+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Saturday, September 4, 2010

Mimpi Buat iluvislam Pecah Berderai???

Dimulai dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Yang menghidupkan dan mematikan. Yang pertama dan terakhir. Yang memiliki hari pembalasan.

Allahu Allah. Seiring masa berlalu, tidak pernah berhenti walau sedetik, kadang-kadang kita terlupa untuk berhenti sejenak, merenung dan muhasabah semula bekas jejak telapak kaki yang telah kita tinggalkan, jalan-jalan yang kita selusuri. Berlumba dengan masa kadang-kadang membuatkan dada kita sempit, terlupa dan tertinggal banyak perkara.

Saya juga, dalam mengejar sesuatu, ada sesuatu yang lain pula terciciran. Dalam mengehar mimpi, ada yang terluka dan terkorban. Allahu Allah. Mungkinkah itu sebuah harga yang perlu dibayar atau itulah bukti kelemahan diri ini?

Entri kali ini, saya ingin 'mengikut jejak' sahabat krew dan user iluvislam yang lain.

Di mana-mana saja, sering saya terbaca mengenai rungutan, luahan, pandangan, perkongsian mereka terhadap forum baru iluvislam. Luahan kerana sayang. Saya mengerti dan saya terima baik.

Mungkin silap saya, kelemahan saya sendiri sehingga saya tidak pernah terbaca apa-apa penjelasan dari pihak admin iluvislam terhadap luahan-luahan tersebut. Dan akhirnya, membiarkan para user tertanya-tanya dan penasaran. Luahan demi luahan dilontarkan.

Apapun, apa yang bakal saya tuliskan di sini, adalah bukan mewakili mana-mana pihak.

Antara luahan user adalah;

1. Status yang bersifat seperti FB. Jadi apa bezanya iluvislam dengan fb? Jujur, baik saya lepak FB. ahahaha. (Add friends, comments)

2.Warna tak menarik.

3.Sistem penyusunan forum. Tiada pop-ups.

Segalanya macam sudah 'mati'.Saya tidak lagi merasakan aura Iluvislam yang kuat seperti dahulu.

Kadang-kadang, saya bertanya kepada diri sendiri."Untuk apa aku lakukan kerja sukarela di Iluvislam ini?"

Jika dahulu, kita sememangnya berkobar-kobar untuk membantu.Membantu perjuangan Islam katanya. Tapi sekarang, mana perginya?Benarlah kata orang, dunia boleh melekakan kita, dunia boleh mengaburi.

Jika dulu, saya anggap Iluvislam sebagai madah ilmu yang baru.Tapi kini tidak lagi. Semangat saya kian luntur.

Iluvislam sudah banyak berubah. Forum yang saya 'bernafsu' untuk masuk kini pudar ditelan zaman. Forum interface berubah 100%. Daripada warna tema yang menarik kini bertukar persis Facebook. Dengan adanya ruangan status yang nampaknya semakin popular dan mendapat tempat dalam kalangan user Iluvislam.

Iluvislam hilang serinya. Mungkin pada orang lain, warna itu tidak penting. Tetapi bagi saya, warna mampu memberikan satu kesan yang besar kepada user. Dan tertariknya saya kepada Iluvislam ialah kerana warnanya di samping keinginan besar untuk berkongsi pendapat.

Mohon izin, saya berkongsi sesuatu. Dan awal-awal saya maklumkan. Saya menulis kali ini bukanlah mewakili mana-mana pihak, tapi ikhlas luahan dan pandangan saya sendiri.

====================================================

Sebagai salah seorang tenaga penggerak forum iluvislam.com. Yang pernah menyayangi iluvislam sepenuh hati, menatangnya bagai minyak yang penuh. Meluangkan banyak masa dan tenaga, menyerahkan jiwa dan mental untuk forum tersayang, jatuh atau bangun iluvislam, forum terutamanya, banyak memberi impak kepada diri saya dan sahabat moderator yang lain.

