegemaran arwah ayah. Ayah pasti berselera bila makan berlaukkan daging goreng. Lauk lain terus ditolak tepi. Ayah memang begitu.
Memandangkan dulu kami bukanlah orang senang. Jarang dapat merasa makan nasi berlaukkan daging goreng kerana harganya yang agak mahal. Selalunya kami makan apa yang ada. Hanya itu yang kami mampu waktu itu.
"Sekarang aku dah mampu beli daging sendiri. Kalaulah ayah masih ada, dia mesti suka makan daging goreng nie.." mudah sungguh lintasan hati ini berkalau-kalau. Dan seiring dengan itu juga, air mata hangat mengalir di kedua belah pipi. Allahu. Saya benar-benar kerinduan. Rindu suara dan gelak tawa ayahanda yang tercinta. Rindu segala-galanya tentang ayah.
Ampunkanlah dosa kedua ibu dan bapaku ya Allah. Ayah telah kembali ke alam barzakh. Saya harus sedar dan terima hakikat ini. Daging goreng ini sudah tiada ertinya lagi buat ayah di sana. Saya harus ingat.
Di sana ayah tak perlukan daging goreng untuk menyelamatkan dan melindungi. Di sana ayah tak perlukan apa-apa makanan dan minuman. Di sana juga ayah tidak lagi perlukan wang ringgit. Di sana ayah cuma perlukan doa dari anak-anaknya yang soleh dan solehah. Anak-anaknya, dan saya salah seorang darinya! Allahu. Aku ini anak yang bagaimana?

Ya Allah, apakah aku ini anak yang solehah? Layakkah aku untuk berdoa? untuk ke dua orang tuaku. Apakah Kau akan mendengar dan memakbulkan doa-doaku? Apakah kelak nanti aku akan menuntun tangan ke dua orang tua ku ke syurga atau sebaliknya? Aku ingin menjadi anak yang solehah ya Allah. Agar doa-doaku bisa menyelamatkan ayahandaku yang aku cintai. Agar doa-doaku dapat memadamkan api neraka. Agar doa-doaku bisa membuka pintu syurga. Ya Allah. Aku ini anak yang bagaimana?
Pimpinlah aku ya Allah. Jadikanlah aku hamba-Mu yang solehah... Aku ingin sekali lagi bertemu dengan ayahandaku yang aku cintai dan rindui. Biarlah pertemuan kami nanti tempatnya di syurga ya Allah.. Ampunkanlah dosa-dosa kami...

Ya Allah, moga kiriman doa ini rasanya lebih lazat dan enak daripada daging yang goreng yang baru aku makan sekejap tadi.. Moga ayah bahagia di sana..
Amin ya rabb..
5 comments:
rindu ayah juga..nak mimpi ayah juga..lama tak jumpa ayah dalam mimpi..rinduu.......:(
Suhana, jom kita perbanyakkan doa. Moga dapat bertemu ayah sekali lagi, di syurga, insyaAllah....
sedihnya....rindu ayah....saya nak jadi anak solehah...moga Allah kabulkan doa...aminn
sedeynya...........
salam wbt cik jari..
jom2.. moga sama2 kita jadi anak yang soleh, amin ya rabb...
salam wbt faeiz..
mati itu pasti, semua orang pasti melaluinya.. =)
Post a Comment