+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Wednesday, March 16, 2011

Ada Apa Pada Sebentuk Cincin?


 Babak satu.

"Wah! Cantik cincin Nisa. Dah ada ehem-ehem ya?" Saya memuji dan sekaligus menduga seorang sahabat. Dia cuma tersenyum.

"Bukanlah kak, Nisa kecik lagi. Mama yang bagi cincin nih, suruh pakai bila keluar rumah,tak nak orang ganggu," Jujur dia menjawab persoalan yang saya utarakan.


Babak dua.

"Tak sedap hati juga saya mengajar tusyen, ibu kepada pelajar saya tu tak habis-habis promot anak lelakinya yang masih bujang, nak jadikan saya menantunya, " luah seorang sahabat.

"Ha. Ok la tu, boleh pertimbangkan," balas saya pula.

"Taknak la kak, saya dah ada calon," begitu dia menjelaskan.

"Owh, habis macam mana awak berdepan dengan ibu pelajar awak?" saya ingin tahu.

"Saya ada bagitahu emak mengenai hal ini, kemudian emak bagi saya cincin suruh pakai," katanya lagi.


Babak tiga.

Saya sendiri memakai cincin. Sejak dari tingkatan empat hingga sekarang. Bukan sebagai apa-apa tanda, tapi ianya kerana pemberian emak dan kakak. Juga, seperti sahabat-sahabat yang lain, saya merasakan cincin tersebut mampu menjadi 'perisai' kepada saya ketika berhadapan dengan orang ramai. Dengan memakai cincin juga membuat saya berasa lebih yakin. Misteri.

Ada apa sebenarnya pada sebentuk cincin?




2 comments:

miss senyum said...

i also have a ring, was given by someone. bila pakai, i rasa ok i milik someone tu, idk why. knp dgn cincin ye

faha mieza said...

pglmn sy lak pakai cincin...
lps spm, sy pakai cincin yg prnh mak pakai ms zaman muda2 dl...

n sy msh lg pakai cincin tu samp skrg...

disebabkan sy penuntut perubatan di mesir, penduduk sana sgt 'sensitif' dgn sebentuk cincin pd jari seorg gadis...

pd mereka sgt beruntung kalo seorang gadis b'tunang pd usia muda...

tp prnh jg sy digggu pak cik kedai, pak cik tu tnya kawan sy kalo sy ni dh b'tunang ke blm. kwn sy jawab je yg sy dh tunang. pstu leh pulak pak cik tu ckp, nape tunang ngn org m'sia jg, nape bkn dgn penduduk sana....

kira jd mcm perisai jg cincin ni...

skrg ni sy dlm thn klinikal, jd bnyk m'hbskn masa di hosp dgn pesakit, prnh pesakit tnya samada sy dh b'tunang blm. disebabkan sy dh xlarat nk jwb soklan ni, sy tanggal cincin tu, n pakai smula bl cuti je. takut jg kalo kita jwb 'dh', kwn2 satu kump akn slh aggp pula, sdgkn diri ni mmg masih single mingle lg, hehe...

*maaf pnjg pula komen (kongsi pglmn ;) *