Manakan tidak, dikalangan kami, setiap masa, sepanjang waktu (ketika itu) kami sentiasa merancang, memikirkan, merangka, mencari penyelesaian terbaik demi iluvislam, demi forum, demi user, demi Islam tentunya. Bersama-sama bergabung tenaga, saling bergandingan dan membantu antara satu sama lain. Bila ada yang terluka, atau kaki menjadi lemah untuk terus melangkah, kami saling mengubati dan memimpin tangan antara satu sama lain. Indahnya ukhwah sesama kami, sehati sejiwa berbakti kepada Islam melalui iluvislam.

Masa terus berlalu. Dua tahun lamanya saya berbakti kepada iluvislam. Angka bilangan user juga terus menaik. Walaupun user datang dan pergi, kami tetap cuba untuk bertahan.

Lain user, lain keletahnya. Lain user, lain pemikiran dan cara penerimaanya. Lain user lain matlamat dan kehendaknya. Lain user lain cara melontarkan pandangan. Lain user lain pegangan dan fahaman. Bermacam-macam. Suka atau tidak, kami tetap jua cuba untuk terus bertahan.

Bilangan moderator tetap di takat yang sama. Namun, tugas kami para moderator kian bertambah. Search, bagi link, lock dan move thread, edit tajuk, mengingatkan user yang melanggar etika forum, memeriahkan lagi forum dengan perbincangan yang ilmiah dan menarik, meraikan user, menjawab pertanyaan-pertanyaan user, dan pelbagai lagi, berterusan dan berulang-ulang bagai tiada tanda-tanda mahu berhenti, ada masanya mampu membuat kami tertekan.

Sebagai orang tengah antara Presiden iluvislam dan para moderator, akhirnya saya menyuarakan rungutan saya, "Kasihan moderator dah penat, asyik buat kerja yang sama berulang tanpa henti,"

Kata Presiden iluvislam, "Sabar kak, tak lama lagi kita akan ada forum baru, insyaAllah kerja-kerja mod jadi mudah"

Subhanallah, betapa terubat hati saya ketika itu. Bersemangat kembali. Dan yakin bahawasanya 'penderitaan' kami di forum lama pasti akan berakhir jua tidak lama lagi setelah hadirnya forum baru. Sejak itu, saya ternanti-nanti dan tertunggu-tunggu forum baru ini.

================

Dan akhirnya. Setelah penantian setahun lebih membuahkan hasil, Allah izinkan jua komuniti iluvislam (forum baru) ini dilancarkan jua.

Namun, dalam kegembiraan meraikan 'bayi baru' kami ini, kami sedikit kecewa dengan penerimaan sahabat user sekalian.

Begitu mudah kalian merungut, seolahnya, pihak iluvislam membuat apa-apa perubahan terhadap iluvislam.com tanpa sebarang perancangan rapi dan teliti. Seolah-olah pihak iluvislam merancang hari ini kemudian esok terus laksanakan. Seolah-olah pihak iluvislam tidak pernah memikirkan sebarang pro dan con dan mengabaikan suara hati para user yang kami kasihi. Kalian silap.

Jika dulu ada yang merungut bahawasanya forum tidak ilmiah. Dikuasai remaja dan kanak-kanak bawah umur. Menyebabkan perbincangan di forum menjadi tidak serius dan tiada info bermanfaat. Sekadar tempat luahan dan perkongsian masalah. Kalian juga pernah merungut, sikap sesetengah user yang tidak mematuhi etika forum. Membuka thread berulang. Thread rehatkan minda. Perbincangan entah apa-apa.

Kalian kecewa dan bersuara.

Tahukah kalian, mengapa forum kini tidak seperti dulu?

Kenapa tidak dipaparkan semua thread terkini pada halaman pertama agar mudah untuk di akses oleh sesiapa jua?

Antara sebab adalah agar para user dapat memilih kategori yang mereka minati, terlebih dahulu sebelum meneruskan apa-apa bacaan atau perbincangan. Umpama tapisan awal di peringkat pertama.

Maknanya, jika anda tidak minat sastera atau puisi, tidaklah anda sengaja meng-klik kategori cerpen/puisi. Dan seharusnya juga, anda tidak lagi merungut bahawasanya forum hanya tempat orang bersastera. Andai anda tidak meminati perbahasan politik, maka anda seharusnya tidak klik kategori berkenaan, dan sepatutnya juga, anda tidak akan merungut bahawasanya iluvislam kini menjadi lubuk mereka berkenaan berpolitik.

