+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Thursday, July 22, 2010

Berhujah Berdasarkan Apa?

Salam wbt..

Kebelakangan ini, isu pengharaman ESQ sedang hangat diperkatakan. Pening juga saya dengan sikap orang kita yang.. entahlah, sukar untuk digambarkan.

Apapun, kadang2 saya rasa 'kelakar' juga dengan sikap sesetengah dari mereka yang begitu cepat 'melatah', terlompat2 sedangkan diri sendiri pun tidak lah arif, bukan lah tahu sangat tentang ESQ, sekadar membaca dari situ dan sini saja, yang lebih cuma andaian dan pandangan peribadi, kemudian membuat 'judgement' dan 'kesimpulan'.. for me, it's not fair.

Bila dibangkitkan isu ESQ ini, saya teringat isu yoga. sebab2 kenapa yoga diharamkan, dan ada 'perselisihan' juga di situ. mungkin isu ESQ tidak sepenuhnya sama dengan yoga, namun sepatutnya kita belajar dari 'sejarah'.

Mungkin anda akan 'mengecam' saya, kerana saya salah seorang drp alumni ESQ dan biar apapun kata mereka tentang ESQ, saya tetap lagi teguh dengan pendirian saya, alhamdullillah hingga ke saat ini, walaupun telah beberapa kali hadir 'training' dan 'recharge', ESQ masih belum berjaya menyesatkan saya. saya berkata mewakili diri saya sendiri, alumni lain saya tidak tahu.

Sepanjang mengikuti training esq, tiada perkara baru pun yg 'diajar' oleh training ESQ. hadis2 yg ditunjukkan, adalah hadis yg selalu kita baca dan dengar, ayat2 yg digunakan juga sahih terkandung dalam quran. trainer pun tk pernah sekali pun kata, "terima kasih lah pada ESQ kerana memberi hidayah kpd anda". malahan mereka berulang kali mengingatkan, jangan sekali2 berterima kasih kpd ESQ tp bersyukurlah kpd Allah.

Kalau nak kata tunduk dalam gelap, mengenang dosa2 dan kesilapan silam, muhasabah diri dan mohon ampun kpd Allah, sampai menangis itu satu dosa, maka, byk lg program motivasi lain yg sepatutnya turut di haramkan. kebanyakan program motivasi/bengkel kendiri menggunakan pendekatan yg serupa, cuma mungkin teknologi yg digunakan oleh ESQ lebih canggih, maka kesannya lebih mendalam.

Sekali lg saya menegaskan, ESQ membuat saya lebih cintakan rasul, al quran dan Allah. dan saya bersyukur kerana terpilih utk menyertainya. Esq juga mengajar saya supaya lebih tabah dan redha dngn ketentuan Ilahi, lebih menjaga solat, puasa , berzakat dan sebagainya.


Apakah itu juga salah?

Anda sekadar melihat dari luar cermin kaca, adilkah anda menghukum secara total?

Saya adalah salah seorang kesatria ESQ.


Namun sebaik sahaja habis training, saya tetap juga hamba Allah seperti yg lain2 juga. saya tetap bersolat, sy tetap beriman kpd Allah, malaikat, rasul, quran, hari kiamat dan qada' dan qadar, malahan jujur saya mengaku, keimanan saya lebih teguh jika dibandingkan dengan sebelumnya. hanya itu yang saya tahu. hanya itu yg saya bawa keluar dari dalam dewan, hingga ke mana2 saya berada.

"Malaikat sentiasa mencatat amalan saya! seperti kisah dudi dan sikat gigi"

"Saya di uji, tapi apalah sgt ujian saya ini jika hendak dibandingkn dengan ujian Nabi saw"

"Saya baca quran, bukan sekadar buku biasa tapi mukjizat dari Allah, jika mereka menangis bila dibacakan ayat2 quran, saya bagaimana?"

Mungkin benar hujah para bijaksana yg lebih arif, sy akui kekurangan saya, namun.. andai lebih banyak 'manfaat' yg sy dpt dari ESQ dan 'yang buruk' itu sedikit pun tidak pernah menjejaskan iman dan akidah saya, maka, saya terpaksa meminta maaf kerana saya akan tetap teguh dengan pendirian saya.

Ambil yg baik, buang yg buruk. yg menulis adalah saya, namun yg mengizinkannya adalah Allah swt.

Mohon ampun dan maaf. ^_^


P/s: di copy dan di edit dari post saya di forum iluvislam.com

3 comments:

Muhammad Naim Abdullah said...

salam akak as~

Masalah ini tidak diselesaikan oleh Malaysia~ kerana perbezaan pendapat daripada mufti2 malaysia~

Pihak Media mesti bersikap adil~ jgn berat sebelag

ada akh pihak media pergi jumpa Mufti WP secara face to face? tidak ada kan..
oleh itu mesti jumnpa dia ~ barulah jumpa titik persamaan di antara hujah kita

maaf akak, jika hujah naim nenikam kalbu akak~ peace! :)

Anonymous said...

Mungkin ada 'benda' yg mufti lain x nampak tapi dilihat oleh mufti wp..
(Saya tak duduk wp, tiada isu backup-membackup)

AsNiza said...

wslm wbt.

dont worry naim, i am very open and insyaaLLAH tk feel offended by your words.

tk salah kata naim, mmg betul la tu, media mainkn peranan yg sgt besar.

tp kan, dunia serba canggih, bukannya mufti takde ruang utk tegakkan hujahnya, klu tk silap akak, akak pernah baca hujah2 beliau.

wallahua'alam.


anony~

Mungkin lah, sbb dia lagi arif drp sy..

Tapi, cmne nak nampak kalau dia sekadar melihat dari luar kaca?

I cant get this..

Wallahua'alam.