Demikian antara faktor, kenapa komuniti iluvislam adalah seperti sekarang.

Dan ketahuilah juga, komuniti sekarang ini jauh lebih canggih teknologinya. Lebih banyak tools menarik, yang boleh dimanfaatkan oleh user dan mod juga. Kini kerja-kerja mod menjadi lebih mudah, dengan features2 yang ada, alhamdulillah dan insyaAllah mod tidak lagi terbeban seperti dulu kala. Jika dulu, segalanya seolah-olah memerlukan tindakan secara manual, sekarang tidak lagi. Alhamdulillah.

Kenapa iluvislam seperti facebook?

Ini kerana, ini adalah sebahagian daripada cara untuk mencapai misi dan visi iluvislam yakni;

To Be The World's Leading Islamic Media of Choice

Saya pernah menulis DI SINI.. Mimpi Buat Iluvislam..

Mimpi untuk iluvislam

Jika Facebook berkembang pesat dalam beberapa tahun, begitu juga google, kenapa tidak iluvislam? Jika Facebook, dan Google mampu mendapatkan pulangan wang yang lumayan, kenapa tidak iluvislam? Jika Facebook, YouTube dan Google memiliki pekerjanya sendiri, kenapa tidak iluvislam? Tiada yang mustahil, dengan izin Allah, kita juga mampu.

Benar, wang bukanlah segala-galanya, tapi segala-galanya memerlukan wang. Untuk menyebarkan syiar Islam, membantu golongan fakir miskin, memantapkan ilmu pengetahuan orang Islam, membangunkan ummah, mewujudkan suatu legasi yang dikagumi, mengembalikan kegemilangan Islam; kita juga perlukan wang.

Saya bermimpi, iluvislam mampu memberikan peluang kerja kepada ratusan orang Islam, suatu masa nanti. Dan saya tahu, tiada salahnya saya bermimpi. Dan saya optimis, mimpi ini mampu menjadi kenyataan.

Dan jika selama ini, kehidupan seharian kita berkisar dengan segala ciptaan dan hasil kerja orang bukan Islam, dengan acuan mereka sendiri, kenapa tidak, melalui iluvislam, kita mencipta suatu acuan baru, acuan kita sendiri, sebagai orang Islam dan seterusnya ia diwarisi hingga ke generasi akan datang, tidakkah kita berbangga? Tidakkah itu lebih baik? Buang tepi MySpace yang galakkan pergaulan bebas, tolak tepi Facebook yang melalaikan, sampahkan segala web hiburan yang merosakkan iman! Pantang klik, ada saja gambar-gambar lucah, itukah yang kita mahu anak kita warisi kelak?

Saya optimis, iluvislam mampu pergi lebih jauh. Dan saya juga pasti, kakak saya atau sesiapa sahaja yang pada masa ini tidak dapat melihat iluvislam sebagai suatu wadah yang bermanfaat, insyaAllah, suatu hari kelak, anak-anak mereka yang akan berterima kasih kepada iluvislam.

Saya mungkin tiada apa-apa kepakaran, sumbangan saya teramat sedikit untuk iluvislam, tetapi, sokongan saya tidak berbelah bagi untuk iluvislam dan doa saya juga sentiasa mengiringi iluvislam. Ayuh, sahabat sekalian, bermimpilah bersama saya, berikan sokongan kepada iluvislam dan berdoalah.

Semoga Allah menjadikan impian kita ini suatu kenyataan. Amin..
Dan mengapa kita tidak boleh bermimpi? Dan mengapa kita tidak boleh pergi lebih jauh? Mengapa kita harus tetap di takuk yang lama sedangkan kita seharusnya berlari dan melompat lebih jauh untuk merealisasikan mimpi-mimpi kita?

Kebanyakan orang memang sukar menerima perubahan. Sejarah turut membuktikan, betapa Muhammad saw pernah dituduh orang gila bila menyampaikan ajaran baru yang sebenarnya dari Tuhan yang Esa. Ramai juga jiwa yang terkorban kerana Revolusi.

Jangan gentar. Jangan mengalah. Jangan undur ke belakang. Seharusnya, kita terus mara ke depan. Jika sebelum ini kita pernah berbakti, memperjuangkan iluvislam, jangan sekarang kita melepaskan pautan tangan kita dan membiarkan iluvislam terkapai-kapai. Jangan sampai ia lemas. Iluvislam perlukan kita semua.

Andai ombak mampu mengubah pantai. Jangan pula hati kita berubah dengan penambahbaikkan yang sedang dilalui oleh iluvislam.com kini. Jujur, kini iluvislam sedang melalui saat-saat sukar, dan tentunya, iluvislam perlukan kita semua. Peganglah 'tangan' jangan lepas.

Teruskan bertahan. Dan berdoa. Moga-moga detik sukar ini segera berlalu. Dan iluvislam kembali 'ceria' seperti dulu kala. Kita sayangkan iluvislam. Dan moga-moga anak cucu kita kelak juga berpeluang untuk menyayangi iluvislam.

===============================

Teman yang baik adalah teman yang sentiasa ada bila mana ia diperlukan.

Melarikan diri, meninggalkan iluvislam, atau sekadar memandang dari kejauhan tidak mampu mengubah apa-apa. Teruskan setia bersama iluvislam, berusaha untuk membiasakan diri dengan 'peralatan-peralatan' baru yang ada. Manfaatkan sebaik mungkin insyaAllah kebaikan dunia dan akhirat. Belum cuba belum tahu. Mula-mula mungkin sukar insyallah lama kelamaan, terbiasa juga. =)

Sekali lagi, saya menulis sekadar melontarkan sisi pandang saya sendiri. Tiada kena mengena dengan mana-mana pihak.

Apapun, saya percaya, semua yang sudi membaca entri ini, hingga ke perenggan ini, sama seperti saya, sangat menyayangi iluvislam.com.

Mimpi saya masih jua tetap sama.. Anda pula bagaimana?

Moga Allah merahmati kita semua. Amin ya rabb. Mohon maaf segala salah dan silap, salam permisi.

Wassalam.





17 comments:

suhana_nur said...

mimpi saya masih sama,
rasa percaya saya masih sama,
kerana saya percaya jatuh dan bangun itu lumrah
lagi-lagi buat kita yg masih bertatih 4 tahun membilang usia..
aduh, anak kecil comel..apakah tak tersadung, terjatuh mengambil langkah.

ayuh, sahabat..saya tetap masih percaya.

Putera said...

Saya rasa, saya masih belum dicampakkan rasa yakin dengan iluvislam mampu pergi lebih jauh.

Presiden pun tidak seperti dulu lagi.

Maafkan saya kerana luahan perasaan ini.

Saidah said...

--- b e l i e f ---
insyaALLAH

Saidah said...

--- b e l i e f ---
insyaALLAH

AsNiza said...

salam wbt..

putera,

saya mengerti apa yang anda maksudkan, insyaAllah.

tapi, pada pendapat saya, untuk menjadikan iluvislam hebat, mana mungkin kita boleh seratus peratus bergantung dan berharap hanya kepada seorang MANUSIA. pastinya dia pun tidak mampu.

dan bahayanya, seandainya Tuhan izinkan dia kecundang, iluvislam juga akan turut kecundang.

saya mengerti erti leadership. kepimpinan. hierarki dan piramidnya. yg paling atas paling besar pengaruhnya dan memberi impak yang paling signifikan.

andai kata, yg di atas lemah, kita yang di bawah, yang jumlahnya jauh lebih besar, kenapa tidak terus menyokong dan mengingatkan kpd seorang yg di atas? agar terus kukuh pada paksinya dan kembali teguh pada matlamat asal?

apakah kita semua TERLALU LEMAH dan TIDAK MAMPU berbuat apa2?

mohon maaf atas keterlanjuran dan kekhilafan diri.

wallahua'alam

ahmad alkhani said...

kuat kan semangat kak..biar sy dh lme xbukak ILI..tapi sy dpt gak info dr sne..
bagus la ILI..harap akak dpt teruskan kerja akak dgn ILI...

- cikgu moja -

Muhammad Naim Abdullah said...

Salam perjuangan kak as yg saya hormati~ hehehe~

baru2 ini ada entry yg berkenaan iluvislam yg dimulai oleh salah seorang krew dan seorang otai (member iluvislam sendiri.

pada pendapat naim ~ mereka masih sayang kekuatan iluvislam sebagai
"Wadah Ilmu Anda" bak bro kat~

apapun , Naim akan menyokong akak dan all team iluvislam , kita kan satu family~ ^_^

Jika suatu hari nanti, jika naim tidak lagi memegang "krew iluvislam" jangan risau naim akan sentiasa menyokong iluvislam.

SEmua manusia akan melakukan keslahan, Naim harap lepas ini jangan abaikan penggerak utama iluvislam iaitu member iluvislam~

^_^
be strong kak asniza~

akak tidak lemah~ ^_^V~ dimanakah kekuatan akak dulu~ jangan biaqkan bersarang di dalam hati~

allahu akbar~

:: budak kecik::

iEra naDira said...

saya, dia, semua orang, sesiapa saja. Memberi kritikan kerana pastinya sayang dengan iLuvislam.

Kalau di forum dulu, kita penggerak iLuvislam, sekarang kita cuba gerakkan pula Komuniti.

13.05.09, tarikh saya join iLuvislam. Dah lebih setahun, kan? Sampailah sekarang rasa sayang terhadap iLuvislam tak berubah, walaupun saya cuma user, penangan iLuvislam memang hebat.

Tak apalah, saya pun pernah kritik komuniti.iLuvislam. Tapi lepas baca artikel kak As, oke, kita terima perubahan perlahan-lahan.

Ninja Jepang said...

Salam wbt mak ngah yang saya hormati..

Terima kasih banyak2 kerana memberi respon terhadap luahan hati kami selaku user dan krew yang lain...

Lahirnya luahan hati kami berpunca dari betapa sayangnya kami pada iluvislam.. Dan segala komen2 kami bukanlah bertujuan utk melemahkan semangat user2 lain..

Akhirnya, apa yang saya harapkan- respon dari krew, muncul di sini.. dan saya secara peribadi sangat berterima kasih kepada mak ngah atas usaha yang pihak iluvislam lakukan...

Entry kali ni banyak menyedarkan saya.. syukur pada Allah.. :-)

Ya! Kita semua (user dan krew) adalah penggerak iluvislam... Runtuhnya penggerak iluvislam beerti runtuh jualah iluvislam itu sendiri..

Kini saya sedar, memang salah saya sebab tidak pandai bsyukur.. maaf mak ngah... :-(

Saya adalah penggerak iluvislam, dan saya bertanggungjwab thadap iluvislam.. saya tak nak iluvislam runtuh begitu sahaja...

Insya Allah mak ngah, saya dan user lain akan terus menyokong iluvislam...

Peace :-)

Anonymous said...

salam kak niza...

hurm...sy nk luahkan someting jgk dkt sini...sy tengok mmg banyak dah berubah...and...terus terang..sy sendiri malas nk bkak iluvislam.com..
dulu bkn maen..mesti bukak..kalo sederet bar dekat atas mesti ade iluvislam.com..kini...hanya tinggal kenangan...pasal putera....betul..sy bkn nk buat cerita..hari tu sy ade lah uruskan hal ni utk sekolah..tapi waktu sy call presiden..sy tanye ini imran ke..and than die ckp bkn and bile dikenal pasti 2 mmg no presiden...betul ckp putera die dah berubah...bkn mcm dulu lg..mula2 sy kenal...harap bende ni dapat diselesaikan sebelum jihad di dalam iLi ni mungkin akan terhapus...

Anonymous said...

Salam..

sy sbnrnye xde akaun ILI pun..tp sy kerap ke sana. masih byk bhn2 yg mmpu sy gunakan utk introspeksi diri..
urmm.. sy x tau pun ILI ada mslh. jus, selemah2 ukhuwah itu adalah husnus zhon..

bersangka baiklah dgn sseorg..kerna iman itu bersifat turun naik. ada kalanya ia di diatas, dan ada kalanya ia di bwh..nmun bukanlah hak kita utk terus menghukum, tp sbg saudara seaqidah, ayuh kita saling nsht-mnasihati, lengkap-melengkapi..

buat akak empunya blog, teruskan penjuangn anda.. Allah tidak melihat kpd natijah, ttp kpd usaha2 kita...apalah sgt nk dibandingkan nilaian manusia dgn nilaian Dia?? Allah sungguh x akan mengecewakan hamba2nya y briman..

Smoga perjuangn akak diredhai Allah..

Salam
aot - sg merab

Anonymous said...

salam kak Asniza

Perjuangan memerlukan pengorbanan. InsyaAllah suatu hari nanti web iluvislam baru akan diterima oleh semua user seperti web yang lama. InsyaAllah.

Sudah menjadi kebiasaan manusia seringkali melontarkan pandangan dan berprasangka negatif sebelum menjenguk dan meneroka sesuatu yang baru. Setelah mereka meneroka, lady pasti mereka pasti akan jatuh hati dan menyambut baik web baru.

Cuma sekarang, akak dan krew iluvislam kene tabahkan diri. InsyaAllah nanti semua akan kembali baik.

Sirrul Jiddan said...

Salam alaiki ya ukhti..
Banyakkan bersabar ye...Sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang yang sabar..Saya akan sentiasa menyokong ILI...I/Allah biiznillah...Jika kita dijalan-Nya pasti Allah akan mempermudahkan segala usaha kita..yang pasti jgn putus asa..Yakinlah dengan janji Allah...
Jazakillah..

AsNiza said...

salam wbt..

salam aidilfitri.. =)

terima kasih kpd semua sahabat yg dirahmati Allah, semoga Allah terus memberi kita kekuatan utk terus melangkah...

sahabat yg saya kasihi..

saya telah mendapat feedback drp Presiden iluvislam, berkenaan panggilan yang 'tidak dijawab'.

sejujurnya beliau mengaku bahawa beliau tidak pernah tidak mengaku diri sendiri, tentunya orang lain yang menjawab panggilan tersebut..

logiknya, beliau juga manusia biasa yg bukan sepanjang masa 24 jam sentiasa bersama handphone, seperti kita juga, kan? ;)

dan logiknya lagi, sepanjang saya mengenali beliau, dia yg sy kenal, sentiasa berbesar hati utk berbakti kpd islam dan ummah melalui iluvislam, manakan mungkin beliau menafikan 'dirinya' sendiri.. he is always thankful n proud to be Imran Koyube. ^_^

semoga sahabat terus menyokong beliau dan iluvislam, sentiasa bersangka baik dan berlapang dada.. moga2 Allah pula menggandakan limpah rahmat-Nya kpd kita semua, =)

semoga dengan kedatangan syawal ini menambahbaikkan lg diri kita semua, amin ya rabbb...

Putera said...

Hmm, akak rasa la kan, ILI ada masa depan? Adekah kite semua jelas ngan halatuju ILI? Muhasabah buat kte sme.

AsNiza said...

InsyaAllah. Dengan izin Allah jua adanya =)

Anonymous said...

semenjak iluvislam sudah ada tabloid iluvislam dll. kehebatan forum iluvislam semakin tengelam daripada reaksi user lama. user lama sudah jemu warna sudah berlain daripada rumah lama

kehadiran user ke forum ke forum baru adalah sedikit. Saya lihat semenjak kehadiran facebook di dalam diri setiap krew ili.

forum sebagai 'tong sampah' bagi sesetengah krew sahaja. Pihak admin macam tak peduli forum lagi.

Adakah ia lupa sebab forum adalah orang kenal iluvislam.com

Harap pihak atas tidak mudah lupa apa jasa user kepada forum iluvislam.com yang banyak menaikkan nama forum . Benar kata dr mahathir muhammad "melayu mudah lupa"

tidak salah nak kejar perjuangan di medan lain, tetapi medan lama yang terus dilupakan kerana ia kemenangan pertama.

Maaf kalau terasa dan memang post nak bagi terasa .

sekian terima kasih